EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (MINYAK ZAITUN)

Posted: August 29, 2010 in Produk HPA, PRODUK KEGUNAAN HARIAN, PRODUK MAKANAN, TIP-TIP KESIHATAN

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (MINYAK ZAITUN):

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil – Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5 – 1% sahaja. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad. Boleh juga digunakan untuk masakan, tumisan serta menggoreng. Ini adalah jenis yang dijual oleh HPA.

Virgin Olive Oil – Kandungan asidnya sekitar 4 %. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil – Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4%. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi

Penggunaan:

  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
  • Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci)
  • Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Komposisi: 700ml per botol

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM35.00
Sabah & Sarawak: RM40.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM40.00
Sabah & Sarawak: RM45.00

Nilai Mata (NM): 8

Artikel Berkaitan Minyak Zaitun HPA

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun HPA ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/berkolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc) agar semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT? Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.


HADITH:

1.”MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan di zaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

BUAH ZAITUN SEGAR

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½ inci ke 1 inci. Ia dipek dan dipasarkan dalam bentuk minyak zaitun atau cuka. Buah-buah zaitun untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersilkan akan diproses secara menghapuskan zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak zaitun HPA adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai agen serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan. Minyak zaitun HPA boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Kadar penduduk di kawasan berkenaan yang menghidap serangan jantung amat rendah. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian

terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit. (Sumber: JawiMedHerb, DuniaHerbaHpa)

About these ads
Comments
  1. tya says:

    apakah bisa berguna untuk penderita buasir

    • hanimuddin says:

      MINYAK ZAITUN INI MEMANG SESUAI UNTUK MERAWAT PENDERITA BUASIR. KAEDAHNYA DENGAN MEMAKAN 3 SUDU MINYAK ZAITUN 3 KALI SEHARI, INSYAALLAH. SEBAGAI TAMBAHAN HPA JUGA MENYEDIAKAN TERAPI HERBA UNTUK MERAWAT BUASIR IAITU HERBA FICUS (3 BIJI 3 KALI SEHARI), HERBA SENGGUGUT (3X3), HERBA PELAWAS (3X3) DAN TEH HERBA (2 SACHET SEHARI). DETAIL TENTANG PRODUK INI BOLEH DIDAPATI DI DALAM BLOG INI. UNTUK MENJADI AHLI SILA KLIK KEAHLIAN HPA. PRODUK INI TERDAPAT DI SEMUA CAWANGAN HPA ATAU KAMI BOLEH HANTARKAN SECARA KOURIER, TERIMA KASIH

  2. […] MINYAK ZAITUN DAN HERBA-HERBA LAIN. RAMAI ORANG YANG SEDANG SAKIT TERNANTI-NANTI KEDATANGAN BULAN RAMADHAN KERANA PUASA ITU SENDIRI ADALAH KAEDAH PENYEMBUHAN DARIPADA PELBAGAI PENYAKIT DAN IA AKAN MENJADI LEBIH BERKESAN SEKIRANYA HERBA DIAMBIL SECARA RUTIN DAN PENGAMBILANNYA DI WAKTU BERBUKA DAN BERSAHUR, INSYAALLAH. (PETIKAN JAWIMEDHERB) […]

  3. minyak zaitun ni utk msk sahje atau bleh d sapu jgk…

  4. sirmark says:

    salam. minyak zaitun ni boleh mempercepatkan penumbuhan janggut x?

  5. FAQ says:

    You have made some decent points there. I looked on the
    internet to find out more about the issue and found most
    individuals will go along with your views on
    this web site.

  6. jefri says:

    As salam,
    Dulu mmg minyak zaitu HPA berwarna kehijauan kenapa sekarang ni warna nya kekuningan dan harganya jauh lebih mahal.??

    Wassalam

    • hanimuddin says:

      INI ADALAH MINYAK ZAITUN YG TIDAK DITAPIS (UNFILTERRED). OLEH ITU WARNANYA SEDIKIT KEKUNINGAN DAN HARGA MAHAL SEDIKIT BERBANDING DGN YG BERTAPIS SPRT DAHULU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s