Archive for the ‘PRODUK MINUMAN’ Category

KOPI BERACUN

Posted: August 23, 2011 in Berita, Kesihatan, PRODUK MINUMAN

Kopi beracun
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
Berita Harian, Isnin, 15/08/2011

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Vardenafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Penggunaan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Verdabafil tanpa pengawasan doktor boleh membawa kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan.

Penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.

Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovascular atau serangan jantung.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata ada dua kategori produk minuman segera di pasaran di negara ini, iaitu produk yang asli serta selamat diminum dan minuman erotik yang sudah dicampurkan bahan kimia aktif.

“Bahan kimia ini sangat berbahaya sekiranya produk itu digunakan oleh mereka yang mempunyai sakit jantung atau buah pinggang atau mempunyai masalah lain kerana kesan sampinganya boleh membawa maut,” katanya kepada Berita Harian.

Tinjauan Berita Harian di beberapa lokasi di sini, termasuk sekitar Jalan Raja Bot, Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Abdullah mendapati kebanyakan produk terbabit yang sudah diharamkan Kementerian Kesihatan masih dijual secara terbuka.

Kebanyakan produk itu didapati dijual warga asing yang tidak mengetahui kesan langsung penggunaannya.

Mazlan berkata, minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga RM1 hinggan RM 1.50 sepaket.

“Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli atau menggunakan produk yang dicampuri bahan racun berjadual itu kerana ia boleh membawa maut,” katanya.

Mazlan berkata, di Malaysia, penggunaan Sildenafil, Tadalafil dan Verdanafil biasa digunakan bagi rawatan mati pucuk bagi lelaki yang sudah mendapatkan pengesahan doktor bertauliah, namun dewasa ini penggunaannya disalahgunakan untuk kepuasan seks yang melampau.

“Sifat bahan terbabit yang aktif dan berkesan dieksploitasi golongan pencari keuntungan yang tidak beretika serta tidak menghiraukan kesan buruknya terhadap individu dan masyarakat,” katanya.

Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah;

  1. Café Abang Yes
  2. Candi Gold
  3. Candy 193
  4. Extend Up Energy Drink
  5. Extremen
  6. Extrewomen
  7. Goji Guarana
  8. Goji Guarana Extra
  9. Goji More
  10. Goji Yumberry
  11. Guara Café
  12. HBW Ice Lemon Tea
  13. Hotton Vitality Candy
  14. Ie2 O
  15. King Cappucino
  16. Knight Cofee
  17. Kolek Café Power Plus
  18. Kopi Angguk
  19. Kopi Asmara
  20. Kopi Bagus AAA
  21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
  22. Kopi Pahlawan
  23. Kopi Super Angguk
  24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  25. Maca Max
  26. Macagin Ginseng Candy
  27. Mentalk Candy
  28. Nexus MXP
  29. Night Café
  30. Red Energizer Candy for Men
  31. Royal Beverage Maqrifatun
  32. Sasanergy Drink
  33. Trica Jus
  34. Tri-Max
  35. True SR
  36. Vigor Candy
  37. Vitca-F
  38. Vitca-M
  39. Winnie Beauty V1
  40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
MYRADIX: ADAKAH KOPI KEGEMARAN ANDA TERSENARAI DI ATAS? JIKA YA, MARILAH KITA MENGGUNAKAN DAN MINUM KOPI RADIX.

KOPI RADIX

RADIX DIET

1. Kotak kecil: 15 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM16.00
Sabah & Sarawak: RM18.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM18.00
Sabah & Sarawak: RM20.00

Nilai Mata (NM): 5


2. Kotak Jumbo: 32 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM30.00
Sabah & Sarawak: RM32.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM34.00
Sabah & Sarawak: RM36.00

Nilai Mata (NM): 10


3. Kopi berbentuk papan: 20 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM20.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM23.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Nilai Mata (NM): 6

RADIX CEREAL (MINUMAN BIJIRIN)

Posted: August 13, 2011 in PRODUK MINUMAN

RADIX CEREAL (MINUMAN BIJIRIN):

Kandungan Utama:

  1. Gula Perang
  2. Oat Segera
  3. Garam Bukit
  4. Kacang Soya
  5. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)
  6. Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla)
  7. Halban (Vitex Pubescen)
  8. Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca)
  9. Mengkudu Hutan (Morinda Eliptica)
  10. Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
  11. Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)

Khasiat:

  1. Mengandungi khasiat tujuh sinergi herba untuk meningkatkan tahap kesihatan.
  2. Membekalkan tenaga segera.
  3. Pengamalan yang berterusan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
  4. Oat merupakan sumber utama diet fiber – dengan kadar 55% fiber larut dan 45% fiber tak larut.
  5. Oat terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.
  6. Oat juga mengandungi vitamin B1 yang tinggi – diperlukan tubuh untuk metabolisma karbohidrat.
  7. Bagi setiap gram, oat memberikan protein, kalsium, zat besi, magnesium, zink, kuprum, mangan, tiamin dan vitamin E.
  8. Asid amino yang seimbang dalam oat membantu meningkatkan fungsi tubuh.
  9. Oat bersifat rendah lemak secara semulajadi.
  10. Lipid yang hadir dalam oat terdiri daripada asid lemak yang penting.
  11. Oat juga adalah sumber bagi selenium.
  12. Garam bukit secara semulajadi membekalkan mineral dalam tubuh.

