RM28 JUTA SEHARI UNTUK ROKOK

Posted: October 22, 2009 in TIP-TIP KESIHATAN

perokok terbaru 2
Kira-kira 10,000 perokok Malaysia berhenti Merokok setiap tahun, malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia.

Mulai Isnin, 5 Oktober 2009 sebahagian besar daripada 3 juta perokok di Negara ini terpaksa membelanjakan kira- kira RM10 bilian setahun. Perkiraannya melalui 20 batang rokok berharga RM9.30 sekotak. Ini berkutan kenaikan cukai eksais satu sen setiap batang rokok .

Mengikut rekod kadar kenaikan pada tahun 1970an, harga sekotak rokok RM0.90 hingga RM1.00, naik RM1.20 dan RM1.50 pada 1980an sebelum melonjak kepada RM3.60 pada tahun 1999 dan pada tahun 2004 kenaikan RM4.50 dan kemudian pada tahun 1997 kenaikan sebanyak RM7.40.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir separuh daripada lelaki dewasa adalah perokok dan setiap hari lebih kurang 45 hingga 50 remaja mula berjinak-jinak dengan tabiat ini. Apa yang mengejutkan ialah bilangan remaja perempuan yang merokok bertambah 4 peratus hingga 8 peratus.

Berbagai-bagai kempen atau peraturan telah diperkenalkan namun ianya tidak mendatangkan kesan ketara di kalangan perokok lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga. “ Bila harga semakin mahal, mereka mungkin mengurangkan merokok dari dua kotak ke sekotak sehari “ kata Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Katanya lagi kenaikan harga tidak mendatangkan kesan tegar kepada perokok selagi dapat merokok.


INFO ROKOK:

  • Mengikut ramalan kementerian Kesihatan jumlah perokok dianggarkan 3 juta orang,angka ini akan bertambah kepada empat juta orang dalam tempoh 2015 dan lima juta orang pada tahun 2020.
  • Kira-kira 90 peratus perokok adalah lelaki dengan purata menghisap 14 batang rokok sehari.
  • Di Malaysia orang melayu paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60 peratus daripada keseluruhan 3 juta perokok.
  • Majoriti perokok adalah golongan dewasa hanya 103,630 perokok remaja
  • Jumlah perokok wanita semakin ketara di Malaysia sebanyak 2.5 peratus merokok, 1.6 peratus masih merokok manakala 0.90 peratus berjaya berhenti merokok.
  • Mulai 1 Jun 2009, semua kotak rokok di pasaran Malaysia mempunyai 40 peratus amaran merokok di bahagian hadapan dan 60 peratus di bahagian belakang kotak.
  • Kira-kira 10,000 perokok Malaysia berhenti merokok setiap tahun, malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia.

(Sumber: KOSMO, 6/10/2009)

DI HPA, KAMI MEMPUNYAI KAEDAH TERSENDIRI UNTUK BERHENTI MEROKOK BAGI PEROKOK-PEROKOK YANG SERIUS UNTUK BERHENTI MEROKOK, INSYAALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s