Archive for the ‘PRODUK MADU HPA’ Category

MADU LEBAH – DR. JAMNUL AZHAR

Posted: February 10, 2011 in PRODUK MADU HPA

PENGENALAN:

Madu merupakan salah satu ubat yang dapat digunakan sebagai agen penyembuh selain daripada kitab suci Al Quran. Gunakan 2 penyembuh; madu dan Al Quran.

Dalam satu hadith lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pengubatan ada 3 cara: minum madu, berbekam dan khay iaitu dengan besi panas, tetapi aku melarang umatku berubat dengan khay.”

Firman Allah, ” … dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-nahl: 69).

Madu mempunyai rasa yang lazat, bau yang menyegarkan serta memiliki nilai pengubatan yang tinggi. Madu biasanya adalah agen awet muda dan berbeza daripada penggunaan gula biasa atau makanan harian lain.

 

EKSPERIMEN SAINTIS TERHADAP MADU:

Dr. Abdul Aziz Ismail menyatakan bahawa madu adalah suatu senjata doktor yang dapat digunakan untuk melawan penyakit. Orang menggunakan madu setelah ilmu pengetahuan berkembang dan meningkat. Madu merupakan makanan bernutrisi yang dapat memberikan kekuatan dan membunuh bakteria yang datang dari luar dan dalam tubuh.

Pada tahun 1954, Dr. Julia Carison melakukn eksperimen terhadap seekor babi hutan. Hasilnya, madu dapat menyembuhkan babi hutan yang mengalami sakit di pergelangan dan persendian tulang.

Pada tahun 1956, di Hospital Norfolk England, madu lebah digunakan untuk menutup luka dan menghilangkan bekas-bekas luka tersebut. Madu dapat berfungsi merangsang pembentukan jaringan sel baru.

Dr. W.G. Sackett, seorang pengkaji bakteria dari Akademi Pertanian Colorado, USA telah mendapati madu dapat menyahkan serta membunuh bakteria penyakit. Kuman penyebab Malaria/Typhoid mati dalam masa 48 jam. Hasil yang sama iaitu Typhosus A dan B mati dalam 24 jam. Sejenis mikroorganisma di dalam tinja dan air mati dalam 5 jam. Bakteria pnybb bronko pneumonia mati pada hari keempat iaitu sama masa dengan bakteria pnybb peritonitis, pleuritis dan pembengkakkan supuratif. Eksperimen ini telah diuji kembali oleh Dr. A.P. Sturtevant, pakar bakteria di Biro Entomology, Washington DC.

 

Kandungan madu

Madu mengandungi banyak vitamin – Serbuk sari kebanyakan bunga mengandungi kadar vitamin C yang cukup tinggi daripada sejenis sayuran dan buah-buahan. Madu mengandungi serbuk sari, justeru ia mengandungi vitamin C yang tinggi.

Madu merupakan medium yang baik bagi kebanyakan vitamin. Ia tidak sama dengan buah atau sayuran. Contohnya bayam akan hilang 50% kadar vitamin C dalam waktu 24 jam selepas dipetik.

Madu ada vitamin B1 yang dapat mencegah penyakit beri-beri, vitamin B2 yang dapat mencegah scurvy, vitamin B3 bertindak sebagai antiseptik dan mencegah penyakit tua yang datang sebelum masanya, vitamin B6 yang sangat penting bagi pencernaan makanan dan mencegah anaemia dan vitamin A yang mampu berfungsi untuk mencegah penyakit rabun malam.

Madu memiliki enzim pencernaan – Invertase dan Amylase merupakan enzim yang terdapat dalam madu. Kedua-dua enzim tersebut berfungsi melakukan proses pencernaan. Hal ini berbeza dengan gula tebu dan pemanis lain yang memerlukan invertase dalam saluran pencernaan melalui sejenis enzim agar mampu diubah menjadi gula sederhana. Madu dengan mudah dapat dicerna kerana dua enzim yang terdapat didalamnya serta telah dicerna oleh kelenjar liurnya, mengubah gula dalam sari bunga menjadi gula sederhana, levulosa dan dextrosa.

Madu mengandungi mineral – Zat besi, tembaga, potassium, silicon, klorin, kalsium, sodium, fosporus, magnesium dan aluminium merupakan mineral yang ada didalam madu lebah. Seluruhnya diambil dari tanah di mana bunga tersebut tumbuh. Oleh kerana itu, kadar mineral dari setiap madu yang berlainan bergantung dari tanah tanaman tersebut.

