Archive for September, 2010

MAJLIS PERASMIAN MENARA HPA INTERNATIONAL CENTRE & HPA HALAL MART:


DEMAM DENGGI & CHIKUNGUNYA:

NYAMUK AEDES

Demam Denggi sama ada yang biasa atau berdarah merupakan penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa bagi tempoh Januari 2010 sehingga 18/9/2010 yang baru lalu, sebanyak 35,533 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara iaitu peningkatan sebanyak 14% berbanding tempoh yang sama tahun 2009. Daripada 35,533 kes tersebut, 107 kematian telah berlaku berbanding 70 bagi tempoh yang sama tahun lepas. Statistik ini sangat menggerunkan dan merisaukan memandangkan demam denggi ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina serta kaum.

Di HPA, di dalam perubatan Jawi, kaedah pengubatan yang digunakan ialah Teh Herba / Minuman Herba HPA yang pekat (kental) iaitu satu jug air panas dengan 10 sachet teh herba HPA. Minum selang sejam sedikit demi sedikit sehingga habis satu jug tersebut dalam masa 24 jam. InsyaAllah akan pulih dalam tempoh yang segera. Selain daripada itu, Radix Kapsul juga mesti diberi dengan cara dibuka kapsulnya atau direndam kapsulnya di dalam secawan air suam sebanyak 3 biji kapsul, kacau dan minum. Kaedah ini diulang 3 kali sehari.

Bagi penyakit Chikungunya pula, sebanyak 776 kes terkumpul bagi tahun ini telah direkodkan. Penyakit ini menyerupai Demam Denggi dan Malaria. Tanda-tanda penyakit ini dimulai dengan sakit tekak, demam panas yang sangat kuat, batuk seperti batuk kering, sakit di sendi sehingga kadangkala seperti hendak lumpuh serta ada simtom seperti demam denggi dan seperti demam campak. Dipercayai disebarkan oleh nyamuk dan biasanya berlaku di Afrika tetapi telah ada di Malaysia.

Chikungunya juga boleh diterapi dengan menggunakan produk HPA iaitu Habatussauda’ kerana Habatussauda’ terbukti dalam kajian saintifik mampu memecahkan dinding sel virus serta menghapuskannya. Sebagai tambahan, kaedah dalam perubatan Jawi menggunakan herba yang dapat meningkatkan imuniti seperti D’Det, Spirumadu, Roselle Kapsul, Omega 3 Softgel dan Kapsul Radix. InsyaAllah sembuh.

HPA yakin suatu hari nanti pengubatan jawi ini akan menjadi pilihan utama untuk perawatan ini. Amin. (Sumber: Jawimedherb)

(Di samping kita berubat terapi herba HPA, kebersihan diri dan persekitaran wajib dijaga. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes)

SOS CILI, SOS CILI THAI, SOS CILI ROSELLE & SOS TOMATO:


SOS-SOS INI YANG DIKILANGKAN OLEH HPA INDUSTIRES SDN. BHD. DAN JUGA HPA FARM SDN. BHD. ADALAH BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PENGGUNA YANG BEGITU PRIHATIN TERHADAP PRODUK HALAL LAGI SUCI.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT SOS-SOS INI IALAH BUAH CILI, TOMATO DAN ROSELLE YANG SEGAR, MATANG DAN BERKUALITI, TEPUNG JAGUNG TERUBAHSUAI, GULA, GARAM, BAWANG PUTIH, ASID ASETIK SERTA BAHAN PENGAWET YANG DIBENARKAN DARIPADA SUMBER TUMBUH-TUMBUHAN. SOS-SOS KELUARAN HPA INI TIDAK MENGGUNAKAN PEWARNA TIRUAN ATAU PURI TOMATO SERTA TIDAK DIMASUKKAN PERASA TIRUAN DAN TIADA PENGGUNAAN GELATIN.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.80
SABAH & SARAWAK: RM3.30

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM3.30
SABAH & SARAWAK: RM3.80

NILAI MATA (NM): 0.25

HERBA JAWI (KAPSUL)

Posted: September 23, 2010 in PRODUK KAPSUL & SOFTGEL

KAPSUL HERBA JAWI:

Kandungan herba utama di dalam produk kapsul Herba Jawi ialah Herba Misai Kucing.

