Archive for September, 2009

2 (2)

PRODUK INI SANGAT SESUAI BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KADAR KOLESTROL YANG TINGGI. PRODUK INI DIHASILKAN DARIPADA MINYAK IKAN SOLOMON DAN TELAH TERBUKTI BERKESAN MELANCARKAN PERJALANAN DARAH DAN MENGEMBALIKAN KADAR KOLESTROL KE PARAS NORMAL. PRODUK INI JUGA SESUAI KEPADA MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH DIABETIS, GHOUT DAN RHEUMATIK.

PB

COKLAT RADIX KINI BERADA DI PASARAN HPA (HOMEMADE) – SATU LAGI PRODUK BARU MUNCUL IAITU COKLAT KOKO. KELAZATAN KOKO ASLI DAPAT DIRASAI TANPA PEWARNA ATAU AROMA SINTETIK. KOKO ASLI BANYAK KELEBIHANNYA KERANA MENURUT KAJIAN, MEREKA YANG SERING MINUM/MAKAN KOKO KURANG RISIKO DISERANG SERANGAN JANTUNG. DI SAMPING ITU, KOKO JUGA MAMPU MEMPENGARUHI EMOSI PENGGUNANYA. DI NEGARA-NEGARA BARAT, MEREKA MENJADIKAN KOKO SEBAGAI BAHAN AFRODISIAK (PENAMBAH TENAGA SEGERA).

BUAT MASA INI, HPA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN DUA PRODUK UTAMA DARIPADA KOKO IAITU RADIX KOKO DAN COKLAT KOKO YANG DIJAMIN HALAL DAN SUCI. SEMOGA DENGAN ADANYA PRODUK-PRODUK INI, PENGGEMAR-PENGGEMAR KOKO SELAMAT DARIPADA MEMAKAN KOKO YANG MENGANDUNGI BAHAN LEMAK YANG DIRAGUI. KITA MENYEDIAKAN ALTERNATIF KEPADA PENGGUNA YANG PRIHATIN TENTANG HALAL HARAM & KESIHATAN.

SATU LAGI PRODUK YANG DIEDARKAN IALAH KACANG TUMBUK DAN KACANG POTONG. PRODUK INI MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI TETAPI KEBIASAANNYA IA MENGANDUNGI LELEMAK HAIWAN YANG HARAM. HPA MENGAMBIL INISIATIF MENGELUARKAN KEDUA-DUA PRODUK INI TANPA MENGANDUNGI LELEMAK MALAH HPA MEMASUKKAN MADU LEBAH ASLI KE DALAMNYA.

MEMANDANGKAN KAPSUL IMT TELAH MENDAPAT PERMINTAAN YANG BAIK SEBAGAI HERBA PERAWATAN DEMAM, KINI HPA TELAH MENGELUARKAN IMT DALAM BENTUK MINUMAN BAGI MENGGANTIKAN AIR PENAWAR DEMAM YANG BANYAK BERADA DI PASARAN LUAR.

DI SAMPING ITU, PRODUK PAKAIAN JUGA SEDANG DIUSAHAKAN DAN DIPASARKAN DALAM MLMS HPA DENGAN TAMBAHAN PRODUK TUALA BERLOGOKAN HPA. INI ADALAH DI ANTARA PRODUK-PRODUK AWAL DALAM BENTUK PAKAIAN SEMENTARA HPA MERANCANG AGAR HPA MENJADI SEBUAH MALL DI SUATU HARI NANTI, INSYAALLAH.

2 (3)

HPA MENGAMBIL INISIATIF DALAM MENGELUARKAN MI KUNING KERING SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA MI KUNING YANG ADA DI PASARAN LUAR SANA YANG MENGANDUNGI TERLALU BANYAK BAHAN KIMIA SERTA PEMBUATAN YANG TIDAK BEGITU BERSIH UNTUK DIMAKAN OLEH ORANG ISLAM.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Posted: September 19, 2009 in Aktiviti

