PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

Posted: August 26, 2010 in Berita

PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

“JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.”


CAP (Persatuan Pengguna P.Pinang) gesa tarik balik MINYAK SAPI QBB

KUALA LUMPUR 23 Ogos 2010 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran. Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

“CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu. “Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu. “Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk-produk berjenama QBB Pure Ghee.”

Comments
  1. Rizal says:

    Salam lembaran. Untuk makluman semua, saya sebagai kakitangan di JAKIM ingin membuat pembetulan dan memaklumkan bahawa semenjak 1 September 2010 lagi sijil pengesahan halal Malaysia kepada Syarikat QBI packaging adalah telah DITARIK BALIK. Pergantungan dan ditarik balik adalah 1 makna yang berbeza. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, sila layari sesawang http://www.halal.gov.my atau telefon terus ke Bahagian Hab Halal JAKIM di talian 03-83150200.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s