Di antara kelebihan-kelebihan dan kepentingan-kepentingan Herba Jawi ini ialah:

  • Ia mengandungi sifat-sifat anti alergi, anti hipertensi, anti inflamatori dan bersifat diuretik.
  • Ia digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), rawatan ghout, batu karang, batu dalam hempedu, diabetes dan rheumatisme.
  • Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  • Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  • Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kecing).

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM17.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Nilai Mata: 7

CUKA NIPAH & MADU CUKA NIPAH (PALM HONEY):

Madu cuka nipah diambil selepas makan bukannya sebelum makan. Cuka sangat baik untuk menurunkan kolesterol tetapi jika tidak betul pengambilannya ia akan merosakkan gigi. Oleh sebab itu cuka perlu dicampur dengan madu dengan kadar (95: 5) hanya 5% cuka sahaja yang dicampur dalam madu untuk mengelakkan kesan negatif pada gigi.

Setiap malam, kumur dengan air garam sebelum tidur, insyaAllah gigi anda akan kuat sampai ke usia tua. Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan plak di dinding arteri bagi mengelakkan serangan jantung.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika dicampurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka epal, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukkan 1 sudu/senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral (1:3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1:1 dan jika masih tidak ada perubahan naikkan nisbah cuka iaitu 2:1.

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Rheumatoid Arthritis – sejenis penyakit Autoimun yang menyebabkan pembengkakkan terutama pada jari-jari tangan dan kaki. Berlakunya keadaan ini ialah kerana ketidakseimbangan di antara 4 unsur (tanah, air, api & angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem “kod” tubuh badan.

Cuka (cuka epal asli) adalah herba yang seimbang (tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada setiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh ditambah madu). Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D Det – 1 x 3
D Deu – 3 x 3
D Karm – 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17hb Islam (elakkan hari rabu) di samping itu banyakkan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah. (Sumber: jawimedherbs)

Isipadu: 500 ml

CUKA NIPAH

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM10.00
Sabah & Sarawak: RM12.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM12.00
Sabah & Sarawak: RM15.00

Nilai Mata (NM):2

MADU CUKA NIPAH

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM30.00
Sabah & Sarawak: RM32.00

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM32.00
Sabah & Sarawak: RM34.00

Nilai Mata (NM) : 6

SENARAI PRODUK TRADISIONAL, MAKANAN, MINUMAN & KOSMETIK YANG MENGANDUNGI RACUN TERKAWAL:

KEPUTUSAN ANALISIS MAKMAL MENUNJUKKAN BAHAWA RACUN TERKAWAL YANG DIKESAN IALAH SILDENAFIL, ACETILDENAFIL, AMINOTADALAFIL, THIOSILDENAFIL, THIODIMETHYLSILDENAFIL, SIBUTRAMINE, DEXAMETHASONE, DIPHENHYDRAMINE, TADALAFIL, CHLORPHENIRAMINE, DEXCHLORPHENIRAMINE, HYDROXYHOMOSILDENAFIL, HYDROXYTHIOHOMOSILDENAFIL, HOMOSILDENAFIL, HYDROQUINONE DAN TRETINOIN.