 

Kelebihan madu berbanding gula

Madu mempunyai rasa yang lazat, bau yang menyegarkan serta memiliki nilai pengubatan yang tinggi. Madu dapat memanjangkan umur (awet muda), berbeza dengan penggunaan gula biasa atau makanan harian lainnya. Di antara kelebihan madu jika dibandingkan dengan gula biasa adalah seperti berikut:

  • madu tidak mengiritasi saluran pencernaan
  • madu mudah dan pantas diasimilasikan
  • madu cepat memenuhi permintaan tenaga dalam masa yang singkat
  • madu mudah ditangani oleh ginjal
  • madu mempunyai kesan laxatif ringan dan sifatnya alamiah
  • madu memiliki kesan sedatif
  • madu mudah didapati
  • harganya tidak terlalu mahal

Perbezaan rasa yang terdapat pada madu adalah disebabkan berlakunya perbezaan iklim, tempat dan musim di mana madu tersebut dihasilkan. Cuaca, udara, bunga dan tanah juga memainkan peranan pada jenis warna dan rasa madu kerana berbeza jenis manisan yang dihisap daripada bunga yang berbeza.

Warna madu adalah jernih menyerupai kejernihan warna air hingga menjadi pekat kekuningan. Prof H.A. Schuette menyatakan bahawa madu yang berwarna gelap disebabkan kandungan tembaga dan besi yang lebih banyak dibandingkan dengan madu yang berwarna lebih cerah.

Madu yang terbaik memiliki kadar kandungan air yang rendah berbanding dengan madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

 

Madu dan penggunaannya di dalam bidang perubatan

  • Makanan untuk bayi – Dewasa ini ramai ibu yang tidak mampu menyusui bayi mereka dengan baik. Justeru penggantian dengan menggunakan susu lembu yang telah ditambah pemanis boleh dilakukan bagi memenuhi air susu sebagai bahan makanan bayi. Gula yang sering digunakan adalah glukosa dan dextromaltosa. Keadaan ini boleh menyebabkan permasalahan terhadap pencernaan bayi yang masih belum sempurna.
  • Madu adalah pemanis yang paling menonjol. Sebahagian besar bayi dapat menerima madu. Selain sebagai tambahan pemanis, madu juga mengandungi mineral, protein, daya antiseptik, laksatif ringan dan aroma yang enak.
  • Penelitian yang dilakukan oleh Dr. Haycak dan Dr. M.C. Tanquary dari Universiti Minnesota dan Dr. Schultz daripada Jabatan Kanak-Kanak Universiti Chicago menyatakan bahawa madu diserap lebih cepat daripada pelbagai jenis gula yang lain. Madu lebih cepat diserap kerana adanya dextrosa sedangkan levulosa menjadi sesuatu yang lebih lambat diserap dan lambat masuk ke dalam peredaran darah. Madu mampu menjaga kadar gula dalam darah.
  • Penahan eneuresis – Madu dengan sifat hidroskopisnya mampu untuk melakukan penyerapan dan pengentalan wap lembab dalam udara. Levulosa dalam madu dapat menarik wap gula dengan kuat. Ini juga berlaku bagi penyerapan dan pengentalan air di dalam badan sehingga dapat menahan eneuresis.
  • Influenza dan Selsema – Khasiat vitamin C adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan sel dan membantu melepaskan tenaga dalam melakukan gerakan. Madu akan membantu tubuh dalam membina tenaga. Pada masa sekarang, madu digunakan untuk mengubati pesakit yang batuk dengan menggunakan wapnya yang akan menembusi segala penjuru sistem pernafasan yang akan mematikan kuman yang menyebabkan batuk, influenza dan selsema.
  • Pengubatan Tuberculosis (TBC) – Zat yang ada akan diserap untuk membantu badan bagi melakukan regenerasi sel, terutama kandungan mineralnya seperti magnesium, sodium dan ferum.
  • Pengubatan Sakit Jantung – Dr. G. Thomas menyatakan dalam majalah Lauset di England, “Madu mempunyai kesan yang patut diperhatikan dalam memberi kelancaran kerja jantung dan memberi kekuatan kepada pesakit yang kehilangan tenaga setelah serangan jantung. Madu juga berfungsi untuk meredakan ketegangan saraf dan memudahkan tidur.”

