3D

Posted: November 13, 2009 in PRODUK KAPSUL & SOFTGEL

PA232352

PRODUK HERBA HPA YANG DIRUJUK SEBAGAI 3D IALAH D’DET, D’DEU DAN D’KARM.

1. D’DET (PEMUSNAH RACUN)

D’Det membawa konsep pembersihan atau ‘cleansing’ melalui menghilangkan toksid khususnya yang terdapat di hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus limfa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.

D’Det bukan ubat atau makanan kesihatan sembarangan. Ia berpotensi menjadi lebih daripada ubat. Ianya adalah sinergi 28 jenis herba pilihan yang terbaik dan bermutu tingggi dan disediakan secara alamiah. Tubuh yang diselimuti racun akan mempengaruhi sistem imuniti. Sistem imuniti yang rendah akan mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Apa yang perlu adalah aktifkan sistem imuniti.

Setelah 7 hari mengamalkan D’Det, tenaga akan bertambah. Ini menandakan sistem imuniti kita semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan kita. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.


Komposisi (60 kapsul per botol) :

  1. Spirulina (255mg)
  2. Vitex Pubescens (9mg)
  3. Morinda Elliptica (9mg)
  4. Andrographis Paniculata (9mg)
  5. Tinospora Tuberculata (9mg)
  6. Hidrocotyle Asiatica (9mg)


Dos:

Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan semasa perut kosong. Bagi yang menghadapi masalah gastrik & ulser maka ambillah selepas makan.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM55.00
Sabah & Sarawak: RM65.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM75.00
Sabah & Sarawak: RM85.00

Nilai Mata (NM): 25


D’DET

Produk ini mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai iaitu jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Namun bagitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada D’ det ia perlu diambil dengan D’deu kerana kandungan vitamin c atau roselle dalam D’deu menjadikan D’det bertindak 13 kali ganda kekuatannya.

Dos yang biasa ialah 1 x 3 (sebiji, 3 kali sehari) namun bagitu bagi penyakit yang sudah bertahun-tahun, bolehlah ditambah dosnya kepada 2 x 3. Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan dos herba ini.

D’det juga baik untuk arthritis atau sakit sendi jika diambil berterusan namun bagitu pihak saya mencadangkan pengambilan set lengkap 3D terus bagi mempercepatkan kesembuhan. InsyaAllah. (sumber: Jawimedherb)

2. D’DEU (PENGIMBANG SUHU)

Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya dapat dilihat di lidah dan muka. Muka seseorang itu menjadi pucat akibat kedinginan dan merah akibat meningkatnya suhu. Ketika ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.

Roselle (Hibiscus Sabdariffa) mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C daripada yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku di mana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.

Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencernaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu. Dalam tempoh 7 hari mengamalkannya, pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.


Komposisi (60 Kapsul per botol) :

  1. Tetracera Indica (50mg)
  2. Bamboo (50mg)
  3. Ipomea Reptans (50mg)
  4. Imperata Cylindrica (50mg)
  5. Ficus Callircarpa (50mg)
  6. Roselle Hibiscus Sabdariffa (50mg)

Dos:

Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan semasa perut kosong. Bagi yang menghadapi masalah gastrik & ulser maka ambillah selepas makan.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM55.00
Sabah & Sarawak: RM65.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM75.00
Sabah & Sarawak: RM85.00

Nilai Mata (NM): 25


RHEUMATOID ARTHRITIS

Sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan pembengkakan terutama pada jari-jari tangan dan kaki . Berlakunya keadan ini kerana tidak seimbang antara 4 unsur (tanah, air, api, angin) dalam badan menyebabkan salah tafsir dalam sistem “kod” tubuh badan.

Cuka (cuka epal asli) adalah herba yang seimbang (tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada tiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh ditambah madu). Selepas itu pengambilan 3D setiap hari 3 kali.

  • D det – 1 x 3
  • D deu – 1 x 3
  • D karm – 1 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali.

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17hb bulan Islam (elakkan hari Rabu). Di samping itu banyakkan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah.

3. D’KARM (COLON CLEANSING & PENGIMBANG ANGIN)

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Ini disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atauTeja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.

D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Masalah ini sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula daripada usus. Ini tandanya kita mesti memastikan keadaan kolon atau usus kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud baki najis-najis yang terlalu lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.

D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Perut akan sentiasa selesa dengan kesan pelawasan sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama beberapa bulan.

Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imuniti seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari. Kesan penggunaan D’karm akan dapat dilihat dalam masa 7 hari.


Komposisi (60 Kapsul per botol):

  1. Vitex Pubescens (50mg)
  2. Eurycoma Longfolia (50mg)
  3. Morinda Eliptica (50mg)
  4. Coscinium Blumeanum (50mg)
  5. Cinnamomum Iners (50mg)
  6. Roselle Hibiscus Sabdariffa (50mg)

Dos:

Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan semasa perut kosong. Bagi yang menghadapi masalah gastrik & ulser maka ambillah selepas makan.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM55.00
Sabah & Sarawak: RM65.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM75.00
Sabah & Sarawak: RM85.00

Nilai Mata (NM): 25

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s