PRODUK TRADISIONAL BERDAFTAR YANG DISAHKAN DICAMPUR RACUN TERKAWAL

PRONOTON (MAL20033871T) – SILDENAFIL
VENERGY CAPSULE (MAL04125617T) – ACETILDENAFIL
SPARTAN (MAL06121203TC) – ACETILDENAFIL
JINGLIDA (MAL07031203T) – AMINOTADALAFIL
TOMABEST (MAL08031347T) – AMINOTADALAFIL
SUPAI 99 TONGKAT ALI PLUS (MAL20034856TE) – SILDENAFIL
VNG400 (MAL20081810TE) – AMINOTADALAFIL
VEGROW (MAL08111900TC) – ACETILDENAFIL
GOJI PLUS CAPSULE (MAL08051654TC) – THIOSILDENAFIL
PROMAX CAPSULE (MAL08082464TC) – THIODIMETHYLSILDENAFIL
KINTOP (MAL20032350T) – SIBUTRAMINE
AMBERINE (MAL06021239T) – SIBUTRAMINE
PHYTOSHAPE (MAL05101774T) – SIBUTRAMINE
BODY BEAUS (MAL06030982TCS) – SIBUTRAMINE
BMI-9 XYLIMMING CAPSULE (MAL06071278TC) – SIBUTRAMINE
SENNA PLUS CAPSULE (MAL06100615TC) – SIBUTRAMINE
357 NASAL SPRAY (MAL06061468T) – DEXAMETHASONE
ENG LEONG CORDYCEPS CHUANBEI PLUS COUGH PILL (MAL19992654TC) – DIPHENHYDRAMINE


PRODUK TIDAK BERDAFTAR YANG DISAHKAN DICAMPUR RACUN TERKAWAL

KAPSUL LELAKI KUAT – SILDENAFIL
BIO MACA PLUS – SILDENAFIL
YI ZHI YANG – SILDENAFIL
DIEM CAPSULE – TADALAFIL
COSA GRANDE PLATINUM – TADALAFIL
LAMI – SIBUTRAMINE
MAKJUN TAUFIQ DUA ISTIMEWA – DEXAMETHASONE
MAJUN DUA ISTIMEWA – DEXAMETHASONE
GINSENG JIN FUI WAN – DEXAMETHASONE
MAAJUN TENAGA HERBA UBI JAGA – DEXAMETHASONE
JAMU TRADISIONAL JAYA ASLI (ANTI ASAM URAT) – DEXAMETHASONE
RED BRAND GINSENG PLUS ZHENG FEI CAPSULE – DEXAMETHASONE
PIL RESDONG – DEXAMETHASONE
REN SEM TU CHON CHIN KUO PILL – DEXAMETHASONE
MAKJUN SYAFIQ 3 ISTIMEWA – DEXAMETHASONE
REEPO – DEXAMETHASONE
PENAWAR SENDI TULANG – DEXAMETHASONE
PIL ZHEN ZHU BAI FONG WAN – CHLORPHENIRAMINE
QIAN TONG DAN – CHLORPHENIRAMINE
RAJA UBAT RESDUNG – DEXCHLORPHENIRAMINE
CORAL PLUS UA 350MG – CHLORPHENIRAMINE

PRODUK BERASASKAN MAKANAN YANG DISAHKAN DICAMPUR RACUN TERKAWAL

CAFE ABANG YES – TADALAFIL
CANDIGOLD – HYDROXYHOMOSILDENAFIL
CANDY 193 – SILDENAFIL
EXTEND UP ENERGY DRINK – SILDENAFIL
EXTREMEN – HYDROXYTHIOHOMOSILDENAFIL
EXTREWOMEN – TADALAFIL
GOJI GUARANA – SILDENAFIL
GOJI GUARANA EXTRA – SILDENAFIL
GOJI MORE – AMINOTADALAFIL
GOJI YUMBERRY – THIOSILDENAFIL
GUARACAFE – SILDENAFIL
HBW ICE LEMON TEA – THIOSILDENAFIL
HOTTON VITALITY CANDY – AMINOTADALAFIL
IE2 O – SILDENAFIL
KING CAPPUCINO – SILDENAFIL
KNIGHT COFFEE – ACETILDENAFIL
KOLEKCAFE POWER PLUS – SILDENAFIL
KOPI ANGGOK – HOMOSILDENAFIL
KOPI ASMARA – SILDENAFIL
KOPI BAGUS AAA – SILDENAFIL
KOPI CAMPURAN KEDAI KOPI ALI BAGUS – SILDENAFIL
KOPI PAHLAWAN – THIOSILDENAFIL
KOPI SUPER ANGGOK – SILDENAFIL
KOPI TENAGA TOK LEBAI PLUS – SILDENAFIL
MACA MAX – HYDROXYHOMOSILDENAFIL
MACAGIN GINSENG CANDY – SILDENAFIL
MENTALK CANDY – AMINOTADALAFIL
NEXUS MXP – THIOSILDENAFIL
NIGHTCAFE – SILDENAFIL
RED ENERGIZER CANDY FOR MEN – AMINOTADALAFIL
ROYAL BEVERAGE MAQRIFATUN – SILDENAFIL
SASANERGY DRINK – THIOSILDENAFIL
TRICAJUS – THIOSILDENAFIL
TRI-MAX – THIODIMETHYLSILDENAFIL
TRUE SR – SILDENAFIL
VIGOR CANDY – SILDENAFIL
VITCA-F – HYDROXYTHIOHOMOSILDENAFIL
VITCA-M – THIOSILDENAFIL
WINNIE BEAUTY V1 – SILDENAFIL
XKL SKYFRUIT JUICE PREMIX – ACETILDENAFIL
OBEXLIM – SIBUTRAMINE
BODY LIFT BIODEX – SIBUTRAMINE
SLIMAX COFFEE – SIBUTRAMINE
BEAUTE FIT BODY CONTOUR – SIBUTRAMINE
BODY TRIMZ – SIBUTRAMINE
AIR IKAN HARUAN – DEXAMETHASONE

