PERASMIAN RFC KANGAR 9/7/2010

Posted: July 19, 2010 in Aktiviti, Berita, HPA News, RESTOREN-RESTOREN HPA

RESTOREN RADIX FRIED CHICKEN (RFC) CAWANGAN KANGAR TELAH DIRASMIKAN OLEH PENGARAH URUSAN HPA INDUSTRIES SDN. BHD. PADA 9/7/2010 DENGAN DIHADIRI OLEH PIHAK PENGURUSAN HPA INDUSTRIES SDN. BHD., PEMIMPIN-PEMIMPIN, AHLI-AHLI HPA SERTA ORANG RAMAI.

RFC DIPERLUASKAN KE SELURUH NEGARA:
( Oleh FAIZAL NAZARUDDIN (faizal.nazaruddin@kosmo.com.my)

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s