Penggunaan:

  • Tuang kandungan sachet ke dalam mug dan tambahkan air panas secukupnya. Kacau dan sedia diminum.
  • Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kandungan: 20 sachet

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM17.00
Sabah & Sarawak: RM19.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM20.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Nilai Mata (NM): 4

PRODUK TERBARU: TEH HIJAU

Posted: June 28, 2011 in PRODUK MINUMAN

 

 

 

PRODUK TERBARU: TEH HIJAU

 


Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Di antara kelebihan-kelebihan Teh Hijau ialah;

  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Anti oksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Agen untuk menguruskan badan


Nutrien Teh Hijau

Kebaikan teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam tetapi ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau.

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.


Lembutkan kulit

Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.

Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.


Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.


Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.


Awet muda

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.


Menurunkan berat badan

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.

1 kotak Teh Hijau HPA mengandungi 20 uncang.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM13.00
SABAH & SARAWAK: RM15.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

NILAI MATA (NM): 4

RADIX MOCHA

Posted: March 30, 2011 in PRODUK MINUMAN

RADIX MOCHA:


PRODUK MINUMAN TERBARU KELUARAN HPA INDUSTRIES SDN. BHD., IAITU CAMPURAN KOPI DAN KOKO DENGAN 7 HERBA UTAMA HPA. HPA MENGGUNAKAN KOKO GRED A IAITU KOKO KUALITI TERTINGGI LAGI BERKHASIAT. RADIX MOCHA MERUPAKAN MINUMAN PREMIUM MENENGAH ATAS YANG MEMPUNYAI TENAGA EKSTRA HASIL DARIPADA SINERGY 7 HERBA. KESAN 7 HERBA TERSEBUT ADALAH LEBIH KUAT DIRASAKAN BERBANDING DENGAN KOPI RADIX.

RADIX MOCHA MERANGSANG PENGELUARAN HORMON GEMBIRA DAN CERIA PEMINUMNYA SERTA MEMBERIKAN TENAGA UNTUK MENJANA STAMINA HARIAN DAN KESEGARAN SEPANJANG HARI AGAR TIDAK MERASA LETIH. DI SAMPING ITU, KOKO JUGA DIKAITKAN DENGAN LABIDO LELAKI DAN WANITA.

KANDUNGAN: 1 KOTAK MENGANDUNGI 15 SACHET

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM22.00
SABAH & SARAWAK:

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM27.00
SABAH & SARAWAK:

NILAI MATA (NM): 6

RADIX GOAT HPA

Posted: March 4, 2011 in PRODUK MINUMAN

RADIX GOAT HPA:

SUSU KAMBING ADALAH LEBIH BERKHASIAT DARIPADA SUSU LEMBU DAN TELAH MENJADI AMALAN RASULULLAH S.A.W. IA KAYA DENGAN PROTEIN DAN ENZIM SERTA MENGANDUNGI FAKTOR-FAKTOR ANTI PENUAAN, ANTI ARTHRITIS DAN ANTI KANSER. IA JUGA MENGANDUNGI ANTIBODI UNTUK MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT SEPERTI GASTRIK, DEMAM KUNING, ASMA, KULIT, PEMULIHAN TENAGA BATIN, SAKIT JANTUNG PERINGKAT AWAL DAN ULSER PERUT. SUSU KAMBING JUGA MEMBANTU DI DALAM PEMBENTUKAN TULANG DAN GIGI YANG KUAT.

DI DALAM INDUSTRI PEMAKANAN PULA, SUSU KAMBING SERING DIJADIKAN BAHAN MEMBUAT DADIH, AIS KRIM, KEJU DAN MENTEGA. INDUSTRI KOSMETIK JUGA MENGGUNAKAN SUSU KAMBING DI DALAM PRODUK-PRODUK SEPERTI SYAMPOO, KRIM MUKA, KRIM PENCUKUR, SABUN DAN SEBAGAINYA.

KELEBIHAN-KELEBIHAN SUSU KAMBING INI ADALAH IA SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU, SUSU TERBAIK BAGI MEREKA YANG ALAH KEPADA SUSU LEMBU DAN SUSU SOYA, TIDAK MENYEBABKAN ALAHAN, MENGUATKAN SISTEM IMUNITI TUBUH, BERSIFAT ALKALI, MENGIMBANGI KANDUNGAN GULA DALAM DARAH, MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT ASMA, DEMAM KUNING, ULSER PERUT, DARAH TINGGI, JANTUNG DAN LAIN-LAIN, MENINGKATKAN TENAGA SERTA TENAGA BATIN, ANTI PENUAAN ATAU AWET MUDA, MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN, MENINGKATKAN JISIM TUBUH, TULANG DAN OTOT YANG SIHAT, MENINGKATKAN DAYA KEPEKAAN, PENUMPUAN DAN PERKEMBANGAN OTAK SERTA TERBAIK UNTUK IBU-IBU SELEPAS BERSALIN YANG MENYUSUKAN BAYI.

PIHAK HPA KINI TELAH MENGELUARKAN RADIX GOAT HPA IAITU SUSU KAMBING PRACAMPURAN DENGAN DISINERGIKAN HERBA-HERBA BERKUALITI TINGGI HPA.

 

 

KHASIAT RADIX GOAT: Dalam setiap 100 gram susu kambing mengandungi:

  • 3 – 4% protein
  • 4 – 7% lemak
  • 4 – 5% karbohidrat
  • 134 gram kalsium
  • 111 gram fosfur

KANDUNGAN: Krimer bukan tenusu (Protein Susu), serbuk susu kambing penuh krim, mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan, Herba-Herba Radix dan Vanillin.