PRODUK KOSMETIK YANG DISAHKAN DICAMPURPALSU DENGAN HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

ERIESYA SPA BEAUTY CREAM – HYDROQUINONE
ATIKA BEAUTY RENEWAL CREAM – HYDROQUINONE & TRETINOIN
TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA – TRETINOIN
RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM – TRETINOIN
TIA AMELIA KRIM JERAGAT – HYDROQUINONE & TRETINOIN
CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM – TRETINOIN
RZAC WHITE PEARL CREAM – TRETINOIN
NURIZ DAY & NIGHT CREAM – HYDROQUINONE & TRETINOIN
ELITE RIAS ER CREAM – HYDROQUINONE & TRETINOIN
R&Z WHITENING NIGHT CREAM – TRETINOIN
BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTIPURPOSE CREAM – TRETINOIN
PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX – TRETINOIN
ZARA REJUVENATION CREAM – HYDROQUINONE
NATASYA KRIM HERBA GOLD – HYDROQUINONE & TRETINOIN
NATASYA KRIM HERBA – HYDROQUINONE & TRETINOIN
DE PUTIH NIGHT CREAM – TRETINOIN
RIM MALAM MISHA – HYDROQUINONE & TRETINOIN

(SUMBER: www.pharmacy.gov.my)

MARI BERSAMA KAMI DI HPA. PRODUK-PRODUK HPA TELAH DISAHKAN OLEH BAHAGIAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA DAN RACUN TERKAWAL. PRODUK-PRODUK HPA HALAL SERTA TOYYIB. SILA KLIK UNTUK MENJADI AHLI HPA.

ISTIQBAL ISTIMEWA MUSYTARI PADA 21/9/2010

Posted: September 19, 2010 in Berita

ISTIQBAL ISTIMEWA MUSYTARI PADA 21/9/2010 INI:

Raja bagi segala planet, Musytari akan berada di posisi Istiqbal yang cukup istimewa pada tahun ini. Berdasarkan kiraan falak, Musytari kali ini akan berada pada kedudukan istiqbal pada 21 Sep 2010.


Apa dia Istiqbal?

Istiqbal merupakan satu istilah yang merujuk kepada satu kombinasi kedudukan matahari, bumi dan planet-planet di ‘belakang’ orbit Bumi (seperti Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune). Apabila istiqbal berlaku, ketiga-tiga objek tersebut akan berada di dalam kedudukan garis lurus, dengan Bumi berada di tengah-tengah.

Di dalam kes kali ini, Musytari, Bumi dan Matahari akan berada di dalam satu garis lurus. Apabila Matahari terbenam ketika maghrib, Musytari akan terbit di ufuk timur. Selain dari itu, jarak di antara Bumi dan Musytari ketika itu juga adalah yang paling hampir, maka planet tersebut akan dilihat lebih besar daripada biasa tetapi tak lah sampai sebesar bulan.

