MINUMAN RINGAN BERALKOHOL

Posted: August 25, 2010 in Berita, Kesihatan

MINUMAN RINGAN BERALKOHOL

GAMBAR METRO ONLINE 25/8/2010

GEORGETOWN 24/8/2010 – Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.

Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu. Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.

“Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s