BAHAYA SELESEMA BABI INFLUENZA A (H1N1)

Posted: August 10, 2009 in Berita, SINERGI HERBA, TIP-TIP KESIHATAN

PETIKAN BERITA:

“KOTA KINABALU 9 Ogos – Jumlah korban akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai berkata, tujuh kematian yang direkodkan berkenaan dilaporkan daripada golongan berisiko tinggi yang mempunyai penyakit lain.”

REALITI H1N1 DENGAN UMAT ISLAM:

Wabak Selesema Babi Influenza A (H1N1) bermula pada bulan April 2009 dan sehingga ke hari ini, 26 kematian telah direkodkan. Banyak kes yang telah dilaporkan dan ramai pesakit-pesakit yang dijangkiti dengan virus maut ini sedang terlantar di hospital. Jumlah kes-kes baru pula semakin banyak seolah-olah penularan virus ini tiada penghujungnya. Peningkatan kes yang pantas ini amat membimbangkan semua pihak.

Persoalannya mengapa begitu pantas berlaku di negara ini padahal di peringkat awal pihak berwajib memberi jaminan bahawa kes ini terkawal. Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkerja keras bagi memastikan penyakit itu tidak menular ke negara ini. Namun kerja keras mereka berdua gagal membendung wabak ini. Adakah dunia hari ini sedang menghadapi apa yang digambarkan di dalam filem-filem seperti Outbreak, I am Legend dan sebagainya?

Bermula daripada beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ditutup, diikuti dalam tempoh tidak sampai sebulan beberapa UiTM ditutup, kemudian kolej dan politeknik termasuk sekolah agama di Johor turut terlibat. Perkembangan ini sungguh menghairankan.Mengapa pelajar Melayu dan Islam menjadi mangsa H1N1?

Rencana ini cuba menyingkap rahsia di sebalik wabak ini dan kaitannya dengan umat Islam. Sebenarnya sepanjang virus ini menyerang dunia, umat Islam daripada golongan pemimpin sehingga orang awam di kampung berasa sangat selesa dan selamat. Malah sebahagian orang Islam beranggapan, selesema babi hanya akan menyerang orang yang makan babi. Maka orang Melayu/Islam tidak akan terkena wabak itu.

Oleh sebab tidak bimbang penularannya terhadap orang Islam, pemimpin termasuk ulama tidak serius dalam usaha mengelakkannya. Mereka tidak mengambil kisah dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Umat Islam sudah ada rasa berbunga di hati bahawa mereka boleh bebas daripada selesema babi, namun hakikatnya mereka sombong kepada Allah.

Sebenarnya Allah datangkan wabak ini untuk menguji hamba-Nya, tetapi apabila hamba-Nya tidak mahu mengambil iktibar daripada wabak itu, maka Dia membiarkan wabak itu menyerang sesiapa sahaja. Siapa yang langsung tidak mahu menjaga kesihatan dan kebersihan akan lebih cepat mendapat penyakit itu.

Selain itu, umat Islam yang terus lalai, leka dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.

Menyedari keadaan ini, kita menyeru semua umat Islam supaya bertaubat daripada kealpaan itu. Marilah kita membaca doa minta Allah hindarkan wabak itu daripada kita dan negara. Baca doa ini sebanyak tujuh kali setiap kali lepas solat:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَة
اَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah.”

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah. Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua.

DI HPA KITA MENGAMALKAN KAEDAH “PENCEGAHAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA PENGUBATAN” . HERBA-HERBA HPA YANG MEMPUNYAI KEKUATAN BAGI TUJUAN ANTI VIRUS IALAH SEPERTI:-

  1. IMT – 3 BIJI 3 KALI SEHARI
  2. ROSELLE KAPSUL – 5 BIJI 3 KALI SEHARI ATAU TEH ROSELLE – 2 UNCANG 3 KALI SEHARI
  3. MADU CORCINIUM – 2 SUDU 3 KALI SEHARI
  4. KOPI RADIX
  5. MALAC – 2 BIJI 3 KALI SEHARI
  6. TEH HERBA

AMALKAN TERUS HERBA-HERBA HPA SEBAGAI AMALAN HARIAN. INSYAALLAH.

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan HPA di dalam situasi ini.Amin.

Rujukan: http://jawiherbshop.blogspot.com/http://baei.blogspot.com/http://www.jamalmajlis.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s