EQ MINDA:

 

 

EQ MINDA JUGA MERUPAKAN ADUNAN MAKANAN / MINUMAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN DIRI SERTA MEMBANTU MENINGKATKAN PERKEMBANGAN OTAK DAN MINDA. SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR, TERMASUK KANAK-KANAK DAN BAYI. PRODUK TERBAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH WANITA HAMIL UNTUK KESIHATAN IBU DAN BAYI DI DALAM KANDUNGAN.

KANDUNGAN EQ MINDA:

MADU LEBAH (APIS CERANA) – MAKANAN LENGKAP YANG DISEBUTKAN DI DALAM AL QURAN. IA MEMBEKALKAN TENAGA SERTA NUTRIEN UNTUK PERLINDUNGAN DARIPADA PELBAGAI PENYAKIT DAN MEMBANTU MENGHILANGKAN KELETIHAN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MINDA.

BADAM (PRUNUS DULCIS) – MEMBEKALKAN PELBAGAI VITAMIN DAN MINERAL SERTA SERAT, PROTEIN, LEMAK DAN KANDUNGAN FITOKIMIA. SATU HIDANGAN BADAM (23 BIJI) MENGANDUNGI 35% NILAI KEPERLUAN HARIAN (DV) ANTIOKDISAN, 20% DV MAGNESIUM, 15% DV FOSFORUS DAN 13% DV RIBOFLAVIN.

HABBATUS SAWDA (NIGELLA SATIVA) – MEMBERI KESAN KEPADA PARU-PARU, PERUT DAN LIMFA. IA DAPAT MENINGKATKAN IMUNITI DAN MEMUDAHKAN PENGHADAMAN.

KACANG ADAS – MEMBEKALKAN PROTEIN YANG TINGGI SELAIN DARIPADA FIBER, VITAMIN B1 DAN MINERAL.

KURMA (PHOENIX DACTYLIFERA L) – MENGANDUNGI KARBOHIDRAT, LEMAK, PROTEIN DAN VITAMIN C YANG DAPAT MEMBEKALKAN TENAGA. DARIPADA SEGI SAINTIFIK, IA BERKESAN MENGUBATI GANGGUAN USUS, MASALAH SEMBELIT SERTA PENAWAR MUJARAB UNTUK INSOMNIA. KURMA JUGA MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN BAYI SERTA BERKESAN MEREDAKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

TIN (FICUS CARICA) – SUMBER FLAVONOID DAN POLITENOL YANG BAIK DI SAMPING KANDUNGAN ANTI OKSIDAN DAN FIBER YANG TINGGI.

KISMIS (VITIS VINIFERA) – MENINGKATKAN DAYA INGATAN, MELINDUNGI HATI, MEMPERBAIKI SIRKULASI DARAH, MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR BESAR DAN MELAWAN BAKTERIA MULUT.

ZAA’FARAN (SAFFRON CROCUS SATIVUS) – ANTI KARSINOGENIK, ANTI MUTEGENIK DAN MENGANDUNGI ANTI OKSIDAN.

HALIA (ZINGIBER OFFICINALE) – HALIA DAPAT MERAWAT MASALAH ANGIN (KARMINATIF), MERAWAT INFLAMASI, MENGURANGKAN KOLESTROL DAN MERAWAT PENYAKIT HATI.

KOMPOSISI – 180ML PER BOTOL

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM45.00
SABAH & SARAWAK: RM50.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM50.00
SABAH & SARAWAK: RM55.00

NILAI MATA (NM): 10

SPIRUMADU

SPIRUMADU ADALAH KOMBINASI SPIRULINA (ARTHROSPIRAPLATENSIS) DAN MADU LEBAH. PRODUK INI MENGANDUNGI VITAMIN SEMULAJADI, MINERAL DAN ASID AMINO YANG TINGGI. BERDASARKAN SATU KAJIAN, ANTI OKSIDAN DARIPADA BETA KAROTEN YANG TERDAPAT DIDALAMNYA BERTINDAK MENGHALANG ATAU MEMECAHKAN TUMOR DAN KANSER. KETINGGIAN KADAR KLOROFIL SERTA KHASIAT MADU LEBAH MEMBUATKAN PRODUK INI AMAT BERPOTENSI MEMBINA, MEMBANTU DAN MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN TUBUH BADAN MANUSIA.

