Archive for July, 2010

SKIM CEPAT KAYA TUMPAS

Posted: July 29, 2010 in Berita

SKIM CEPAT KAYA TUMPAS

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Julai – Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu. Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000. Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.

Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini malam tadi. Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa. Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti.

Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara.

Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz.

“Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasuk Utusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama. Penggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 kepada pelabur dalam masa tiga hari.

“Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah. Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

(BERHATI-HATILAH DENGAN PILIHAN ANDA. MARI BERSAMA KAMI DI HPA, INSYAALLAH SELAMAT)

Advertisements

KOPITIAM & SIJIL HALAL SWASTA

Posted: July 29, 2010 in Berita

Mengapa terus kunjung kopitiam

JIKA sebelum ini, umat Islam digemparkan dengan insiden pasar raya besar menjual ayam yang tidak disembelih dengan sempurna, kini sekali lagi umat Islam digemparkan dengan sajian yang tidak halal oleh kebanyakan kopitiam. Jelas terpapar dalam direktori http://www.halal.gov.my hanya dua kopitiam sahaja yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Justeru, apakah status makanan yang dimakan oleh umat Islam di kopitiam lain?

Sebelum kewujudan kopitiam, umat Islam lebih selesa makan dan minum di kedai-kedai makan orang Melayu Islam dan restoran-restoran mamak. Mereka menikmati makanan tanpa rasa was-was akan halalnya.

Walaupun pelbagai pihak mempersoalkan status halal dan haram makanan yang disediakan oleh kopitiam-kopitiam ini, namun majoriti masyarakat Islam tidak mengendahkannya. Jakim yang turut menyediakan kemudahan menyemak status halal sesebuah kopitiam di laman webnya, tetapi masyarakat Islam lebih percayakan pemilik-pemilik kopitiam yang meletakkan pelekat halal ‘yang haram’ serta mengupah anak muda Melayu sebagai pekerja mereka.

Sedarlah, bahan mentah terutama daging ayam diperolehi daripada pembekal bukan Islam malahan terdapat kopitiam yang turut menyajikan makanan haiwan eksotik seperti katak yang dilaporkan oleh media massa baru-baru ini. Namun masyarakat Islam terus tidak memandang berat insiden tersebut kerana dikelabui oleh status elit yang dibawa oleh kopitiam.

Jika masyarakat Islam masih menganggap isu halal haram kopitiam sebagai remeh, lihat pula dari sudut bagaimana kopitiam ini sebenarnya secara perlahan-lahan membunuh kedai makan Melayu di bandar-bandar.

Majoriti orang Melayu tidak akan makan dan minum di kedai kopi orang Cina kerana meragui status halalnya tetapi orang Melayu tidak menolak kopitiam. Maka berduyun- duyunlah masyarakat Islam memenuhi kopitiam terutama dari kalangan teknokrat dan korporat Melayu.

Apa pun, yang lebih penting ialah bagaimana masyarakat Islam perlu bersatu menolak kopitiam yang tanpa segan silu terus menyajikan makanan tidak halal kerana mereka anggap masyarakat Islam sendiri sudah tidak mementingkan halal atau haram sesuatu makanan.

Jika kita kasihankan generasi muda Islam yang akan rosak jiwanya kerana terus menikmati makanan tidak halal yang menjadi darah daging mereka, kita harus bertindak “mengajar” kopitiam seluruh negara agar menghormati kedudukan halal makanan orang Islam! (Norhisyam Mohamad, Utusan Malaysia 29/7/2010)

JAIP kuat kuasa larangan swasta keluar sijil halal (Utusan Malaysia 28/7/2010)

KUANTAN 27 Julai – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan menguatkuasakan larangan menghalang mana-mana pihak termasuk syarikat swasta daripada mengeluarkan sijil halal kepada premis makanan dan pengilang produk makanan di negeri ini.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, larangan ini akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat selepas pihaknya mengesan terdapat lebih 20 premis makanan dan pengilang produk makanan di negeri ini mendapatkan sijil halal daripada pihak berkenaan.

“Kami telah mengenal pasti tiga syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal yang tidak diiktiraf yang boleh didapati hanya dalam masa sehari sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bufet Halal Ramadan di Suria Cerating Resort, di sini semalam. Hadir sama, Pengurus Suria Cerating Resort, Shahrul Nizam Othman.

