AYAM ORGANIK HPA

Posted: October 27, 2009 in PRODUK SEJUK BEKU HPA
ayamhpa

AYAM ORGANIK HPA

Umat Islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam dicucuk antibiotik. Tiada lagi ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana  HPA Industries Sdn Bhd (HPA) telah pun menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri PENTERNAKAN AYAM ORGANIK di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik lagi ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat Islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik HPA atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan, halia, kunyit, pandan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu dan bijian habbatus sauda yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein, Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan tersebut menjadi menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan Islam supaya ayam mereka cepat besar.

Makanan ayam organik HPA ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang. Makanan ayam organik HPA terdiri daripada sumber tumbuh-tumbuhan herba. Ayam organik HPA sudah terbukti mengandungi protein yang lebih tinggi daripada ayam kampung biasa. Kaedah penternakan ayam organik HPA ini yang diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan dan lain-lain tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol, tambah Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai reban ternakan ayam untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA.

Pasaran ayam organik ini cukup luas. Bekalan HPA tidak mencukupi. Bekalan ayam organik HPA boleh didapati di cawangan-cawangan HPA yang berhampiran dengan anda. HPA berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari bagi menampung permintaan yang semakin hari semakin tinggi.

AYAM ORGANIK HPA (BERAT >1.5 KG)

HARGA PENGEDAR: RM15.00
HARGA PENGGUNA: RM17.00
NILAI MATA: 2

Comments
  1. […] KEPADA AYAM ORGANIK HPA YANG HALAH LAGI SUCI. DAPATKAN SEGERA DI CAWANGAN-CAWANGAN HPA BERHAMPIRAN ANDA. Categories: […]

  2. […] MYRADIX: ISU PENYEMBELIHAN AYAM YANG DIRAGUI INI SEBENARNYA TELAH LAMA BERLAKU DAN MENJADI ISU NASIONAL DI MALAYSIA. SALAH SATU USAHA HPA DI DALAM MENANGANI MASALAH INI IALAH MEMBUAT PENTERNAKAN AYAM ORGANIK. IA BUKAN SAHAJA DITERNAK SECARA ORGANIK BAHKAN PENYEMBELIHANNYA MENEPATI KAEDAH ISLAM, INSYAALLAH. MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MENGGUNAKAN AYAM ORGANIK HPA. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s