KHASIAT SPIRULINA:

  1. MENGANDUNGI MUCOPOLISAKARIDA YANG MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN
  2. PROTEIN YANG TINGGI (60%-70%/44-74 GMS)
  3. ANTI OKSIDAN DARIPADA BETA KAROTEN YANG BERTINDAK MENGHALANG DAN MENCEGAH TUMOR DAN KANSER
  4. VITAMIN B12, C, D, E DAN ZAT BESI YANG AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENGUATKAN SISTEM IMUNITI
  5. MEMBANTU MENGAKTIFKAN HEMATOPOESIS BAGI MEMBINA HORMON ERYTHROPOETIN – EPO DALAM SEL DARAH
  6. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL, TRYGLYCERIDE DAN LDL BAGI MENGHALANG HIPERTENSI
  7. KLOROFIL YANG KAYA DIDALAMNYA DAPAT MENYINGKIRKAN LOGAM BERAT DALAM BUAH PINGGANG KESAN DARIPADA PENGAMBILAN UBATAN MODEN (PHARMACEUTICAL DRUGS)
  8. FIKOSIANIN IAITU PIGMEN BIRU (TERDAPAT HANYA PADA SPIRULINA) BERFUNGSI MEMBINA IMUNITI TUBUH

KHASIAT MADU LEBAH:

  • VITAMIN A – BERASAL DARIPADA KAROTEN, BERKHASIAT UNTUK MATA, SEL-SEL TUBUH, SELAPUT LENDIR, PERTUMBUHAN KANAK-KANAK, TENAGA FIZIKAL, IMUNITI TUBUH, KESIHATAN GIGI DAN SEBAGAINYA
  • VITAMIN B – BERPERANAN MENGATUR METABOLISMA BADAN YANG SANGAT DIPERLUKAN BAGI KEHIDUPAN DAN KESIHATAN MANUSIA. B5 UNTUK KESIHATAN OTAK (MENTAL-INGATAN)
  • VITAMIN C – MADU KAYA DENGAN VITAMIN C MELEBIHI DARIPADA MAKANAN-MAKANAN LAIN. IA BERFUNGSI SEBAGAI AGEN DAYA TAHAN TUBUH, SISTEM SARAF, EPILEPSI, PENGGERAK METABOLISMA BADAN DAN LAIN-LAIN
  • VITAMIN D – MEMBANTU TUBUH MENYERAP KALSIUM DAN FOSFORUS DAN MEMANFAATKAN KEDUANYA UNTUK TULANG DAN GIGI. KANAK-KANAK AMAT MEMERLUKANNYA
  • VITAMIN E – IA MENGAKTIFKAN FUNGSI VITAMIN A, MENGUATKAN STRUKTUR JANTUNG, TUMBESARAN KANAK-KANAK, MENYUBURKAN PERANAKAN WANITA, MENGAKTIFKAN DAYA SEKS LELAKI DAN WANITA, MENYIHATKAN KULIT DAN RAMBUT DAN AWET MUDA
  • VITAMIN K – BERFUNGSI MELANCARKAN PERJALANAN DARAH (ELAKKAN PEMBEKUAN), MENGELAKKAN PENYAKIT DARAH TINGGI, MIGRAIN, KANSER DARAH, MENCEGAH BATUK, BENGKAK-BENGKAK SENDI DAN AKTIF BERGABUNG DENGAN ENZIM-ENZIM BAGI MENGHASILKAN TINDAKBALAS UNTUK SISTEM PENCERNAAN

NILAI-NILAI PERUBATAN SPIRUMADU:

  1. ULSER PERUT
  2. MASALAH HATI
  3. BUASIR
  4. HIPERTENSI
  5. SEMBELIT
  6. GUSI BERDARAH
  7. ANTI TUMOR DAN KANSER
  8. GASTRIK
  9. EKZEMA
  10. ASMA
  11. ANEMIA (KURANG DARAH)
  12. NAFAS DAN BADAN BERBAU
  13. JANGKITAN KUMAN
  14. PENJANA TENAGA SEGERA

KOMPOSISI: 330ML PER BOTOL

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM45.00
SABAH & SARAWAK: RM50.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM55.00
SABAH & SARAWAK: RM60.00

NILAI MATA (NM): 15

CUKA NIPAH & MADU CUKA NIPAH (PALM HONEY):

Madu cuka nipah diambil selepas makan bukannya sebelum makan. Cuka sangat baik untuk menurunkan kolesterol tetapi jika tidak betul pengambilannya ia akan merosakkan gigi. Oleh sebab itu cuka perlu dicampur dengan madu dengan kadar (95: 5) hanya 5% cuka sahaja yang dicampur dalam madu untuk mengelakkan kesan negatif pada gigi.