Beliau mengulas masalah kekeliruan dan ketidakyakinan pelanggan terhadap logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta untuk pelbagai jenis produk makanan dan restoran sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebuah kopitiam terkenal di Kuala Lumpur yang diserbu Jakim Jumaat lalu, boleh didenda sehingga RM100,000 jika didapati bersalah melakukan penipuan berhubung penggunaan logo halal.

Kopitiam yang mendapat sijil halal daripada syarikat swasta itu diserbu Jakim selepas dipercayai mendapat bekalan daging ayam daripada sebuah syarikat penyembelihan bukan Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, proses yang cepat dan mudah menyebabkan ramai pengusaha premis lebih senang mendapatkan sijil halal daripada pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Pihak berkenaan mengeluarkan sijil halal dalam tempoh singkat iaitu sehari berbanding melalui JAIP yang mengambil tempoh sebulan hingga dua bulan.

“Bagaimanapun, tempoh yang lama diambil oleh JAIP adalah bagi memastikan setiap aspek harus menepati klasifikasi halal yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, arahan yang bakal digariskan itu termaktub dalam Enakmen Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang manakala pihak yang melanggar arahan tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

PERASMIAN RFC KUBANG KERIAN, KELANTAN TELAH DIADAKAN PADA 25 JULAI 2010 DI MANA CAWANGAN RFC TERSEBUT TELAH DIRASMIKAN OLEH YB DATO’ BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN.

SILA KLIK & KLIK UNTUK BERITA DAN GAMBAR-GAMBAR PERASMIAN.

PRODUK-PRODUK TERBARU HPA (MELAKA HALAL HUB) TELAH DILANCARKAN SERENTAK DENGAN KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) KENDALIAN TUAN HAJI ISMAIL BIN AHMAD PADA 23 JULAI 2010 BERTEMPAT DI HOTEL DE PALMA, AMPANG.

KARNIVAL HPA BENTONG

Posted: July 24, 2010 in Aktiviti

KARNIVAL HPA BENTONG TELAH DIADAKAN DAN DIANJURKAN OLEH KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG PADA 18 JULAI 2010 YANG BARU LALU. BANYAK AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DISUSUN DAN DIJALANKAN DI SEPANJANG HARI TERSEBUT BERMULA DARIPADA PUKUL 8.30 PAGI SEHINGGALAH KE PUKUL 6.00 PETANG.

DI ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN IALAH PERTANDINGAN MEWARNA UNTUK KANAK-KANAK, PERTANDINGAN MENEKA BIJI BETIK, CABUTAN BERTUAH, PENERANGAN PROFILE HPA DAN DEMO KIROPRAKTIK OLEH PRESIDEN KPA, PJM HAFIDZAN FAUZI, JUALAN PRODUK-PRODUK HPA, JUALAN MAKANAN YANG BERASASKAN PRODUK-PRODUK HPA SEPERTI AYAM GORENG TEPUNG RFC, AYAM KICAP BEREMPAH, IKAN ASAM PEDAS, JUALAN AIS KRIM TOYYIBAH SERTA MINUMAN BERKARBONAT PERCUMA.

DIAGNOS PENYAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANGAN JUGA TELAH DIADAKAN OLEH HERBALIS FATIN DAN ASMA DISAMPING PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH JUGA TELAH DIADAKAN SECARA PERCUMA.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, PEMIMPIN-PEMIMPIN HPA SETEMPAT, AHLI-AHLI HPA, JAWATANKUASA KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG KERANA TELAH BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN KARNIVAL TERSEBUT. SEMOGA DENGAN ADANYA KARNIVAL SEPERTI INI AKAN MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN DI ANTARA MASYARAKAT SETEMPAT DENGAN HPA.

MINYAK KAYU PUTIH:


KAYU PUTIH DAN MANFAATNYA:-

KAYU PUTIH (MEIALEUCA LEUCADENDRA L) ADALAH DI DALAM KELUARGA MYRTACEAE. KAYU PUTIH TUMBUH DI TANAH TANDUS, TAHAN PANAS DAN DAPAT BERTUNAS KEMBALI MESKIPUN SETELAH TERJADI KEBAKARAN.