KELEBIHAN RADIX GOAT: Mengandungi 7 jenis Herba Radix sama seperti kopi radix yang berada di pasaran iaitu;

  • Tongkat Ali (Afrodisiak/antioksidan)
  • Pokok Mata Pelanduk (Diuretik)
  • Pokok Teja Lawang (Karminatif)
  • Pokok Tebu Gajah (Antidot)
  • Pokok Mengkudu Hutan (Laxatif)
  • Halban (Imuniti)
  • Larak Hutan (Kardiotonik)

KEBAIKAN RADIX GOAT

  • Mempunyai sunber kalsium yang lebih baik berbanding susu lembu.
  • Baik untuk tulang dan gigi.
  • Melancarkan lagi proses penghadaman dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Terdapat mineral besi untuk pembentukan hemoglobin dalam badan. (Hemoglobin membantu sel darah merah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan untuk kegunaan sel-sel badan serta membantu melancarkan lagi sistem pernafasan).
  • Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
  • Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak.
  • Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel darah, tisu-tisu badan, serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak.
  • Menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pandarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan pospartum).
  • Dapat membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  • Mengandungi sumber natrium untuk membantu kalsium dan mineral lain larut dalam darah.
  • Memudahkan proses penyerapan mineral-mineral di dalam badan dengan lebih mudah.
  • Sifat alkali susu kambing baik untuk kesihatan, bertindak meneutralkan asid dalam badan secara semulajadi.
  • Mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu proses pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan lebih cantik dan berseri.
  • Mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  • Mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolestrol.

 

KOMPOSISI: 15 SACHET X 22 GRAM

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM30.00
SABAH & SARAWAK: RM35.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM35.00
SABAH & SARAWAK: RM40.00

NILAI MATA (NM): 10

TALBINAH

Posted: October 28, 2010 in PRODUK MAKANAN, PRODUK MINUMAN

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE):

PENGERTIAN TALBINAH

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Vulgare) bersama kulitnya. Ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya putih seperti warna susu. Talbinah digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui perawatan alopati atau kaedah moden.

POKOK HORDEUM VULGARE

BIJI-BIJI HORDEUM VULGARE

TALBINAH (FIBROGLUCOSAMINE) HPA


KANDUNGAN NUTRISI TALBINAH (FIBROGLUCOSAMINE)

Talbinah mengandungi nutrisi atau khasiat bahan-bahan seperti berikut:

  1. Beta Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah,
  2. Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesiskan kolesterol,
  3. Potassium yang berfungsi menurunkan tekanan darah,
  4. Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan,
  5. Lysine yang berfungsi meningkatkan kesihatan tubuh,
  6. Mineral-mineral lain yang berfungsi meningkatkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar,
  7. Serat (fiber), Magnesium, Selenium & Kuprum,
  8. Vitamin-vitamin A, C, D, dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

FAEDAH DAN KHASIAT BERDASARKAN RUJUKAN HADIS NABI S.A.W:

Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit samada fizikal mahupun rohani, diantaranya ialah :

1) PENENANG HATI

Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, bersifat lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud Talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan ia dapat meringankan kesedihan (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan di antara sakit dan sembuh serta masih dalam keadaan lemah dan tiada selera makan. Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud, Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi SAW apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW, hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya”. (Hadis Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi yang katanya, Adalah Nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, Baginda SAW memerintahkan supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka. (Hadis Riwayat Tarmizi).

2) MEMBANTU MENGATASI KEMURUNGAN (DEPRESSI)

Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Hadis yang diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian di kalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir, “makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan ia dapat meringankan kesedihan (Riwayat Bukhari & Muslim).

Nabi SAW di dalam hadis yang lain pula bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya, “Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.

Di antara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat di dalam Talbinah ialah Asid Amino, Mineral-mineral, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3) MEMBANTU MEMBAIKI MASALAH USUS & SISTEM PENGHADAMAN

Talbinah dapat menguatkan otot perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan di dalam sistem penghadaman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, demi nyawaku yang berada di dalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya (Hadis Riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi).

Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Namun begitu, walaupun rasanya sedemikian tetapi Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dan mencegah kanser usus, mengawal daripada penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan atau obesiti serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang wujud akibat daripada kegemukan.

4) MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM DARAH, MELINDUNGI DARIPADA ATHEROSCLEROSIS & MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoprotein). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendirinya. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.

Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL (High Density Lipoprotein) yang dikenali sebagai kolesterol baik di mana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat di dalam darah manusia serta mengurangkan risiko penyakit jantung dengan adanya sumber Niasin iaitu Vitamin B3 di dalamnya.

5) MENGATASI PENYAKIT DARAH TINGGI

Penyakit darah tinggi ialah keadaan di mana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6) MENURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan serat (fiber) yang tidak boleh larut (Soluble & Insoluble Fibres) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah bagi mengelakkan risiko diabetes (kencing manis). Talbinah yang mengandungi sumber Magnesium, bahan mineral yang bertindak sebagai faktor bersesama dengan 300 enzim termasuk enzim yang mengeluarkan glukos dan insulin di dalam tubuh badan.

7) MENCEGAH DARIPADA KANSER DAN MELEWATKAN PENUAAN (AWET MUDA)

Talbinah yang kaya dengan serat (fiber), selenium, antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen secara berasingan di dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser khususnya kanser payu dara. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Washington, Amerika Syarikat membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya di dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak. Zarah-zarah oksigen yang bergerak secara berasingan ini jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit.

