SPIRULINA

Posted: November 10, 2009 in PRODUK KAPSUL & SOFTGEL, TIP-TIP KESIHATAN


IMG_0197

Spirulina (arthospira) ialah sejenis rumpai laut atau algae berwarna biru kehijauan atau tumbuhan hijau mikrofonik yang dipercayai di antara yang terawal diciptakan ALLAH di atas muka bumi ini. Ia telah digunakan sejak berkurun lamanya setelah manusia mengetahui segala khasiat yang ada padanya melalui kajian-kajian yang dibuat di seluruh dunia maka ia telah mula dijadikan makanan kesihatan dan perawatan yang selamat untuk semua peringkat umur. Ia telah lulus dan menepati piawaian kualiti makanan antarabangsa dan piawaian keselamatan antarabangsa.

Sumber anti toksid yang tinggi yang terdapat di dalam spirulina, ia sangat sesuai dijadikan pemakanan harian masyarakat hari ini memandangkan banyak makanan masakini telah menyebabkan toksid terkumpul dalam badan dan meracuni tubuh kita dalam jangkamasa yang panjang. Ini akan menyebabkan turunnya imunisasi tubuh badan dan mengakibatkan masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung, kanser, menurunnya imuniti tubuh, kerosakan ginjal, fungsi organ yang semakin lemah dan lain-lain.

Kajian di sebahagian negara-negara membangun dan maju menunjukkan 60% penyebab kematian adalah disebabkan faktor kualiti makanan & minuman yang rendah dan dipenuhi dengan kandungan toksid  merbahaya manakala lebih 40,000 kanak-kanak mati setiap hari di dunia akibat faktor-faktor kekurangan zat makanan.


KELEBIHAN SPIRULINA

Ahli-ahli sains dari Jepun, China, India, Eropah dan Amerika telah mendapati algae seni ini sangat baik kepada kesihatan manusia, di mana ianya boleh meningkatkan kesihatan secara umum dalam berbagai cara:
  • Bertindak sebagai anti virus
  • Menurunkan kadar kolestrol
  • Memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid
  • Menurunkan risiko kanser
  • Meningkatkan imuniti tubuh
  • Meneutralkan keracunan pada ginjal
  • Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat di dalam usus yang membantu proses pencernaan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam
  • Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
  • Membantu mereka yang sering terdedah kepada radiasi
  • Mengatasi kelemahan tubuh badan pada penderita kencing manis
  • Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka kepada sayuran hijau yang penting untuk tumbesaran
kolam_spirulina1
KOLAM TERNAK SPIRULINA HPA
kolam_spirulina3

KOLAM TERNAK SPIRULINA HPA

ZAT DAN MINERAL DALAM SPIRULINA

KANDUNGAN BETA-KAROTEN YG TINGGI – Beta Karotin menguatkan penglihatan. Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) di mana spirulina mempunyai 10 kali ganda beta-karoten melebihi karot.

100 gm spirulina membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja. Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam spirulina adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.

Beta-karoten di samping diperlukan untuk penglihatan, ia mempunyai kesan terapeutik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik.

KLOROFIL – Warna Spirulina yang biru kehijauan membuktikan bahawa warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil. Klorofil yang terdapat di dalam spirulina adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan akibat terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada asap, debu dan makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.

Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.

 

KANDUNGAN ZAT BESI YG TINGGI – Zat besi membantu pembentukan dan menguatkan sel darah merah dalam sistem imuniti tubuh. Spirulina mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakit anemia (kekurangan darah).

Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan spirulina. Zat besi dalam spirulina mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagai phycocynin. Zat besi spirulina 2 kali ganda lebih mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.

Pengambilan spirulina adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.

 

VITAMIN B12 – Ia terdapat di dalam spirulina yang sangat penting untuk membantu pembentukan sel darah merah dalam sum-sum.

 

KANDUNGAN PROTEIN YG TINGGI – Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara & prostat, mencegah sakit jantung, diabetis dan simtom menopause.

Spirulina mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam spirulina adalah 65% berbanding kacang soya cuma 35%.

Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlu bersama nutrien yang cukup untuk membinaasid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan spirulina mengandungi protein yang lengkap.

Satu lagi kelebihan yang ada pada protein spirulina ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan ciri-ciri spirulina yang unik iaitu tiada selulos pada dinding selnya memudahkan penghadaman. Ia hanya terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makanannya.

Spirulina mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm spirulina hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.

 

KAROTENOIDS – Ia bertindak sebagai anti oksidan dan anti kanser di dalam tubuh badan.

(Sumber: Jawiherbshop, hamba66-ramly.blogspot.com)

 

SPIRULINA HPA (60 BIJI)
HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM24.00
SABAH & SARAWAK: RM 28.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM30.00
SABAH & SARAWAK: RM35.00

NILAI MATA (NM): 10

Comments
  1. […] SPIRULINA – DIGUNAKAN UNTUK MENGHINDARI SEMBELIT, MEMPERBAIKI PENGHADAMAN DAN PENYERAPAN. SPIRULINA JUGA BERTINDAK SEBAGAI PENCUCI KOLON DAN SEKALIGUS MENGELUARKAN KERACUNAN DALAM BADAN. SELAIN ITU, SPIRULINA JUGA SEBAGAI PEMBERI TENAGA. AMALKAN 2 KAPSUL PADA WAKTU PAGI DAN 2 KAPSUL PADA WAKTU MALAM SELEPAS MAKAN. […]

  2. […] DAN GUNAKAN SPIRULINA HPA YANG HALAL, SUCI DAN […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s