MASALAH RAHIM WANITA JATUH

Posted: May 11, 2011 in MASALAH RAHIM, TERAPI HERBA HPA

BERSALIN TAMBAH RISIKO RAHIM JATUH

Rahim atau uterus adalah organ reproduksi betina yang utama pada kebanyakan mamalia, termasuk manusia. Salah satu hujungnya adalah serviks, membuka ke dalam vagina, dan hujung satu lagi yang lebih luas, yang dianggap badan rahim, disambung di kedua belah dengan tiub Fallopian. Rahim terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran pada organisma yang berbeza. Pada manusia ia adalah berbentuk buah pir.

Rahim ditempatkan di pelvis dan dorsal (dan biasanya agak kranial) ke blader dan ventral ke rektum. Rahim ditetapkan pada tempatnya oleh beberapa ligamen. Di luar kehamilan, ukuran garis tengahnya adalah beberapa sentimeter. Rahim kebanyakan terdiri dari otot. Lapisan permanen jaringan itu yang paling dalam disebut endometrium. Pada kebanyakan mamalia, termasuk manusia, endometrium membuat lapisan pada waktu-waktu tertentu yang, jika tak ada kehamilan terjadi, dilepaskan atau menyerap kembali.

Lepasnya lapisan endometrial pada manusia disebabkan oleh menstruasi sepanjang tahun-tahun subur seorang wanita. Fungsi utama rahim menerima pembuahan ovum yang tertanam ke dalam endometrium dan berasal makanan dari pembuluh darah yang berkembang secara khusus untuk maksud ini. Ovum yang dibuahi menjadi embrio, berkembang menjadi fetus dan gestates sampai kelahiran. Dengan adanya rintangan anatomis seperti pelvis, rahim didorong sebahagiannya ke dalam perut sampai perluasannya selama kehamilan.

Sebagai organ yang mempunyai fungsi ajaib melahirkan cahayamata, pastinya tugas berat tersebut sedikit sebanyak membebankan dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.

Rahim jatuh atau uterovaginal prolapse adalah satu daripadanya. Ia berlaku apabila rahim turun atau jatuh daripada kedudukan anatomi asalnya di aras tonjolan tulang iskium (ischial spine).

Punca utamanya ialah kelemahan otot-otot dan ligamen-ligamen sokongan rahim serta lantai pelvis yang disebabkan oleh beberapa perkara. Otot-otot lantai pelvis atau saraf pudendal iaitu saraf yang menjadi penyambung di bahagian tersebut boleh tercedera ketika proses kelahiran. Tambahan lagi kepada wanita yang melalui proses kelahiran lebih daripada empat kali, mereka sangat terdedah kepada risiko mengalami rahim jatuh.

Faktor lain seperti kekurangan tisu kolagen sama ada sejak lahir atau disebabkan oleh menopaus dan masalah keabnormalan tulang belakang seperti ‘spina bifida’ juga mengundang masalah ini. Dianggarkan sekitar 30 peratus wanita berusia mengalami masalah rahim jatuh tetapi peratusan sebenarnya tidak diketahui dengan tepat kerana ramai yang malu untuk berjumpa doktor.

Walaubagaimanapun terdapat juga wanita muda yang mengalami masalah ini tetapi ia jarang berlaku. Jika berlaku sekali pun mungkin berpunca daripada masalah saraf pudendal yang wujud secara semula jadi sejak lahir atau akibat kecederaan saraf tunjang atau penyakit saraf seperti ‘gullain-barre’ dan ‘poliomyelitis’. Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, sembelit dan batuk yang berpanjangan serta selalu mengangkat beban berlebihan atau berpanjangan untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan otot lantai pelvis lemah.

Biasanya masalah rahim jatuh akan diiringi masalah organ-organ pelvis lain seperti pundi kencing, faraj, uretra (salur kencing), rektum (usus besar) dan usus kecil yang dipanggil ‘pelvic organ prolapse’ (POP). Antaranya masalah ‘cystocoele’ (pundi kencing jatuh/bonjolan pundi kencing ke dalam faraj) dan ‘rectocoele’ (usus besar rektum jatuh/bonjolan rektum ke dalam faraj).

Selain daripada itu, ia juga diiringi oleh masalah kencing seperti ‘stress incontinents’ (kebocoran akibat batuk, bersin atau ketawa) dan masalah pundi kencing terlalu aktif.

Kategori rahim jatuh;

  • Peringkat pertama: serviks turun dari kedudukan normalnya sehingga bukaan faraj tetapi rahim masih di dalam faraj,
  • Peringkat kedua: serviks dan sebahagian rahim turun dari kedudukan normalnya sehingga melepasi bukaan faraj tetapi fundus rahim masih di dalam faraj,
  • Peringkat ketiga (procidentia): serviks dan keseluruhan rahim termasuk fundusnya dan dinding faraj turun melepasi bukaan faraj.

Simptom-simptomnya:

  1. Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj.
  2. Ketulan pada faraj.
  3. Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain).
  4. Sakit belakang.
  5. Sakit semasa hubungan seks.
  6. Pendarahan faraj selepas menopaus
  7. Inkontinens kencing.
  8. Sukar buang air kecil / besar.

TERAPI HERBA HPA UNTUK RAWATAN RAHIM JATUH & PEMBERSIHAN RAHIM:- HERBA CURCUMIN, PARAMARIA PLUS, HERBA SENGGUGUT, KEPUTIHAN,  & MOMENTS.

About these ads
Comments
  1. nur hafidzah bt shaari says:

    boleh kah wanita hamil mengambil herba keputihan?

    • hanimuddin says:

      JIKA KEPUTIHAN ITU MEMANG TELAH BERLAKU SEBELUM KEHAMILAN DAN PUAN TELAH BIASA MENGGUNAKAN HERBA KEPUTIHAN TERSEBUT MAKA BOLEH TERUSKAN.

      JIKA TIDAK BIASA DGN HERBA TERSEBUT ATAU KEPUTIHAN HANYA WUJUD SEMASA HAMIL MAKA ADALAH LEBIH BAIK JIKA PUAN MENGAMALKAN MEMINUM KOPI RADIX, MINUMAM/TEH HERBA DAN SPIRULINA.

      DI SAMPING ITU, SACHET MINUMAN/TEH HERBA YANG TELAH DIGUNAKAN TERSEBUT BOLEH DUGUNAKAN UTK MENCUCI BHG SULIT ATAU BOLEH JUGA MENGGUNAKAN LADY CHEER.

  2. lisha adam says:

    Perempuan yang bersalin secara casaerean ada risiko untuk dapat sakit yang sama ker?(JOP)

  3. am says:

    jika rahim jatuh pada tahap 2, apakh lgkah pmulihannya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s