8) MENGATASI MASALAH KESUKARAN TIDUR (INSOMNIA)

Talbinah mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan dan memudahkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut bagi menghalang Insomnia.

9) MENCEGAH PEMBENTUKAN BATU KARANG

Talbinah yang mengandungi Serat Tidak Boleh Larut (Insoluble Fibre) sangat baik untuk berfungsi mengelak daripada pembentukan batu karang terutamanya kepada kaum wanita. Serat Tidak Boleh Larut mempercepatkan proses-proses penghadaman. Proses penghadaman yang pantas akan mengurangkan pengeluaran asid-asid daripada hempedu di mana asid-asid hempedu yang berlebihan akan meninggikan risiko pembentukan batu karang.

10) MENCEGAH RISIKO RHEUMATOID ARTHRITIS

Bahan mineral kuprum yang terdapat di dalam Talbinah bertindak sebagai pelindung daripada simptom-simptom Rheumatoid Arthritis.

11) MENGUATKAN SISTEM IMUNITI (KETAHANAN) TUBUH

Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan di antara oksigen-oksigen yang bergerak secara berasingan di dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna pada dinding-dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangan masing-masing yang menyebabkan berlakunya pertembungan tersebut. Bahan anti-oksidan yang terdapat di dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkannya. Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat menghalang masalah tersebut daripada berlaku. Fosforus yang terdapat di dalam Talbinah juga membantu perkembangan dan pembaikkan tisu-tisu badan.

CARA PENYEDIAAN TALBINAH

Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang baru mendidih sebanyak 250ml. Kacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum diminum.

Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan seharian anda.

Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga, dewasa dan kanak-kanak pada bila-bila masa.

(Rujukan: Hadis Riwayat Bukhariwikipediawhfoods.orgbglifebarley.com)

 

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE) MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN SEPERTI GANDUM, BERAS, EKSTRAK MALT, BARLI, VITAMIN E, MADU, KURMA, KRIMER BUKAN TENUSU, SUSU TEPUNG SKIM DAN GULA.

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE) DIRUMUS DENGAN FORMULA DR. JAMNUL AZHAR MULKAN

FAKTA-FAKTA NUTRISI
SAIZ HIDANGAN: 25GM

AMAUN SATU HIDANGAN:
TENAGA – 97kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 0.5GM
KARBOHIDRAT – 21.8GM
JUMLAH GULA – 0.7GM
PROTEIN – 1.4GM

AMAUN SETIAP 100GM
TENAGA – 389kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 1.9GM
KARBOHIDRAT – 87.3GM
JUMLAH GULA – 2.7GM
PROTEIN – 5.7GM


KOMPOSISI: 1 KOTAK MENGANDUNGI 12 SACHET (25GM X 12 SACHET)

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM30.00
SABAH & SARAWAK: RM33.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM35.00
SABAH & SARAWAK: RM38.00

NILAI MATA (NM): 6

JELLY GAMAT + HABBATUSSAUDA:

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.

Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapura, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.

Gamat

  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Khasiat Gamat

  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

Keunikan Gamat

  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum semula pada bahagian belah tersebut.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlet dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.

Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.

Sebatian bioaktif dari gamat

  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertension)

Gamat HPA

  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi

Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”.

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”.

Produk Jelly Gamat

  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Islam.

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

 


Isipadu: 300 ml

 

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM40.00
Sabah & Sarawak: RM45.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM45.00
Sabah & Sarawak: RM50.00

Nilai Mata (NM): 8

COCOS HAVANA – VIRGIN COCONUT OIL (MINYAK KELAPA DARA):

APA ITU MINYAK KELAPA DARA?

MINYAK KELAPA DARA IALAH SEJENIS MINYAK YANG DIEKSTRAKKAN DARIPADA KELAPA-KELAPA SEGAR. BAGI MELINDUNGI BAHAN-BAHAN PENTING YANG YERDAPAT DI DALAM MINYAK KELAPA DARA TERSEBUT MAKA PENGELUARANNYA TIDAK SEKALI-KALI MENGGUNAKAN BAHAN ATAU KAEDAH PENAPISAN KIMIA, PELUNTURAN ATAU PEWANGIAN. MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI VITAMIN-VITAMIN DAN MINERAL YANG TINGGI YANG BOLEH DIGUNAPAKAI TANPA MEMERLUKAN PEMPROSESAN YANG LEBIH LANJUT. MINYAK KELAPA DARA BOLEH DIDAPATI DI DALAM WARNA KUNING KELABU ATAU TANPA WARNA SERTA MEMPUNYAI KEPELBAGAIAN RASA DAN BAU. NAMUN BEGITU, MINYAK KELAPA DARA YANG BERMUTU TINGGI DIDAPATI TIDAK BERWARNA DAN TIDAK BERKELADAK.

