AYAM LEMAS JUADAH RAYA

Posted: September 19, 2009 in Berita, PRODUK SEJUK BEKU HPA

KUALA LUMPUR 18/9/2009: Sebahagian pusat penyembelihan ayam di pasar utama, termasuk yang bakal dijadikan juadah Aidilfitri, dikesan melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai. Kegiatan peniaga terbabit terbongkar dalam operasi khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di beberapa pusat penyembelihan di pasar utama sekitar ibu kota, awal pagi semalam. Lebih menjijikkan apabila ada antara pusat penyembelihan ayam terbuka itu ‘berjiran’ dengan gerai atau tempat penjualan daging babi, sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada ayam terbabit halal dimakan.

Pegawai penguat kuasa Jakim yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila menemui tong biru berisi air yang dipenuhi puluhan ayam mati di dalamnya. Penemuan memeranjatkan itu membuktikan pekerja premis terbabit sengaja menenggelamkan ayam yang baru disembelih ke dalam tong berkenaan untuk mempercepatkan proses kematian. Soal siasat terhadap seorang pekerja mendapati, tugas penyembelihan dilakukan warga Bangladesh dan Indonesia yang diambil bekerja tanpa sijil pentauliahan penyembelihan sah. Selain melemaskan dalam tong besar berisi air, ada pekerja penyembelihan memasukkan puluhan ayam yang sudah disembelih ke dalam tong sempit menyebabkan ayam terbabit lemas dan mati akibat tertindih.

Dalam operasi bersepadu yang turut disertai anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dua kawasan pasar di Chow Kit dan Jalan Pudu di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi. Operasi yang disertai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jakim, Othman Mustapha dan Pengarah Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar, disasarkan terhadap lebih 12 premis penyembelihan yang statusnya meragukan. Difahamkan, kebanyakan premis terbabit dikesan menggaji tukang sembelih tidak bertauliah di kalangan warga asing terutama warga Bangladesh dan Indonesia.

Dalam operasi di Pasar Pudu, pegawai Jakim terpaksa meredah gerai dan lorong dipenuhi longgokan daging babi sebelum menemui pusat penyembelihan ayam milik warga tempatan.Bagaimanapun, dua pekerja warga Myanmar dan Bangladesh yang sedang leka menyembelih ayam melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa. Agak mengejutkan apabila pekerja pusat penyembelihan ayam terbabit didapati mencampakkan semua ayam yang sudah siap ditanggalkan bulunya ke atas permukaan lantai kotor dan berlumut.

Kerja penyembelihan sambil lewa yang tidak mengikut hukum syarak turut terbukti apabila pemeriksaan Jakim di pusat penyembelihan sekitar Chow Kit di sini, turut mendapati lokasi terbabit terlalu kotor dan menjijikkan. Tali perut serta bangkai ayam pula dilonggokkan bersama dalam beberapa bekas yang terdedah. Lebih teruk lagi, beberapa ekor tikus dilihat berkeliaran dalam pusat penyembelihan sempit terbabit.

Othman yang ditemui selepas operasi itu berkata, agak mengejutkan apabila kebanyakan tukang sembelih ayam yang ditemui tidak memiliki tauliah daripada Jawi, selain turut diselenggara warga asing. “Ada antara ayam terbabit didapati mati bukan kerana disembelih, tapi kerana sesak nafas selepas tertindih dalam tong besar selain dilemaskan. Mengikut hukum syarak, ayam sebegini yang tidak mati akibat sembelihan haram dimakan umat Islam. “Selain itu, lokasi penyembelihan ayam yang terlalu dekat dengan pusat jualan daging babi turut dikesalkan,” katanya.

Menurutnya, paling sukar dipercayai bagaimana seorang tukang sembelih boleh melakukan tugas menyembelih ribuan ekor ayam dalam tempoh hanya beberapa jam. “Perkara ini pastinya boleh menyebabkan berlaku kecuaian apabila ayam yang disembelih tidak dipotong mengikut hukum syarak ditetapkan iaitu putus pada bahagian kerongkong, tenggorok dan urat nadi,” katanya.

Beliau berkata, Jakim dan jabatan agama Islam negeri boleh menarik balik lesen halal yang diberikan kepada pengusaha pusat sembelihan ayam jika mendapati mereka gagal mengikuti peraturan ditetapkan syarak. Katanya, operasi terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan dan rungutan daripada orang ramai yang curiga terhadap kaedah penyembelihan ayam di beberapa pasar utama di seluruh negara. (Sumber: http://www.hmetro.com.my/)

AYAM ORGANIK HPA SEBAGAI ALTERNATIF:

HPA mengambil tanggungjawab dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba. Di antara bahan yang dijadikan makanan ayam organik HPA ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan ayam tempatan selama setahun.

Kebersihan di pusat penternakan, penyembelihan dan pemprosesan sangat dititikberatkan. Penyembelihan dipantau oleh Panel Syariah HPA bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak syariat Islam.

HARGA AHLI: RM15.00 (1.5KG)
HARGA BUKAN AHLI: RM17.00 (1.5KG)
NILAI MATA (NM): 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s