Archive for August, 2010

KANSER PAYUDARA & PRODUK HPA:

Rawatan kanser payudara bukanlah sesuatu yang mudah. Ada yang berjaya dirawat dan ada yang sukar. Melalui pengalaman Tn. Hj. Ismail Bin Ahmad, Pengarah Urusan HPA, penggunaan herba-herba di dalam perawatan mestilah di dalam kuantiti yang banyak kerana bahan aktif yang terdapat di dalam sesuatu herba itu sangat sikit dan tidak memadai dengan keadaan parah sakit kanser payudara. Fikiran pesakit mestilah positif dan tidak di ganggu gugat dengan rasa tidak yakin dengan sesuatu pengubatan. Apabila anda telah memutuskan untuk menggunakan pengubatan herba anda hendaklah memberikan kepercayaan kepada pengubatan ini sepenuhnya dan jangan mengambil separuh hati. Bincang dahulu sebelum memulakan pengubatan dan cari testimoni orang yang telah sembuh buat dijadikan semangat untuk berjuang.

Produk-produk HPA yang digunakan di dalam perawatan kanser payudara ialah seperti Shark Cartilage, Mega 3 Kapsul, Omega 3 Softgel, Madu Asli, D’Det, D’Karm, Kapsul IMT, Kapsul Roselle, Herba Rebusan (Fisalin B), Minyak Zaitun Botol, Kapsul Sirih, Kopi Radix, Spirulina, Teh Herba dan pelbagai lagi produk yang boleh digunakan. Kaedah lain yang membantu merawat kanser payudara ini ialah dengan menggunakan tungku garam.

Bukan semua produk-produk di atas perlu diambil. Pesakit perlu mencuba pelbagai produk kita untuk mencari herba yang sesuai dengan sistem tubuh badan masing-masing. Di HPA, kita mencadangkan kaedah perawatannya seperti berikut;

  1. Minyak Zaiton 1 tutup botol pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur;
  2. Shark Cartilage 3 biji malam;
  3. Omega 3 Softgel 3 biji 3 kali sehari;
  4. Herba Rebusan Fisalin B 1 cawan teh cina pagi/tengahari/malam;
  5. Spirulina 3 biji pagi;
  6. Minuman Teh Herba 3 uncang dalam 1 jag sebagai minuman harian.

Penggunaan Herba Rebusan Fisalin B atau mikrolenin sebaiknya hendaklah bermula daripada pertengahan bulan Islam iaitu 15hb. Pada ketika itu bulan telah sempurna penuh (purnama) dan akan menjadi kecil (bulan sabit) sehingga ke penghujung bulan Islam. Pengecilan bulan juga bererti semakin turunnya gejolak hormon tubuh dan ini sekaligus akan juga mengecilkan ketumbuhan tersebut. Berbanding pada saat bulan semakin besar, paras hormon akan meningkat di mana ubatan herba tidak berupaya untuk mengecilkan sebarang ketumbuhan. Oleh sebab itu bagi pengubatan kanser yang ada hubungan dengan hormon, waktu seperti ini sangat penting untuk diambil kira.

Sebagai tambahan, ada juga herba-herba tradisional yang lain yang boleh digunakan untuk perawatan kanser payudara ini iaitu air rebusan daun betik muda (pahit). Caranya ialah 100 gram daun betik muda direbus sehingga mendidih, masukkan garam bukit dan minum sekali sehari. Kaedah ini juga boleh disinergikan dengan Omega 3 Softgel sehinggalah ketumbuhan itu menjadi kecil. Pokok sarang semut juga boleh digunakan untuk mengecilkan ketumbuhan dengan cara direbus dan diminum sebagai ubat periuk. Cendawan Susu Harimau digosok + air ditutup Claypot, airnya diminum dan sebahagiannya di sapu pada payudara. Insyaallah. (Sumber: JawiMedHerb)