NILAI-NILAI KESIHATAN MINYAK KELAPA DARA:

  1. HIV-AIDS – INI ADALAH PENYAKIT YANG BOLEH DIKATAKAN PALING DITAKUTI DI DUNIA INI. SEHINGGA KINI, DUNIA PERUBATAN MODEN MASIH BELUM BERJUMPA DENGAN CARA UNTUK MERAWAT PENYAKIT INI. ASID LAURIK DI DALAM MINYAK KELAPA BERTINDAK SEBAGAI ANTI VIRUS/BAKTERIA AGEN DAN TELAH DIKETAHUI IANYA BERTINDAK MELINDUNGI SERTA MERAWAT PESAKIT-PESAKIT YANG TELAH DIJANGKITI DENGAN VIRUS HIV-AIDS INI. CORNARDO DAYRIT TELAH MELAPORKAN BAHAWA SERAMAI 14 PESAKIT BERUMUR DI ANTARA 22-38 TAHUN TELAH BERJAYA DIRAWAT DENGAN MENGGUNAKAN MINYAK KELAPA DARA. VIRUS HIV DI DALAM PESAKIT-PESAKIT TERSEBUT TELAH DIDAPATI BERKURANGAN.
  2. KANSER – IA ADALAH PEMBUNUH NOMBOR DUA SELEPAS PENYAKIT JANTUNG. SEHINGGA KINI MASIH BELUM TERDAPAT KAEDAH YANG PALING MUDAH DAN JELAS UNTUK MERAWAT KANSER. OLEH ITU, PENCEGAHAN ADALAH PILIHAN YANG LEBIH BAIK. DI DALAM SETIAP TUBUH BADAN MANUSIA INI TELAH ADA SEL-SEL KANSER IAITU YANG AKTIF DAN TIDAK AKTIF. BAGI YANG MEMPUNYAI SEL-SEL KANSER YANG AKTIF MAKA MEREKA AKAN MENGHIDAP PENYAKIT KANSER. KEAFTIFAN SESUATU SEL-SEL KANSER TERSEBUT BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN SISTEM IMUNITI TUBUH BADAN MASING-MASING. DENGAN YANG DEMIKIAN, CARA YANG TERBAIK UNTUK PENCEGAHAN KANSER IALAH DENGAN MEMBINA SISTEM IMUNITI TIBUH BADAN YANG LEBIH KUAT. MINYAK KELAPA DARA ADALAH CARA SANGAT IDEAL UNTUK MENGUATKAN SISTEM IMUNITI TUBUH BADAN.
  3. HEPATITIS/HATI – HATI ADALAH SALAH SATU ORGAN YANG SANGAT PENTING DI DALAM TUBUH BADAN KITA. HATI MENAPIS SEGALA TOKSIK-TOKSIK, MEMBINA PROTEIN DAN LEMAK, MENJANA DAN MENGASINGKAN HORMON, MENYIMPAN VITAMIN DAN MINERAL, MENGELUARKAN HEMPEDU YANG DIPERLUKAN UNTUK PENCERNAAN DAN PELBAGAI LAGI FINGSI LAGI YANG SANGAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN YANG BAIK. HEPATITIS C SANGAT MERBAHAYA DAN BOLEH MEMBAWA MAUT. PARA PENYELIDIK TELAH MENDAPATI BAHAWA MINYAK KELAPA DARA ADALAH SANGAT BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN HATI. RANTAIAN ASID LEMAK DI DALAM MINYAK KELAPA DARA AKAN TERSERAP TERUS KE HATI DARIPADA PENCERNAAN. ANTI BAKTERIA DARIPADA ASID LEMAK TERSEBUT BUKAN SAHAJA AKAN MEMBERSIHKAN HATI DARIPADA MIKRO ORGANISMA YANG MEMBINASAKAN TETAPI JUGA MELINDUNGINYA DARIPADA TINDAKAN-TINDAKAN RADIKAL BEBAS.
  4. OSTEOPOROSIS – IA TERJADI APABILA TULANG-TULANG MENJADI SEMAKIN RAPUH DAN MUDAH PATAH. PENYAKIT INI TIDAK MEMBERIKAN RASA SAKIT KEPADA PENGHIDAPNYA DAN IA JUGA HANYA BOLEH DIKESAN DENGAN PERALATAN PERUBATAN YANG MODEN ITU PUN SEMASA BERLAKUNYA KEPATAHAN TULANG. OSTEOPOROSIS BOLEH DIELAKKAN. BAGI MENJAGA TULANG KITA AGAR SENTIASA SIHAT DAN KUAT, NUTRIEN YANG MENCUKUPI HENDAKLAH DISERAP OLEH TUBUH BADAN KITA. RANTAIAN ASID-ASID LEMAK DI DALAM MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU TUBUH DI DALAM PROSES PENYERAPAN TERSEBUT. INI KERANA IA MENINGKATKAN DAYA PENYERAPAN TUBUH UNTUK MENYERAP KALSIUM DAN MAGNESIUM, DUA ELEMEN PENTING UNTUK KESIHATAN TULANG. UJIAN KEPADATAN TULANG MENUNJUKKAN BAHAWA MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MENGEKANG MASALAH OSTEOPOROSIS UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR.
  5. KENCING MANIS (DIABETIS) – PENYAKIT YANG BEGITU BIASA TERJADI TERUTAMANYA DI MALAYSIA. DARIPADA KENCING MANIS, IA AKAN MELARAT KE BUAH PINGGANG, LEMAH JANTUNG, TEKANAN DARAH TINGGI, STROK, KATARAK, KEROSAKAN SARAF, HILANG PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN DAN SETERUSNYA KEMATIAN. KEBANYAKAN PENGHIDAP KENCING MANIS ADALAH OBES ATAU TERLEBIH BERAT BADAN. DI DALAM KEADAAN INI, DOKTOR PERUBATAN AKAN MENASIHATKAN MEREKA AGAR MENGAMALKAN DIET KURANG LEMAK, TINGGI KARBOHIDRAT UNTUK MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS TERSEBUT. MINYAK KELAPA DARA, WALAUPUN MENGANDUNGI LEMAK TETAPI KURANG KALORI BERBANDING DENGAN LEMAK-LEMAK YANG LAIN DAN IA TIDAK AKAN MENGAKIBATKAN PERTAMBAHAN BERAT BADAN. PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA SAMA SEPERTI PENGAMBILAN PROTEIN TANPA MENINGGALKAN AKIBAT BURUK. MINYAK KELAPA DARA ADALAH PENYEMBUH ALAMI DI MANA IA TIDAK TINGGAL DI DALAM DARAH SEPERTI MANA LEMAK-LEMAK YANG LAIN TETAPI IA TERUS MASUK KE HATI DI MANA IA BERTUKAR KEPADA BENTUK TENAGA.
  6. KEGEMUKAN (OBESITI) – MINYAK KELAPA DARA ADALAH PEMAKANAN BERKHASIAT YANG BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN. PENYELIDIKAN MENUNJUKKAN BAHAWA MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI RENDAH KALORI BERBANDING DENGAN LEMAK-LEMAK YANG LAIN. MINYAK KELAPA DARA TIDAK AKAN MENYEBABKAN BERAT BADAN NAIK MALAHAN IA AKAN PECAH DENGAN LEBIH CEPAT DAN PANTAS UNTUK BERTUKAR KE BENTUK TENAGA. MINYAK KELAPA DARA TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENJADI LEMAK DI DALAM SALURAN DARAH BAHKAN IA AKAN TERUS MASUK KE DALAM ORGAN HATI UNTUK DIPROSES DAN DISALURKAN KE SELURUH TUBUH BADAN.
  7. PENGGUNAAN DI DALAM KOSMETIK (PENJAGAAN KULIT & RAMBUT) – MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MELEMBUTKAN KULIT DAN MELINDUNGINYA DARIPADA ROSAK DAN MENJADIKAN KULIT KELIHATAN MUDA DAN SIHAT. IA TELAH TERBUKTI DAPAT MELINDUNGI KULIT DARIPADA ROSAK AKIBAT RADIKAL BEBAS SEPERTI PENCEMARAN UDARA, MENGHILANGKAN TANDA-TANDA PENUAAN DAN SEBAGAINYA. TISU-TISU KULIT AKAN MENJADI LEBIH SIHAT DAN KUAT, KULIT MENJADI TEGANG DAN HANYA MENUNJUKKAN KEDUTAN PALING MINIMA. MINYAK KELAPA DARA JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI MINYAK RAMBUT. IA SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR. MINERAL-MINERAL YANG TERDAPAT DI DALAM MINYAK KELAPA DARA MENJAMIN RAMBUR MENJADI KUAT, SUBUR DAN BERSINAR SERTA MELINDUNGI RAMBUT DARIPADA KESAN-KESAN PENUAAN.