CIRI-CIRI POKOK KAYU PUTIH MEMPUNYAI TINGGI DI ANTARA 10 – 20 METER, KULIT BATANGNYA BERLAPIS-LAPIS, BERWARNA PUTIH KEABU-ABUAN DENGAN PERMUKAAN KULIT YANG TERKELUPAS TIDAK BERATURAN. BATANG POHONNYA TIDAK TERLALU BESAR DENGAN CABANG YANG BERGANTUNG KE BAWAH. DAUNNYA TUNGGAL, AGAK TEBAL SEPERTI KULIT SERTA BERTANGKAI PENDEK.

KAYU PUTIH BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PENGUBATAN SETELAH DILAKUKAN PENYULINGAN YANG MENGHASILKAN MINYAK ASIRI. DI ANTARA MANFAAT MINYAK KAYU PUTIH IALAH:

ANTISEPTIK & BAKTERIA – MINYAK KAYU PUTIH INI SANGAT EFISYEN DIGUNAKAN UNTUK INFEKSI KUMAN DAN VIRUS SEPERTI TETANUS, INFLUENZA SERTA PENYAKIT-PENYAKIT BERJANGKIT YANG LAIN SEPERTI KOLERA, USUS DAN SEBAGAINYA. BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK LUKA TERKENA BESI BERKARAT AGAR TERLINDUNG DARIPADA INFEKSI TETANUS.

INSEKTISIDA & VERMIFUGE – SANGAT BERKESAN DIGUNAKAN UNTUK MENGHINDAR NYAMUK SERTA SERANGGA-SERANGGA LAIN.

DECONGESTANT & EXPEKTORANT – MELEGAKAN GANGGUAN PADA HIDUNG, TENGGOROK, ORGAN-ORGAN PERNAFASAN, BATUK SERTA INFEKSI YANG MENYEBABKAN RADANG TENGGOROK DAN BRONCHITIS.

KOSMETIK & TONIK – BOLEH MENGHALUS DAN MENCERAHKAN KULIT SERTA DAPAT MENCEGAH INFEKSI PADA KULIT.

PERANGSANG & SUDORORIFIC – MERANGSANG SARAF-SARAF PADA TUBUH, MEMBERIKAN EFEK PEMANASAN DAN MELANCARKAN SIRKULASI PENGELUARAN SEHINGGA DAPAT MEMBANTU MENGELUARKAN TOKSIN DARIPADA TUBUH BADAN.

ANALGESIK – MENGURANGKAN RASA SAKIT SEPERTI SAKIT KEPALA, GIGI, SENDI, OTOT, DEMAM DAN SEBAGAINYA.

PANAS – BOLEH MENGURANGKAN KEPANASAN DEMAM DENGAN MENGELUARKAN KEPANASAN MELALUI PELUH.

ANGIN – MENGELUARKAN ANGIN DAN MENCEGAH KEMASUKAN ANGIN KE DALAM TUBUH BADAN.

ANTI SAKIT SARAF – MENGATASI SAKIT-SAKIT SARAF DI SEKITAR MULUT, TENGGOROK, TELINGA, PANGKAL HIDUNG DAN SEBAGAINYA. MINYAK KAYU PUTIH DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN RASA SAKIT KERANA IA DAPAT MELANCARKAN PERJALANAN DARAH SEHINGGA MENGURANGKAN PEMBENGKAKAN DAN MELONGGARKAN TEKANAN SARAF-SARAF.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM17.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM18.00
SABAH & SARAWAK: RM20.00

NILAI MATA (NM): 4

RESTOREN RADIX FRIED CHICKEN (RFC) CAWANGAN KANGAR TELAH DIRASMIKAN OLEH PENGARAH URUSAN HPA INDUSTRIES SDN. BHD. PADA 9/7/2010 DENGAN DIHADIRI OLEH PIHAK PENGURUSAN HPA INDUSTRIES SDN. BHD., PEMIMPIN-PEMIMPIN, AHLI-AHLI HPA SERTA ORANG RAMAI.

RFC DIPERLUASKAN KE SELURUH NEGARA:
( Oleh FAIZAL NAZARUDDIN (faizal.nazaruddin@kosmo.com.my)

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.