HARGA AYAM NAIK MENDADAK

Posted: August 12, 2010 in Berita, Produk HPA, PRODUK SEJUK BEKU HPA

HARGA AYAM NAIK MENDADAK

Oleh NIZAM YATIM, RODELIO JUNJUN TAUCAN, AMRAN MULUP, SAFINA RAMLI dan AINOL AMRIZ ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Para peniaga nampaknya tidak mengendahkan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusannya sempena kedatangan Ramadan semalam supaya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Ini terbukti apabila tinjauan yang dibuat di pasar seluruh negara hari ini mendapati berlaku kenaikan harga ayam antara 30 sen sehingga RM1.30 sekilogram (kg).

Di ALOR SETAR, harga ayam yang pada kebiasaannya sehingga serendah RM5.70 satu kg kini mencapai RM7 menyebabkan pengguna merungut. Di KOTA BHARU, harga ayam di Pasar Siti Khadijah dilaporkan telah dinaikkan sebanyak 40 sen sejak dua hari lalu iaitu menjelang umat Islam berpuasa dan kini dijual pada harga RM7 satu kg. Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, beberapa peniaga mengakui kenaikan tersebut dibuat semata-mata kerana ketibaan Ramadan.

Di PULAU PINANG, tinjauan di Pasar Taman Tun Sardon dan Pasar Bayan Baru mendapati berlaku kenaikan harga ayam sebanyak 30 sen. Ayam yang sebelum ini dijual pada harga RM7.20 satu kg telah dinaikkan kepada RM7.50 pada hari ini. Berita Penuh


AYAM ORGANIK HPA

MYRADIX: Mari bersama kami di HPA. Kami mengeluarkan produk ayam organik HPA dalam bentuk sejuk beku sebagai alternatif kepada anda yang mencara produk halal lagi suci. Fakta-fakta ayam organik HPA ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Ayam organik HPA atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan, halia, kunyit, pandan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu dan bijian habbatus sauda yang cukup baik untuk kesihatan. Ayam organik HPA tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik.

Makanan ayam organik HPA ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang. Pihak HPA melalui Kilang Makanan Ayam (KMT) menyediakan sendiri makanan ayam organik HPA yang terdiri daripada sumber tumbuh-tumbuhan herba. Ayam organik HPA sudah terbukti mengandungi protein yang lebih tinggi daripada ayam kampung biasa. Kaedah penternakan ayam organik HPA ini yang diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan dan lain-lain tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.

HPA menawarkan ayam organik HPA ini yang beratnya 1.5 kg. pada harga ahli RM15.00 sahaja (bukan ahli RM17.00). Sehingga kini harga kami tetap walaupun sentiasa mendapat permintaan yang sangat tinggi. Anda boleh bandingkan harganya. Walaupun harga ayam organik HPA sedikit tinggi daripada harga ayam biasa di pasaran tetapi ayam organik HPA adalah organik, ayam sihat, daging yang pejal, kurang berlemak, tahan lama dan tidak hanyir. Penyembelihannya dibuat mengikut syariat Islam dengan dipantau oleh Panel Syariah HPA. Dapatkan produk ayam organik HPA di cawangan-cawangan HPA berhampiran anda. Daftar keahlian untuk mendapatkan harga ahli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s