Setiap malam, kumur dengan air garam sebelum tidur, insyaAllah gigi anda akan kuat sampai ke usia tua. Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan plak di dinding arteri bagi mengelakkan serangan jantung.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika dicampurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka epal, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukkan 1 sudu/senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral (1:3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1:1 dan jika masih tidak ada perubahan naikkan nisbah cuka iaitu 2:1.

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Rheumatoid Arthritis – sejenis penyakit Autoimun yang menyebabkan pembengkakkan terutama pada jari-jari tangan dan kaki. Berlakunya keadaan ini ialah kerana ketidakseimbangan di antara 4 unsur (tanah, air, api & angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem “kod” tubuh badan.

Cuka (cuka epal asli) adalah herba yang seimbang (tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada setiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh ditambah madu). Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D Det – 1 x 3
D Deu – 3 x 3
D Karm – 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17hb Islam (elakkan hari rabu) di samping itu banyakkan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah. (Sumber: jawimedherbs)

Isipadu: 500 ml

CUKA NIPAH

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM10.00
Sabah & Sarawak: RM12.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM12.00
Sabah & Sarawak: RM15.00

Nilai Mata (NM):2

MADU CUKA NIPAH

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM30.00
Sabah & Sarawak: RM32.00

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM32.00
Sabah & Sarawak: RM34.00

Nilai Mata (NM) : 6

HPA001

 

Produk baru madu ini merupakan sinergi herba dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus. Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba, InsyaAllah. Produk yang dikeluarkan ialah seperti berikut:-

1. MADU PLANTISOL

Bahan aktif yang terdapat di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukos di dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas.

2. MADU VITEX

Madu vitex sangat berkhasiat untuk menurunkan kadar tekanan darah tinggi sehingga kembali ke paras normal. Tekanan darah tinggi sangat merbahaya jika tidak diatasi dengan segera kerana ia akan mengakibatkan strok, lumpuh, rabun mungkin buta, pecah pembuluh darah yang menyebabkan koma dan gangguan saraf, lemah jantung serta merosakkan ginjal.

3. MADU RADIX

Madu Radix sesuai untuk semua golongan umur dan jantina, merawat lemah tenaga batin, memperbanyakkan urin dan memperbaiki buah pinggang.

4. MADU PARAMARIA

Madu Paramaria dirumus khas untuk merawat masalah kewanitaan seperti melancarkan perjalanan haid, awet muda, keputihan, masalah di kemaluan, sakit pinggang, menguatkan rahim dan tulang, menghaluskan kulit, melambatkan menopaus serta untuk kebahagian rumahtangga.

5. MADU COSCINIUM

Madu coscinium pula ialah adunan siap ubat untuk rawatan resdung yang kronik. Mereka yang telah hilang kepekaan menghidu aroma, hidung tersumbat dan bersin pada waktu pagi sebaiknya mencuba herba ini.

6. MADU ARDISIA

Madu Ardisia adalah adunan istimewa untuk pesakit ghout yang lebih kuat keberkesananya daripada ardisia dalam bentuk kapsul.

7. MADU CUKA

Adunan madu dan cuka asli seperti cuka kurma, cuka epal, cuka nipah dan yang lain-lainnya boleh dijadikan ubat yang sangat berkesan untuk berbagai-bagai jenis penyakit. Madu dan Cuka merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan penyakit kencing manis. InsyaAllah.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM25.00
Sabah & Sarawak: RM30.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM30.00
Sabah & Sarawak: RM35.00

Nilai Mata (NM): 5

PRODUK MADU HPA

Posted: November 6, 2009 in PRODUK MADU HPA

MADU ASLI

madu

Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun sebagai makanannya.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Madu Asli Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Timbul riaksi elergi lepas mengambil madu

Percayalah, madu itu adalah ubat yang sangat bermanafaat terutama pada tubuh yang lelah kerana terlalu banyak kotoran . Madu tidak memberatkan buah pinggang dan menjadi pelawas pada usus besar. Madu juga mendatangkan tenaga segera bagi menolong membangkitkan imuniti yang lemah.

