TALBINAH

Posted: October 28, 2010 in PRODUK MAKANAN, PRODUK MINUMAN

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE):

PENGERTIAN TALBINAH

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Vulgare) bersama kulitnya. Ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya putih seperti warna susu. Talbinah digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui perawatan alopati atau kaedah moden.

POKOK HORDEUM VULGARE

BIJI-BIJI HORDEUM VULGARE

TALBINAH (FIBROGLUCOSAMINE) HPA


KANDUNGAN NUTRISI TALBINAH (FIBROGLUCOSAMINE)

Talbinah mengandungi nutrisi atau khasiat bahan-bahan seperti berikut:

  1. Beta Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah,
  2. Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesiskan kolesterol,
  3. Potassium yang berfungsi menurunkan tekanan darah,
  4. Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan,
  5. Lysine yang berfungsi meningkatkan kesihatan tubuh,
  6. Mineral-mineral lain yang berfungsi meningkatkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar,
  7. Serat (fiber), Magnesium, Selenium & Kuprum,
  8. Vitamin-vitamin A, C, D, dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

FAEDAH DAN KHASIAT BERDASARKAN RUJUKAN HADIS NABI S.A.W:

Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit samada fizikal mahupun rohani, diantaranya ialah :

1) PENENANG HATI

Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, bersifat lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud Talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan ia dapat meringankan kesedihan (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan di antara sakit dan sembuh serta masih dalam keadaan lemah dan tiada selera makan. Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud, Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi SAW apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW, hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya”. (Hadis Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi yang katanya, Adalah Nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, Baginda SAW memerintahkan supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka. (Hadis Riwayat Tarmizi).

2) MEMBANTU MENGATASI KEMURUNGAN (DEPRESSI)

Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Hadis yang diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian di kalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir, “makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan ia dapat meringankan kesedihan (Riwayat Bukhari & Muslim).

Nabi SAW di dalam hadis yang lain pula bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya, “Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.

Di antara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat di dalam Talbinah ialah Asid Amino, Mineral-mineral, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3) MEMBANTU MEMBAIKI MASALAH USUS & SISTEM PENGHADAMAN

Talbinah dapat menguatkan otot perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan di dalam sistem penghadaman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, demi nyawaku yang berada di dalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya (Hadis Riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi).

Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Namun begitu, walaupun rasanya sedemikian tetapi Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dan mencegah kanser usus, mengawal daripada penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan atau obesiti serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang wujud akibat daripada kegemukan.

4) MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM DARAH, MELINDUNGI DARIPADA ATHEROSCLEROSIS & MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoprotein). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendirinya. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.

Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL (High Density Lipoprotein) yang dikenali sebagai kolesterol baik di mana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat di dalam darah manusia serta mengurangkan risiko penyakit jantung dengan adanya sumber Niasin iaitu Vitamin B3 di dalamnya.

5) MENGATASI PENYAKIT DARAH TINGGI

Penyakit darah tinggi ialah keadaan di mana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6) MENURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan serat (fiber) yang tidak boleh larut (Soluble & Insoluble Fibres) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah bagi mengelakkan risiko diabetes (kencing manis). Talbinah yang mengandungi sumber Magnesium, bahan mineral yang bertindak sebagai faktor bersesama dengan 300 enzim termasuk enzim yang mengeluarkan glukos dan insulin di dalam tubuh badan.

7) MENCEGAH DARIPADA KANSER DAN MELEWATKAN PENUAAN (AWET MUDA)

Talbinah yang kaya dengan serat (fiber), selenium, antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen secara berasingan di dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser khususnya kanser payu dara. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Washington, Amerika Syarikat membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya di dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak. Zarah-zarah oksigen yang bergerak secara berasingan ini jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit.

8) MENGATASI MASALAH KESUKARAN TIDUR (INSOMNIA)

Talbinah mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan dan memudahkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut bagi menghalang Insomnia.

9) MENCEGAH PEMBENTUKAN BATU KARANG

Talbinah yang mengandungi Serat Tidak Boleh Larut (Insoluble Fibre) sangat baik untuk berfungsi mengelak daripada pembentukan batu karang terutamanya kepada kaum wanita. Serat Tidak Boleh Larut mempercepatkan proses-proses penghadaman. Proses penghadaman yang pantas akan mengurangkan pengeluaran asid-asid daripada hempedu di mana asid-asid hempedu yang berlebihan akan meninggikan risiko pembentukan batu karang.

10) MENCEGAH RISIKO RHEUMATOID ARTHRITIS

Bahan mineral kuprum yang terdapat di dalam Talbinah bertindak sebagai pelindung daripada simptom-simptom Rheumatoid Arthritis.

11) MENGUATKAN SISTEM IMUNITI (KETAHANAN) TUBUH

Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan di antara oksigen-oksigen yang bergerak secara berasingan di dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna pada dinding-dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangan masing-masing yang menyebabkan berlakunya pertembungan tersebut. Bahan anti-oksidan yang terdapat di dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkannya. Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat menghalang masalah tersebut daripada berlaku. Fosforus yang terdapat di dalam Talbinah juga membantu perkembangan dan pembaikkan tisu-tisu badan.

CARA PENYEDIAAN TALBINAH

Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang baru mendidih sebanyak 250ml. Kacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum diminum.

Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan seharian anda.

Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga, dewasa dan kanak-kanak pada bila-bila masa.

(Rujukan: Hadis Riwayat Bukhariwikipediawhfoods.orgbglifebarley.com)

 

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE) MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN SEPERTI GANDUM, BERAS, EKSTRAK MALT, BARLI, VITAMIN E, MADU, KURMA, KRIMER BUKAN TENUSU, SUSU TEPUNG SKIM DAN GULA.

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE) DIRUMUS DENGAN FORMULA DR. JAMNUL AZHAR MULKAN

FAKTA-FAKTA NUTRISI
SAIZ HIDANGAN: 25GM

AMAUN SATU HIDANGAN:
TENAGA – 97kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 0.5GM
KARBOHIDRAT – 21.8GM
JUMLAH GULA – 0.7GM
PROTEIN – 1.4GM

AMAUN SETIAP 100GM
TENAGA – 389kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 1.9GM
KARBOHIDRAT – 87.3GM
JUMLAH GULA – 2.7GM
PROTEIN – 5.7GM


KOMPOSISI: 1 KOTAK MENGANDUNGI 12 SACHET (25GM X 12 SACHET)

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM30.00
SABAH & SARAWAK: RM33.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM35.00
SABAH & SARAWAK: RM38.00

NILAI MATA (NM): 6
About these ads
Comments
  1. Atila says:

    Salam

    Saya mencari Talbeenah yang tidak mengandungi campuran gandum & barli sbb dua2 ini
    ada gluten. Saya amat alergik pada gluten dan casein.

    HPA ada?

    Wassalam – Tkasih.

    • hanimuddin says:

      TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE) MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN SEPERTI GANDUM, BERAS, EKSTRAK MALT, BARLI, VITAMIN E, MADU, KURMA, KRIMER BUKAN TENUSU, SUSU TEPUNG SKIM DAN GULA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s