77d8229abbc002ce

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H/2009M MAAF ZAHIR & BATIN

AYAM LEMAS JUADAH RAYA

Posted: September 19, 2009 in Berita, PRODUK SEJUK BEKU HPA

KUALA LUMPUR 18/9/2009: Sebahagian pusat penyembelihan ayam di pasar utama, termasuk yang bakal dijadikan juadah Aidilfitri, dikesan melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai. Kegiatan peniaga terbabit terbongkar dalam operasi khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di beberapa pusat penyembelihan di pasar utama sekitar ibu kota, awal pagi semalam. Lebih menjijikkan apabila ada antara pusat penyembelihan ayam terbuka itu ‘berjiran’ dengan gerai atau tempat penjualan daging babi, sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada ayam terbabit halal dimakan.

Pegawai penguat kuasa Jakim yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila menemui tong biru berisi air yang dipenuhi puluhan ayam mati di dalamnya. Penemuan memeranjatkan itu membuktikan pekerja premis terbabit sengaja menenggelamkan ayam yang baru disembelih ke dalam tong berkenaan untuk mempercepatkan proses kematian. Soal siasat terhadap seorang pekerja mendapati, tugas penyembelihan dilakukan warga Bangladesh dan Indonesia yang diambil bekerja tanpa sijil pentauliahan penyembelihan sah. Selain melemaskan dalam tong besar berisi air, ada pekerja penyembelihan memasukkan puluhan ayam yang sudah disembelih ke dalam tong sempit menyebabkan ayam terbabit lemas dan mati akibat tertindih.

Dalam operasi bersepadu yang turut disertai anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dua kawasan pasar di Chow Kit dan Jalan Pudu di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi. Operasi yang disertai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jakim, Othman Mustapha dan Pengarah Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar, disasarkan terhadap lebih 12 premis penyembelihan yang statusnya meragukan. Difahamkan, kebanyakan premis terbabit dikesan menggaji tukang sembelih tidak bertauliah di kalangan warga asing terutama warga Bangladesh dan Indonesia.

Dalam operasi di Pasar Pudu, pegawai Jakim terpaksa meredah gerai dan lorong dipenuhi longgokan daging babi sebelum menemui pusat penyembelihan ayam milik warga tempatan.Bagaimanapun, dua pekerja warga Myanmar dan Bangladesh yang sedang leka menyembelih ayam melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa. Agak mengejutkan apabila pekerja pusat penyembelihan ayam terbabit didapati mencampakkan semua ayam yang sudah siap ditanggalkan bulunya ke atas permukaan lantai kotor dan berlumut.

Kerja penyembelihan sambil lewa yang tidak mengikut hukum syarak turut terbukti apabila pemeriksaan Jakim di pusat penyembelihan sekitar Chow Kit di sini, turut mendapati lokasi terbabit terlalu kotor dan menjijikkan. Tali perut serta bangkai ayam pula dilonggokkan bersama dalam beberapa bekas yang terdedah. Lebih teruk lagi, beberapa ekor tikus dilihat berkeliaran dalam pusat penyembelihan sempit terbabit.

Othman yang ditemui selepas operasi itu berkata, agak mengejutkan apabila kebanyakan tukang sembelih ayam yang ditemui tidak memiliki tauliah daripada Jawi, selain turut diselenggara warga asing. “Ada antara ayam terbabit didapati mati bukan kerana disembelih, tapi kerana sesak nafas selepas tertindih dalam tong besar selain dilemaskan. Mengikut hukum syarak, ayam sebegini yang tidak mati akibat sembelihan haram dimakan umat Islam. “Selain itu, lokasi penyembelihan ayam yang terlalu dekat dengan pusat jualan daging babi turut dikesalkan,” katanya.

Menurutnya, paling sukar dipercayai bagaimana seorang tukang sembelih boleh melakukan tugas menyembelih ribuan ekor ayam dalam tempoh hanya beberapa jam. “Perkara ini pastinya boleh menyebabkan berlaku kecuaian apabila ayam yang disembelih tidak dipotong mengikut hukum syarak ditetapkan iaitu putus pada bahagian kerongkong, tenggorok dan urat nadi,” katanya.

