MLM: 300 TERTIPU LAGI

Posted: September 19, 2009 in Berita
mainpix

GAMBAR HARIAN METRO

KUALA LUMPUR 18/9/2009: Biarpun pernah menjadi mangsa tipu sebuah syarikat jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) yang sama tahun lalu, kira-kira 300 ahli bagaikan tidak serik apabila sekali lagi terjebak dan masuk perangkap apabila ditipu pengurusan sama. Kemuncaknya, semua mangsa terbabit ‘menyerang’ Balai Polis Setapak, kelmarin apabila mendapati seorang lelaki yang didakwa sebagai penyumbang dana syarikat terbabit dibawa ke balai itu untuk siasatan.

Mangsa turut membuat laporan di balai polis sama berikutan berasa tertipu. Semua mangsa mula membuat laporan jam 3 petang hingga jam 12 tengah malam tadi.

Harian Metro difahamkan, kejadian bermula sejak pagi kelmarin apabila beberapa mangsa berkunjung ke pejabat syarikat terbabit untuk menuntut bonus yang dijanjikan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk menggunakan wang bonus terbabit sempena Aidilfitri tidak kesampaian apabila pihak syarikat enggan melayan dan membayar wang terbabit. Malah, seorang wanita yang ditemani anak lelakinya turut dihalau dan ditengking seorang pekerja syarikat itu yang mengatakan mangsa sebagai pengemis dan tidak tahu malu mahu menuntut wang bonus.

Cacian itu didengari anak lelaki wanita terbabit yang geram sebelum mereka mengumpulkan semua mangsa dan akhirnya membuat laporan polis. Seorang daripada mangsa yang juga ibu tunggal, Siti Rafiah Mat Sah, 57, tidak dapat perasaan marah dengan tindakan pihak syarikat itu. Menurutnya, ini kali kedua syarikat itu menghilangkan diri menjelang musim perayaan. Menceritakan lebih lanjut, Siti Rafiah berkata, tahun lepas pihak pengurusan menggunakan nama lain bagi syarikat itu dan mengenakan bayaran RM160 hingga RM260 untuk setiap lot yang dibeli. Bagaimanapun, katanya, imbuhan bonus yang dijanjikan tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan selain pihak pengurusan itu menghilangkan diri.

“Namun, pengurus syarikat itu datang semula dan menghubungi bekas ahli dan memaklumkan mereka boleh mendapatkan semula bonus tahun lalu. Bagaimanapun, semua bekas ahli perlu mendaftar sebagai ahli baru di bawah syarikat yang dinamakan lain dan diminta membayar sebanyak RM280,” katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Setapak di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian. (Sumber: http://www.hmetro.com.my/)

SAMPAI BILA HENDAK DITIPU???

MARI BERSAMA KAMI DI HPA. SEGALANYA ADA DI HPA, INSYAALLAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s