FAKTA MENARIK BERKENAAN MINYAK KELAPA DARA:

  • MINYAK KELAPA DARA TIDAK MERBAHAYA. IA MERUPAKAN KANDUNGAN UTAMA DI DALAM SUSU FORMULA BAYI SERTA PRODUK-PRODUK KESIHATAN YANG LAIN. IA JUGA DIGUNAKAN DI DALAM MAKANAN UNTUK MENGELAKKAN MAKANAN TERSEBUT DARIPADA CEPAT ROSAK. DI HOSPITAL, IA DIGUNAKAN SEBAGAI PEMAKANAN MELALUI TIUB DAN SALUR IV.
  • MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI NILAI-NILAI NUTRISI DAN PERUBATAN YANG TINGGI. BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM MINYAK KELAPA DARA BUKAN SAHAJA DAPAT MELINDUNGI TUBUH DARIPADA ORGANISMA-ORGANISMA PENYEBAB PENYAKIT TETAPI JUGA BERKESAN UNTUK MERAWAT DAN MEMULIHKAN.
  • WALAUPUN MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI LEMAK-LEMAK TEPU TETAPI BUKAN SEMUA LEMAK TEPU MERBAHAYA. LEMAK TEPU DI DALAM MINYAK KELAPA DARA ADALAH BERBEZA DARIPADA LEMAK YANG DIDAPATI DI DALAM HAIWAN. LEMAK HAIWAN MENGANDUNGI TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI BERBANDING DENGAN MINYAK KELAPA DARA DARIPADA SUMBER TUMBUHAN YANG MENGANDUNGI KOLESTROL PALING MINIMA.
  • DARIPADA SEMUA MINYAK TUMBUHAN ATAU SAYURAN YANG ADA, MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI PALING KURANG KOLESTROL. BANYAK KAJIAN-KAJIAN MEMBUKTIKAN BAHAWA PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA TIDAK LANGSUNG MENINGKATKAN TAHAP KOLESTROL DALAM DARAH.
  • MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MENGHALANG PENYAKIT JANTUNG KERANA IA MENGANDUNGI ANTI VIRUS DAN ANTI BAKTERIA. ORANG-ORANG YANG SENTIASA MENGAMBIL MINYAK KELAPA DARA SEBAGAI DIET HARIANNYA (SEPERTI PENDUDUK-PENDUDUK DI WILAYAH POLYNESIA, SRI LANKA, FILIPINA) MEMPUNYAI PALING KURANG MENGALAMI PENYAKIT JANTUNG KORONARI KERANA TAHAP KOLESTROL YANG SANGAT RENDAH ATAU HAMPIR TIADA. MINYAK KELAPA DARA SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG.
  • MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN. IA MENGANDUNGI RENDAH KALORI BERBANDING DENGAN LEMAK YANG LAIN TETAPI SEBALIKNYA MENGANDUNGI KARBOHIDRAT DAN PROTEIN YANG TINGGI. KARBOHIDRAT DAN PROTEIN AKAN MENGURANGKAN RASA LAPAR. IA JUGA MEMPERCEPATKAN METABOLISMA.