KHASIAT BUAH KURMA

Buah Kurma atau dates secara saintifiknya dikenali sebagai Phoenix Dactylifera L. Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu. Kurma kering umumnya mengandungi 60% zat gula, 2.5% zat minyak dan 33% garam. Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, sodium, potassium, niasin, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, manggaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi serta bernilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma dipercayai berasal dari kawasan Teluk Parsi atau Mesopotamia. Namun kini kurma telah dikelaskan sebagai salah satu tanaman standard dalam pertanian dunia dan telah banyak ditanam di Arab Saudi, Mesir, Iran, Iraq, Sepanyol dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kini terdapat lebih daripada 600 jenis kurma. Di antaranya ialah Khalas, Zaghoul, Khuneizi, Hilali, Howaiz, Naghal, Majool, Saidy, Hayany, Deglet Noor, Thoory, Ruzeiz, Jaberi Fardh dan sebagainya yang mempunyai pelbagai warna, rasa, kemanisan, keasidan dan teksturnya.

Firman Allah dalam Surah Maryam ayat 25 yang bermaksud “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan”.

Rasulullah juga pernah bersabda, “Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”.

Dalam satu lagi riwayat daripada Abdullah Bin Jaafar katanya, “aku melihat Rasulullah s.a.w. memakan buah-buahan dengan kurma masak”. Rasulullah s.a.w. juga telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Kajian para saintis serta pakar pemakanan menunjukan bahawa kurma mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan kurma terutamanya dalam bentuk jus dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa kurma dalam bentuk jus membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawas. Di samping menambah tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kurma berkesan untuk merawat dan mengubati pelbagai masalah di dalam sistem tubuh badan manusia seperti gangguan usus yang kronik yang berlaku akibat ketidakserasian dengan gluten yang menghalang penyerapan zat-zat makanan dengan lebih sempurna. Selain daripada gangguan usus, kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Di Malaysia kebiasaannya kurma dimakan semasa bulan Ramadhan.

Buah kurma mempunyai zat besi yang tinggi dan sangat diperlukan oleh tubuh badan. Bagaimanapun kurma tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit buah pinggang dan thalasemia kerana kandungan zat besi dalam kurma yang begitu tinggi.  Memberi buah kurma pada pesakit buah pinggang dan thalasemia akan menjadi penyakit semakin parah. Wanita lepas bersalin elok memakan buah kurma bagi mengatasi masalah kekurangan darah, untuk bekalan zat besi dan kalsium. Kurma jugalah satu-satunya buah yang bersifat alkali yang dapat membersihkan tubuh daripada asid yang berlebihan, yang dipanggil asidosis.

Bagi orang sihat, kurangkan makan nasi dan gantikan dengan buah kurma dalam diet harian. Ia terbukti meningkatkan tenaga/stamina serta mengawal berat badan bagi mengelakkan obesiti. Jangan lupa mengambil 7 butir kurma sehari, mudah-mudahan terhindar dari serangan jantung. Amin.

HPA TELAH MENGELUARKAN BEBERAPA PRODUK KURMA YANG BERMUTU TINGGI IAITU DALAM BENTUK BUAH KURMA MARIAMI DAN KORDIAL YANG MENGGUNAKAN GULA PERANG DAN YANG DISINERGIKAN DENGAN HERBA-HERBA HPA;

KURMA MARIAMI;

KURMA MARIAMI HPA

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM12.00
SABAH & SARAWAK: RM14.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM14.00
SABAH & SARAWAK: RM16.00

NILAI MATA (NM): 2

KORDIAL KURMA MADU;

KORDIAL KURMA MADI + GULA PERANG;

KORDIAL RADIX SAHARA;

KORDIAL RADIX SAHARA DIHASILKAN DARIPADA KORDIAL KURMA YANG DISINERGIKAN DENGAN HERBA RADIX YANG MEMBANTU MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI. DI ANTARA HERBA-HERBA YANG DIGUNAKAN IALAH;

