Archive for September 3, 2010

LAGI KOSMETIK BERACUN

Posted: September 3, 2010 in Berita

RACUN KUPAS KULIT

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat kosmetik terkemuka yang beroperasi sejak 10 tahun lalu diserbu penguat kuasa Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam kerana membawa masuk secara pukal produk kecantikan beracun berkonsepkan ‘kupas kulit.’

RAMPAS, PEGAWAI FARMASI KKM MERAMPAS LOSYEN TERBABIT

Berdasarkan siasatan, produk kosmetik yang diimport itu dibuat menggunakan bahan kimia berbahaya iaitu hidroquinone dan tretinoin yang diharamkan di negara ini selepas ia didapati boleh merosakkan kulit wajah selain menjadi punca kanser jika dipakai berterusan. Sumber KKM berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan dan serbuan kira-kira jam 11 pagi di semua cawangan di seluruh negara termasuk ibu pejabat syarikat kosmetik terbabit di sini.

“Berdasarkan ujian makmal, produk terbabit mengandungi hidroquinone dan tretinoin dalam kadar peratusan tinggi. Kesannya, pengguna akan mengalami kesan kulit mengelupas dan menjadi kemerah-merahan yang melampau. “Hasil serbuan, KKM merampas losen yang mengandungi kimia berbahaya terbabit dianggarkan lebih RM100,000,” katanya. Menurutnya, hidroquinone dan tretinoin boleh mengakibatkan gatal, perubahan warna kulit dan kulit menjadi terlalu sensitif. “Bahan kimia itu menyerap ke saluran darah dalam jumlah besar sehingga mendatangkan pelbagai kesan seperti pertuturan yang sukar difahami, muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan dan koma akibat kegagalan sistem pernafasan. Ia juga boleh menyebabkan kesan keradangan dan barah kulit,” katanya.

Sumber itu berkata, kebanyakan pengguna yang memakai kosmetik mengandungi kimia itu biasanya akan terpedaya apabila merasai perubahan pada tona wajah mereka yang semakin cerah selepas beberapa hari memakai krim kosmetik itu.

“Tona kulit mereka akan berubah seolah-olah menjadi putih dan bersih, tapi ia tidak akan kekal lama kerana keadaan itu akibat hakisan lapisan kulit yang belum sempat matang. Dalam tempoh singkat apabila didedahkan kepada cahaya matahari, kulit itu akan menjadi buruk dan terbakar,” katanya. Menurutnya, pengedar cuba mengelirukan pengguna dengan mendakwa losyen wajah itu dihasilkan daripada bahan semula jadi terpilih.

“Berdasarkan maklumat pada botol produk itu, ia didakwa berupaya menghilangkan kesan jeragat dan jerawat pada wajah pengguna tanpa mudarat. “Jadi, pengeluar produk itu melakukan kesalahan dan boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 bagi kesalahan pertama atau RM50,000 bagi kesalahan kedua,” katanya.

Sumber itu berkata, pejabat pengeluar produk terbabit pernah diserbu beberapa kali, namun mereka berdegil. (sumber: Harian Metro 3/9/2010 – Mohd Jamilul Anbia Md Denin)

MYRADIX: UNTUK KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN ANDA, MARI BERSAMA KAMI BERALIH KEPADA PRODUK KOSMETIK & KECANTIKAN HPA.

Advertisements

RACEMOSA HYGIENE HPA – PENCUCI WANITA (BARRINGTONIA RACEMOSA / PUTAT KAMPUNG):

Satu lagi produk terbaru keluaran HPA khas untuk wanita selepas Lady Cheer. Pembersih wanita yang dirumus khas untuk pejagaan wanita. Diformulasikan secara eksklusif untuk kebersihan, kesegaran dan keyakinan wanita serta memelihara pH bahagian sulit wanita. Ia diperkaya dengan ekstrak herba Barringtonia Racemosa (Putat kampung) yang sesuai untuk masalah kulit serta ia mempunyai buih yang asli dan Cinnamomum Culilawan (Pokok teja) yang mengandungi minyak asiri (ensential) yang melembutkan kulit. Kedua-dua herba ini terbukti sesuai untuk:

  1. Merawat keputihan,
  2. Memelihara kulit daripada jangkitan fungus,
  3. Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM18.00
SABAH & SARAWAK: RM22.00

NILAI MATA (NM): 5

LADY CHEER (PENCUCI WANITA)

Posted: September 3, 2010 in PRODUK-PRODUK WANITA

LADY CHEER (PENCUCI WANITA)

SEJAK BERABAD SILAM, SIRIH/SIREH TELAH DIGUNAKAN DI DALAM PELBAGAI PERAWATAN DI ALAM MELAYU. KEMUNCULAN AMALAN PENGGUNAAN HERBA SIRIH DIPERCAYAI BERSUMBER DARIPADA PENGAMALAN TRADISI KAUM INDIA YANG BERTUJUAN MERAWAT DAN MENCEGAH BAU MULUT. MANAKALA BAGI MASYARAKAT JAWA DAN MELAYU PULA HERBA TERSEBUT DIREBUS SEBAGAI TONIK. MASYARAKAT JAWA SUNDA YANG TERKENAL OLEH KEANGGUNAN WANITANYA TELAH MENGGUNAKAN SIRIH SEBAGAI PEMBERSIH VAGINA DENGAN DISINERGIKAN BERSAMA HERBA-HERBA LAIN.

KINI SIRIH DIINOVASIKAN DALAM BENTUK PEMBERSIH WANITA. RAHSIA RESEPI SILAM INI TALAH DIADUN DENGAN MENGEKALKAN KHASIAT DAN RAHSIA WANITA SUNDA DALAM FORMULASI INI. SEBAHAGIAN WANITA YANG PERNAH MENGETAHUI TENTANG SIRIH INI AKAN LEBIH MENGETAHUI RAHSIA KELEBIHAN PEMBERSIH WANITA INI. PENGEKALAN RESEPI SILAM INI MASIH DIKEKALKAN SEBAGAI HADIAH BERMAKNA BAGI PARA WANITA YANG MENGGUNAKAN PRODUK INI UNTUK MERASAKAN KEAJAIBAN RAHSIA SEORANG WANITA.

RUMUSAN ISTIMEWA DARIPADA EKSTRAK SIRIH DAN MANJAKANI BERTINDAK MEMBERSIH BAHAGIAN SULIT WANITA SECARA SEMULAJADI AGAR LEBIH SEGAR, HARUM DAN PENUH YAKIN SEPANJANG HARI.

HPA TELAH MENGAMBIL INISIATIF DENGAN MENGADUN SEMULA FORMULASI SIRIH BERSAMA HERBA LAIN BAGI MENGHASILKAN PEMBERSIH KHAS WANITA LADY CHEER.

KELEBIHAN LADY CHEER:

  • MERAWAT KEPUTIHAN
  • MERAWAT KEGATALAN DI BAHAGIAN VAGINA
  • MELANCARKAN PERJALANAN HAID
  • PENYUBUR KANDUNGAN WANITA
  • MENGECUT DAN MERAWAT KEMBALI VAGINA

KELEBIHAN HERBA SIRIH (PIPER BETEL)

  1. MERAWAT KEPUTIHAN DENGAN MERENCATKAN PERKEMBANGAN KULAT (CANDICA ALBICAN) PENYEBAB KEPUTIHAN
  2. ANTISEPTIK UNTUK MERAWAT KEGATALAN DAN ALEGIK PADA KULIT SERTA RUAM
  3. MELANCARKAN PERJALANAN HAID SERTA PENYUBUR KANDUNGAN WANITA

KELEBIHAN MANJAKANI (CROTON CAUDATUM)

  1. SEBAGAI ELEMEN PERAWAT DINDING VAGINA
  2. MEMBUANG LENDIR DAN PARTIKEL ASING PADA VAGINA
  3. MENSTABILKAN PH VAGINA
  4. MENGECUTKAN VAGINA SERTA MERAWAT KEMBALI SALURAN PERANAKAN
  5. MEMBANTU METABOLISMA DENGAN MENGEKALKAN VITAMIN E PADA EPIDERMIS

KELEBIHAN SERAPAT (PARAMARIA LAEVIGATA)

  1. MERAWAT SALURAN PERANAKAN DENGAN MENGIMBANGI PH SERTA KEASIDAN VAGINA

DENGAN BEBERAPA TITIS SAHAJA ANDA AKAN MERASAI PERBEZAANNYA. MULAKAN HIDUP ANDA SEBAGAI WANITA ANGGUN DENGAN PENUH KEYAKINAN.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM18.00
SABAH & SARAWAK: RM22.00

NILAI MATA (NM): 5