Oleh itu, waktu istiqbal kali ini ialah waktu yang paling sesuai untuk mencerap planet Musytari.

Apa istimewanya istiqbal Musytari kali ini?

Musytari mengelilingi matahari setiap 12 tahun. Bumi pula setiap 365.25 hari. Oleh itu, Bumi bergerak lebih pantas di dalam orbitnya berbanding Musytari. Secara kiraannya, Bumi akan memintas Musytari setiap 398.9 hari. (Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Jupiter)

Musytari pula mengorbit matahari di dalam satu pusingan berbentuk elips. Ini bermakna, ada ketikanya ia berada paling jauh dari matahari (digelar sebagai aphelion) dan ada ketika paling hampir (digelar perihelion).

Untuk kali ini, Musytari akan berada pada posisi perihelion pada Mac 2011. Maka tarikh ini amat hampir dengan tarikh istiqbalnya iaitu September 2010 ini. Maka, istiqbal kali ini, Musytari akan kelihatan agak besar berbanding fenomena istiqbal lain. Maklumat yang dikira oleh perisian Skymap Pro 8, jarak istiqbal kali ini ialah 3.9540 Unit Astronomi (AU). Skala Unit Astronomi bermaksud jarak purata Bumi ke Matahari, iaitu bersamaan 1 AU.

Oleh itu ini bermaksud, istiqbal ini, Musytari berada 3.9540 AU dari Bumi. Kali terakhir ia berada hampir dekat dengan jarak ini ialah pada tahun 1963. Dan untuk menunggu ia berada pada jarak yang lebih dekat berbanding sekarang, kita kena menunggu sehingga tahun 2022.  Fenomena istiqbal lain berlaku pada jarak lebih dari 4 AU dari Bumi.


Bolehkah Musytari dilihat dengan mata kasar?

Boleh. Malah kebanyakan daripada waktunya di langit, ia merupakan objek ke-4 paling cerah, selepas Matahari, Bulan dan Zuhrah. Cuma kadangkala, Marikh akan memancarkan terang ketika ia berada di posisi istiqbalnya, itu pun bukan selalu. Ia akan kelihatan seperti sebutir bintang yang amat cerah, memancar di ufuk timur sekitar waktu Isya.

Bagaimana pula di dalam teleskop?

Menerusi teleskop, segala kehebatan “Raja Planet” ini akan terserlah. Disebabkan ia merupakan planet paling besar di dalam Sistem Suria, Musytari kelihatan amat besar di dalam teleskop. Ia akan kelihatan seperti sebuah objek bulat yang direntasi dengan garisan-garisan. Garisan ini merupakan jalur awan yang merentangi seluruh kawasan sfera Musytari. Bergantung kepada saiz teleskop, kita akan dapat lihat jaluran ini bukan lurus, tetapi berliuk-liuk dan kadang-kadang berbentuk pusaran.

Selain daripada itu, 4 buah satelit utamanya, iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto akan kelihatan seperti butiran bintang cerah yang beratur sederet dan membentuk garisan lurus samada di kiri atau kanan daripada sfera bulatan Musytari itu. Pada waktu-waktu tertentu, kita berpeluang menyaksikan satelit-satelit ini merentasi di hadapan Musytari dan kadangkala menghasilkan bayang-bayang di atas lapisan awan planet tersebut.

Menarik tu, jadi maknanya kita boleh lihat Musytari pada 21 Sep ini sajalah ye? Jika terlepas tarikh tu, tak dapat nak tengok?

Eh, bukan!! Tarikh 21 Sep 2010 menandakan posisi istiqbal je, selepas daripada tarikh itu, Musytari tetap nampak di langit, cuma ia akan terbit makin awal setiap hari, dan bukan lagi dalam kedudukan segaris dengan matahari. Jika anda terlepas tarikh tu, jangan risau kerana untuk beberapa bulan yang akan datang, Musytari akan terus menerus mendominasi langit kita sebaik sahaja Maghrib berlabuh!

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. Jom Teropong! (Sumber: http://www.falak-online.net/)