  1. TONGKAT ALI – AFRODISIAK UNTUK MEMBERI TENAGA SEGERA,
  2. MATA PELANDUK – MEMBERIKAN KESAN DIURETIK,
  3. TEJA LAWANG – KARMINATIF IAITU PENGIMBANG ANGIN,
  4. TEBU GAJAH – ANTIDOT UNTUK MENGHILANGKAN KERACUNAN,
  5. MENGKUDU HUTAN – LAXATIF UNTUK MERAWAT SISTEM PENGHADAMAN,
  6. HALBAN – IMUNITI UNTUK MENJAGA IMUNITI DAN STAMINA TUBUH,
  7. LARAK HUTAN – KARDIOTONIK UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU.

PRODUK INI DICAMPUR DENGAN MADU KERANA MADU BERTINDAK SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK MENINGKATKAN KEKUATAN SESUATU HERBA.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM17.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM18.00
SABAH & SARAWAK: RM20.00

NILAI MATA (NM): 4

(Sumber: Jawiherbshop, duniaherbahpa,wikipedia)

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (MINYAK ZAITUN):

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil – Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5 – 1% sahaja. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad. Boleh juga digunakan untuk masakan, tumisan serta menggoreng. Ini adalah jenis yang dijual oleh HPA.

Virgin Olive Oil – Kandungan asidnya sekitar 4 %. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil – Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4%. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi

Penggunaan:

  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
  • Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci)
  • Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Komposisi: 700ml per botol

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM35.00
Sabah & Sarawak: RM40.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM40.00
Sabah & Sarawak: RM45.00

Nilai Mata (NM): 8

Artikel Berkaitan Minyak Zaitun HPA

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun HPA ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/berkolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc) agar semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT? Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.


HADITH:

1.”MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan di zaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

BUAH ZAITUN SEGAR

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½ inci ke 1 inci. Ia dipek dan dipasarkan dalam bentuk minyak zaitun atau cuka. Buah-buah zaitun untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersilkan akan diproses secara menghapuskan zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak zaitun HPA adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai agen serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan. Minyak zaitun HPA boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Kadar penduduk di kawasan berkenaan yang menghidap serangan jantung amat rendah. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian

terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit. (Sumber: JawiMedHerb, DuniaHerbaHpa)

MENU RAMADHAN RESTOREN RADIX CHICKEN HOUSE (RCH)


MENU ISTIMEWA RCH SEMPENA RAMADHAN INI. SILA KLIK UNTUK MENU-MENU LAIN.

JUS RAMADHAN

Posted: August 26, 2010 in HPA News, PRODUK KORDIAL

JUS RAMADHAN – KORDIAL ASIATICA + GULA PERANG & KORDIAL KURMA + GULA PERANG

PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

“JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.”


CAP (Persatuan Pengguna P.Pinang) gesa tarik balik MINYAK SAPI QBB

KUALA LUMPUR 23 Ogos 2010 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran. Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

“CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu. “Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu. “Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk-produk berjenama QBB Pure Ghee.”

KENAIKAN HARGA AYAM ORGANIK HPA

Posted: August 26, 2010 in Berita, HPA News

KENAIKAN HARGA AYAM ORGANIK HPA:

PIHAK HPA MEMAKLUMKAN BAHAWA BERKUATKUASA PADA 26/8/2010, HARGA AYAM ORGANIK HPA AKAN DINAIKKAN SEBANYAK RM1.00 SAHAJA.

SEBAB-SEBAB KENAIKAN TERSEBUT IALAH KERANA HARGA SEMUA MAKANAN AYAM ORGANIK HPA TELAH MENINGKAT. NAMUN BEGITU PIHAK HPA AKAN MEMASTIKAN BAHAWA HARGA AYAM ORGANIK HPA AKAN TETAP KOMPETETIF BERBANDING DENGAN AYAM BIASA YANG DITERNAK HANYA SELAMA 25 HARI BERBANDING DENGAN PENTERNAKAN AYAM ORGANIK HPA YANG MEMAKAN MASA LEBIH 40 HARI.