FAKTA-FAKTA NUTRISI COCOS HAVANA (MINYAK KELAPA DARA) HPA:

SAIZ HIDANGAN: SATU SUDU TEH (15ML)
JUMLAH HIDANGAN: 17
AMAUN SATU HIDANGAN: 105 KALORI, 105 LEMAK KALORI

JUMLAH LEMAK – 14GM (22%)
LAURIC ACID – 50-55%
CAPRIC ACID – 4.4%
CAPRYLIC ACID – 4.2%
MYRISTIC ACID – 19.8%
PALMTIC ACID – 8.0%
STEARIC ACID – 3.0%
OLEIC ACID – 4.1%
LINOLENIC ACID – 0.7%
POLYUNSATURATED – 2%
MONOUNSATURATED – 6%
CHOLESTROL – 0%
SODIUM – 0%
TOTAL CARBOHYDRATE – 0%
PROTEIN – 0%

PERCENTAGE DAILY VALUES ARE BASED ON 2000 CALORIES DIET

KOMPOSISI: 250ML

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM65.00
SABAH & SARAWAK: RM69.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM79.90
SABAH & SARAWAK: RM84.90

NILAI MATA (NM): 10

SOAL JAWAB TENTANG ALKARADIX CHLOROPHYLL DROPS:


Apa itu Alkaradix Chlorophyll Drops (ACD)?

ACD ialah satu formulasi saintifik canggih menggunakan alkali konsentrasi tinggi dengan ekstrak chlorophyll untuk mengurangkan keasidan dalam badan.


Apakah fungsi ACD?

ACD membantu menyingkirkan keadaan berasid dalam badan. Ianya sangat berkesan meninggikan pH minuman ke tahap pH 8.5 ke atas untuk menurunkan asid.


Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?

Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, sakit sendi, penyakit kulit tegar dan juga kanser.


Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?

Dua perkara berlaku apabila kita makan. Sebahagian daripada makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang selebihnya menjadi bahan buangan yang berasid. Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.


Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?

“Anda akan berpenyakit, lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda mula menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid,” kata Dr Robert Young.


Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?

Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air airkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.


Apakah yang seterusnya terjadi?

Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.


Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?

Apabila darah berasid dineutralkan dengan minuman beralkali, sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. ACD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.


Apakah di antara perkara positif yang berlaku jika bendalir/cecair badan beralkali?

“Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga. Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality,” Dr Robert Young.


Adakah ACD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?

Ya. Air alkali mempunyai lebih oksigen dengan adanya oksigen yang berpaut dengan hydrogen dalam bentuk OH- . Meminum air beralkali dari ACD meningkatkan nilai purata oksigen dalam darah. Itulah sebabnya ibu mengandung yang mengalami muntah-muntah dan pendaki gunung mendapat manfaat dari air alkali.


Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?

Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan, ia bertukar menjadi kanser.


Apakah tanda keasidan dalaman?

Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung dan keasidan merangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.


Apakah di antara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?

Cengkung mata/mendalam, arthritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah di jantung lemah, insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.


Siapakah yang memerlukan ACD?

Semua peringkat umur kecuali kanak-kanak bawah 6 tahun kerana mereka tidak berasid. Kebanyakan orang dewasa mempunyai buangan berasid dalaman. Hanya sedikit sahaja keasidan membawa padah, lebih-lebih lagi jika dibiarkan berterusan. ACD membantu mengurangkan keadaan berasid jika diamalkan setiap hari.


Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari ACD?

Kegemukan, seperti kencing manis atau kanser tidak terjadi dalam sehari. Ia menjelma sedikit demi sedikit sehingga menjadi parah. ACD menghalang timbunan lemak berlebihan dengan membuang punca timbunan lemak. Jadi, lama-kelamaan pengguna ACD semakin lebih sihat dan segar dengan berat badan menurun.


Adakah ACD bermanfaat bagi penghidap diabetes?

Karbohidrat yang terlalu diproses yang dimakan seperti nasi, mee, pizza atau kuih-muih dan lain-lain menjadi glukos dalam darah. Glukos berlebihan disimpan sebagai lemak dalam sel menjadikan seseorang gemuk dan mempunyai gula dalam darah. Air alkali yang terhasil oleh ACD mengurangkan buangan asid dan menurunkan timbunan gula. Oleh itu ACD membantu meredakan diabetes.


Adakah ACD baik untuk pesakit kanser?

Sel kanser sangat sukakan kondisi berasid dan tahap oksigen yang rendah. ACD meningkatkan alkali atau mengurangkan buangan berasid sambil meningkatkan tahap oksigen. ACD sudah pasti musuh kepada kanser dan baik untuk penghidap kanser.


Bolehkah faedah mengambil ACD dinikmati segera?