Beliau berkata, Jakim dan jabatan agama Islam negeri boleh menarik balik lesen halal yang diberikan kepada pengusaha pusat sembelihan ayam jika mendapati mereka gagal mengikuti peraturan ditetapkan syarak. Katanya, operasi terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan dan rungutan daripada orang ramai yang curiga terhadap kaedah penyembelihan ayam di beberapa pasar utama di seluruh negara. (Sumber: http://www.hmetro.com.my/)

AYAM ORGANIK HPA SEBAGAI ALTERNATIF:

HPA mengambil tanggungjawab dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba. Di antara bahan yang dijadikan makanan ayam organik HPA ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan ayam tempatan selama setahun.

Kebersihan di pusat penternakan, penyembelihan dan pemprosesan sangat dititikberatkan. Penyembelihan dipantau oleh Panel Syariah HPA bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak syariat Islam.

HARGA AHLI: RM15.00 (1.5KG)
HARGA BUKAN AHLI: RM17.00 (1.5KG)
NILAI MATA (NM): 2

MLM: 300 TERTIPU LAGI

Posted: September 19, 2009 in Berita
mainpix

GAMBAR HARIAN METRO

KUALA LUMPUR 18/9/2009: Biarpun pernah menjadi mangsa tipu sebuah syarikat jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) yang sama tahun lalu, kira-kira 300 ahli bagaikan tidak serik apabila sekali lagi terjebak dan masuk perangkap apabila ditipu pengurusan sama. Kemuncaknya, semua mangsa terbabit ‘menyerang’ Balai Polis Setapak, kelmarin apabila mendapati seorang lelaki yang didakwa sebagai penyumbang dana syarikat terbabit dibawa ke balai itu untuk siasatan.

Mangsa turut membuat laporan di balai polis sama berikutan berasa tertipu. Semua mangsa mula membuat laporan jam 3 petang hingga jam 12 tengah malam tadi.

Harian Metro difahamkan, kejadian bermula sejak pagi kelmarin apabila beberapa mangsa berkunjung ke pejabat syarikat terbabit untuk menuntut bonus yang dijanjikan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk menggunakan wang bonus terbabit sempena Aidilfitri tidak kesampaian apabila pihak syarikat enggan melayan dan membayar wang terbabit. Malah, seorang wanita yang ditemani anak lelakinya turut dihalau dan ditengking seorang pekerja syarikat itu yang mengatakan mangsa sebagai pengemis dan tidak tahu malu mahu menuntut wang bonus.

Cacian itu didengari anak lelaki wanita terbabit yang geram sebelum mereka mengumpulkan semua mangsa dan akhirnya membuat laporan polis. Seorang daripada mangsa yang juga ibu tunggal, Siti Rafiah Mat Sah, 57, tidak dapat perasaan marah dengan tindakan pihak syarikat itu. Menurutnya, ini kali kedua syarikat itu menghilangkan diri menjelang musim perayaan. Menceritakan lebih lanjut, Siti Rafiah berkata, tahun lepas pihak pengurusan menggunakan nama lain bagi syarikat itu dan mengenakan bayaran RM160 hingga RM260 untuk setiap lot yang dibeli. Bagaimanapun, katanya, imbuhan bonus yang dijanjikan tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan selain pihak pengurusan itu menghilangkan diri.

“Namun, pengurus syarikat itu datang semula dan menghubungi bekas ahli dan memaklumkan mereka boleh mendapatkan semula bonus tahun lalu. Bagaimanapun, semua bekas ahli perlu mendaftar sebagai ahli baru di bawah syarikat yang dinamakan lain dan diminta membayar sebanyak RM280,” katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Setapak di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian. (Sumber: http://www.hmetro.com.my/)

SAMPAI BILA HENDAK DITIPU???

MARI BERSAMA KAMI DI HPA. SEGALANYA ADA DI HPA, INSYAALLAH

sosej-hpa

INI ADALAH PRODUK TERBARU HPA. TIADA ALASAN LAGI UNTUK TIDAK BERSAMA HPA.