Guna madu bersama herba lain,insyaAllah berkesan. Jika terdapat gatal gatal ambil madu dengan corcinium dan omega 3. Kencing Manis pula madu dengan plantisol sangat baik untuk mereka yang mengalami impotensi kerananya. Kesemua sinergi dengan madu lebah perlu dibukakan kapsul terlebih dahulu.

Jika berlaku alergi teruskan pengambilan madu dan jangan berhenti sehingga sembuh. InsyaAllah.


Bibir hitam

Bibir menjadi hitam akibat daripada penggurangan kalogen kerana proses penuaan. Kaedah biasa yang sering digunakan oleh pakar-pakar kecantikan ialah menggunakan hyaluronic asid. Namun bagitu hasilnya juga tidak bagitu ketara dibandingkan dengan kaedah pengubatan Jawi.

Anda boleh mencuba dengan menyapu madu lebah sebelum tidur malam pada bibir dan dilakukan selang 3 hari. InsyaAllah bibir akan menjadi cantik, halus bak limau seulas. Selamat mencuba dengan madu lebah asli HPA.


Mengkudu + Madu

Gabungan madu dan mengkudu (2M) juga sangat baik untuk mengubati ketumbuhan. Buka 3 kapsul mengkudu, dicampur dengan segelas kecil air dan sesudu teh madu. Selepas dikacau/aduk dibiarkan 10 minit kemudian di minum sehari 3 – 5 kali.

Campuran itu tidak lengkap lagi dan perlu ditambah dengan minuman segelas air parutan kunyit putih (sebesar ibu jari sekali minum) 3 kali sehari.Kaedah ini sangat baik terutamanya yang melibatkan rahim wanita. InsyaAllah.


Madu bercampur air.

Terapi madu juga sangat baik untuk kesihatan mata dan kecantikan kulit muka. Satu sudu besar madu dimasukkan kedalam setengah liter air dan digunakan untuk membasuh muka pada malam hari. Biarkan air tersebut kering di muka dan bersihkan pada hari esoknya.

Air madu akan membersikan mata serta mengelakan pembentukan selaput (rabun) malah kulit muka turut menjadi cantik putih kemerah-merahan(kulit bayi). Lakukan selama 40 malam dan lihat perbezaan pada kulit muka sekaligus sebagai terapi untuk penyakit resdung. InsyaAllah.

Komposisi (375 gram per botol):

Sinergikan dengan produk HPA:-

  1. Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.
  2. Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.
  3. Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).
  4. Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.
  5. Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.


Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 23

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 27

Nilai Mata (NM): 5

MADU BERSARANG (HONEY COMB)

honey-comb

Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.

Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.

Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.

Kepentingan:

  1. Madu telah digunakan sejak turun-temurun kerana khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya.
  2. Sarangnya terbentuk daripada himpunan sel-sel lekitan lebah yang menempatkan larva, madu dan debunga.
  3. Kandungan mineralnya berbeza mengikut tempat asal madu. Amnya, ia mengandungi kuprum, zat besi, vitamin B, mangan, kalium, kalsium, fosforus, aluminium dan magnesium.
  4. Madu sarang sangat mujarab untuk alahan, dikunyah ketika alahan menjelma.
  5. Sesuai untuk mengelak asid refluk.
  6. Antioksidan yang tinggi, dapat mengelakkan proses penuaan.
  7. Digunakan secara meluas dalam masakan – sapuan roti, snek, salad.

Perhatian:

  • Madu sarang akan menjadi kristal pada suhu sejuk. Biarkan pada suhu bilik.
  • Elakkan pemberian madu kepada bayi di bawah umur 12 bulan.

Penggunaan:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari.

“Khasiatnya yang unik disamping kelebihan penawar yang ada padanya”


Komposisi: 450 gram sebotol


Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM30.00
Sabah & Sarawak: RM35.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM35.00
Sabah & Sarawak: RM40.00

Nilai Mata (NM): 10