ACD bukanlah ubat seperti Panadol melegakan sakit kepala dengan cepat. Semua penyakit kronik terjadi sedikit demi sedikit dalam masa yang lama. ACD berkesan meredakan penyakit kronik dengan menurunkan kadar buangan berasid dalam badan yang menjadi salah satu punca penyakit kronik. Teruskan memakan ubat dan suplimen anda dan ACD akan membantu usaha menjadi lebih berkesan dan mujarab, Insyallah.


Apakah kesan sampingan menggunakan ACD?

Sejak bertahun air alkali konsentrasi tinggi digunakan untuk membuang asid. Belum pernah ada terdapat kesan sampingan seperti yang berlaku kepada ubat. Bagaimanapun, seperti pemakanan kesihatan yang mengubah keadaan dalaman yang menyebabkan, kemungkinan berlaku kesan penawar tetap ada dalam proses mengeluarkan penyakit. Tetapi kebanyakannya tidak lah berat hingga kesakitan.


Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila ACD digunakan?

3 manfaat terdapat dalam menggunakan ACD:

  1. Rehidrasi: Peningkatan kelembapan dalaman hasil dari sirkulasi cecair yang lebih baik menghilangkan kekeringan dalaman
  2. Oksigenasi: Peningkatan keberadaan oksigen dalam sel dari ACD
  3. Pengalkalian: Terjadinya buffer alkali dalam darah bagi mengelak keasidan yang membahayakan. Dalam proses pengurangan keasidan, detoksifikasi, dan pembinaan kesihatan hasil dari rehidrasi, oksigenasi dan pembuangan asid akan kadang-kadang terjadi kekeringan tekak, pening kepala, sembelit, kencing banyak, dan mungkin juga timbul gatal kulit dan sebagainya. Semua ini hanya sementara semasa proses pembetulan.


Bagaimana ACD digunakan?

1. Gunakan 1-2 titis dalam segelas minuman air, teh atau jus
2. Jika dicampur dalam botol, goncangkan botol dahulu
3. Jika ACD terkena kulit, basuh dengan air segera walaupun tak akan melecur
4. ACD boleh dibawa kemana-mana dan digunakan setiap kali anda meminum.

EQ MINDA:

 

 

EQ MINDA JUGA MERUPAKAN ADUNAN MAKANAN / MINUMAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN DIRI SERTA MEMBANTU MENINGKATKAN PERKEMBANGAN OTAK DAN MINDA. SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR, TERMASUK KANAK-KANAK DAN BAYI. PRODUK TERBAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH WANITA HAMIL UNTUK KESIHATAN IBU DAN BAYI DI DALAM KANDUNGAN.

KANDUNGAN EQ MINDA:

MADU LEBAH (APIS CERANA) – MAKANAN LENGKAP YANG DISEBUTKAN DI DALAM AL QURAN. IA MEMBEKALKAN TENAGA SERTA NUTRIEN UNTUK PERLINDUNGAN DARIPADA PELBAGAI PENYAKIT DAN MEMBANTU MENGHILANGKAN KELETIHAN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MINDA.

BADAM (PRUNUS DULCIS) – MEMBEKALKAN PELBAGAI VITAMIN DAN MINERAL SERTA SERAT, PROTEIN, LEMAK DAN KANDUNGAN FITOKIMIA. SATU HIDANGAN BADAM (23 BIJI) MENGANDUNGI 35% NILAI KEPERLUAN HARIAN (DV) ANTIOKDISAN, 20% DV MAGNESIUM, 15% DV FOSFORUS DAN 13% DV RIBOFLAVIN.

HABBATUS SAWDA (NIGELLA SATIVA) – MEMBERI KESAN KEPADA PARU-PARU, PERUT DAN LIMFA. IA DAPAT MENINGKATKAN IMUNITI DAN MEMUDAHKAN PENGHADAMAN.

KACANG ADAS – MEMBEKALKAN PROTEIN YANG TINGGI SELAIN DARIPADA FIBER, VITAMIN B1 DAN MINERAL.

KURMA (PHOENIX DACTYLIFERA L) – MENGANDUNGI KARBOHIDRAT, LEMAK, PROTEIN DAN VITAMIN C YANG DAPAT MEMBEKALKAN TENAGA. DARIPADA SEGI SAINTIFIK, IA BERKESAN MENGUBATI GANGGUAN USUS, MASALAH SEMBELIT SERTA PENAWAR MUJARAB UNTUK INSOMNIA. KURMA JUGA MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN BAYI SERTA BERKESAN MEREDAKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

TIN (FICUS CARICA) – SUMBER FLAVONOID DAN POLITENOL YANG BAIK DI SAMPING KANDUNGAN ANTI OKSIDAN DAN FIBER YANG TINGGI.

KISMIS (VITIS VINIFERA) – MENINGKATKAN DAYA INGATAN, MELINDUNGI HATI, MEMPERBAIKI SIRKULASI DARAH, MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR BESAR DAN MELAWAN BAKTERIA MULUT.

ZAA’FARAN (SAFFRON CROCUS SATIVUS) – ANTI KARSINOGENIK, ANTI MUTEGENIK DAN MENGANDUNGI ANTI OKSIDAN.

HALIA (ZINGIBER OFFICINALE) – HALIA DAPAT MERAWAT MASALAH ANGIN (KARMINATIF), MERAWAT INFLAMASI, MENGURANGKAN KOLESTROL DAN MERAWAT PENYAKIT HATI.

KOMPOSISI – 180ML PER BOTOL

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM45.00
SABAH & SARAWAK: RM50.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM50.00
SABAH & SARAWAK: RM55.00

NILAI MATA (NM): 10