KERAGUAN UNTUK MENIKMATI SOSEJ KINI TELAH HILANG. HPA TELAH MENGAMBIL ALTERNATIF TERBAIK DI DALAM MEMANFAATKAN LAGI PRODUK AYAM ORGANIK. DARIPADA AYAM ORGANIK MAKA LAHIRLAH PRODUK-PRODUK SEPERTI SATE AYAM ORGANIK. KINI TIBALAH MASANYA UNTUK KELAHIRAN PRODUK SOSEJ AYAM ORGANIK. KEPADA PENGGEMAR SOSEJ, JAMINAN KAMI INILAH SOSEJ YANG HALAL DAN SUCI. INSYAALLAH SELEPAS INI AKAN LAHIRLAH PULA DAGING BURGER AYAM ORGANIK DAN NUGET AYAM ORGANIK.

HARGA PENGGUNA: RM12.00
HARGA PENGEDAR HPA: RM10.00
NILAI MATA (NM): 2

SUMBER: http://hpa.com.my/metrohpa/

MAJLIS BERBUKA PUASA MERIAH

Posted: September 7, 2009 in Aktiviti

ALHAMDULILLAH MAJLIS BERBUKA PUASA KOMITI HPA CAWANGAN BENTONG TELAH BERJAYA DIADAKAN DENGAN SEDERHANA TETAPI MERIAH SEPERTI YANG TELAH DIJADUALKAN. SERAMAI LEBIH KURANG 60 AHLI HPA BENTONG SERTA LEBIH KURANG 20 OARANG ANAK-ANAK TELAH TURUT SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

TETAMU KEHORMAT IAITU PRESIDEN KPA, PJM HAFIDZAN FAUZI TURUT HADIR DITEMANI ISTERI-ISTERI DAN ANAK-ANAK.

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BERBUKA PUASA DAN DIIKUTI DENGAN SOLAT MAGHRIB DAN TAHLIL YANG DIIMAMKAN OLEH USTAZ ARIS HAZLAN. SEMENTARA MENANTI WAKTU SOLAT ISYAK, PJM HAFIDZAN FAUZI TELAH MENYAMPAIKAN UCAPAN/MOTIVASI SERTA PERKEMBANGAN TERKINI HPA. INI DISUSULI DENGAN MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA BEKAS PESERTA-PESERTA PBC SERTA PENYAMPAIAN ALATULIS UNTUK ANAK OLEH PJM HAFIDZAN. TERIMA KASIH KEPADA PJM HAFIDZAN FAUZI YANG TELAH MENYEDIAKAN SEMUA CENDERAHATI TERSEBUT.

MAJLIS KEMUDIANNYA DITERUSKAN DENGAN SOLAT ISYAK DAN SOLAT TARAWIH YANG DIIMAMKAN OLEH PJ ALIAS DAN CIKGU TUAH BERTINDAK SEBAGAI BILAL.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK KOMITI HPA CAWANGAN BENTONG SERTA AHLI-AHLI HPA YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Posted: September 3, 2009 in Aktiviti

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KOMITI HPA CAWANGAN BENTONG, PAHANG AKAN MENGADAKAN SATU MAJLIS BERBUKA PUASA SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 3 SEPTEMBER 2009 (HARI KHAMIS)
MASA: 07.00 PETANG – 10.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN HPA CAWANGAN BENTONG

ATURCARA YANG TELAH DISEDIAKAN INSYAALLAH AKAN DIJALANKAN IAITU BERBUKA PUASA, SOLAT MAGHRIB, ISYAK, TARAWIH DAN DIAKHIRI DENGAN TAZKIRAH/UCAPAN.

TETAMU KEHORMAT YANG DIJANGKA AKAN HADIR IALAH PRESIDEN KPA, PJM HAFIDZAN FAUZI SERTA KELUARGA.

PENGERUSI SERTA AJK KOMITI HPA CAWANGAN BENTONG MENJEMPUT SEMUA AHLI DAN YANG MASIH BELUM MENJADI AHLI HPA SAMA ADA DARI JAUH DAN DEKAT UNTUK HADIR KE MAJLIS BERBUKA PUASA TERSEBUT. SEMOGA DENGAN KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SERTA KELUARGA INSYAALLAH AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT.