IFTOR KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG

Posted: September 5, 2010 in Aktiviti

IFTOR KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG

ALHAMDULILLAH PADA 25 RAMADHAN 1431 BERSAMAAN 4/9/2010 TELAH SELAMAT DIADAKAN IFTOR / MAJLIS BERBUKA PUASA KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG.

MAJLIS YANG TELAH DIHADIRI OLEH LEBIH DARIPADA 60 ORANG PARA PENGEDAR HPA BENTONG DAN AHLI-AHLI KELUARGA TELAH BERJALAN LANCAR DAN PENUH UKHWAH. MAJLIS JUGA DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN PJM HAFIDZAN FAUZI, PRESIDEN KELAB PEMIMPIN AL WAHIDA (KPA) DAN PJS TN. HJ. RAMLY AHMAD, KETUA UNIT HERBALIS KPA SERTA KELUARGA-KELUARGA MEREKA.

ATURCARA MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BERBUKA PUASA, SOLAT SUNAT TARAWIH, JAMUAN MAKAN, SOLAT ISYAK, SOLAT TARAWIH, TAZKIRAH OLEH PJS TN. HJ. RAMLY AHMAD DAN UCAPAN OLEH PJM HAFIDZAN FAUZI. MAJLIS BERSURAI PADA PUKUL 10.30 MALAM.

SAYA SELAKU PENGERUSI KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KEDUA-DUA TETAMU JEMPUTAN TERSEBUT DAN PARA PENGEDAR HPA BENTONG YANG TELAH BERSAMA-SAMA HADIR MENJAYAKAN DAN MEMERIAHKAN IFTOR KALI INI. TERIMA KASIH JUGA KEPADA PARA AJK KOMUNITI SERTA SESIAPA SAHAJA YANG TELAH MENYEDIAKAN DAN MEMBAWA HIDANGAN DARI RUMAH DAN MENJADIKAN MENU IFTOR KALI INI SANGAT PELBAGAI.

SEMOGA DENGAN PERSEPAKATAN YANG DITUNJUKKAN INI AKAN DAPAT MENDORONG KITA SEMUA DI DALAM MEMPERJUANGKAN PRODUK-PRODUK HPA YANG HALAL LAGI SUCI INI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s