Archive for September, 2010

TEMUDUGA TERBUKA UNTUK PELBAGAI JAWATAN DI HPAIC:

SATU SESI TEMUDUGA TERBUKA UNTUK PELBAGAI JAWATAN BAGI PENGAMBILAN STAF-STAF BARU DI HPAIC SEKSYEN 13, SHAH ALAM (GAMBAR ATAS) AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 17 SEPTEMBER, 2010 (JUMAAT)
TEMPAT: HPA CAWANGAN SHAH ALAM
ALAMAT: NO. 2-14-01, JALAN LAZUARDI 7/29, SEKSYEN 7, SHAH ALAM
MASA: 2.30 PETANG

KEPADA YANG BERMINAT, SILA HADIR KE TEMUDUGA TERSEBUT DAN BAWA RESUME SERTA SIJIL-SIJIL YANG BERKAITAN.

Advertisements

KOLESTROL TINGGI

Posted: September 12, 2010 in KOLESTROL TINGGI, TERAPI HERBA HPA

KOLESTEROL TINGGI

Hari ini masuk hari ketiga di bulan Syawal 1431 Hijri bersamaan dengan 11/9/2010. Sudah semestinyalah kebanyakan di antara kita masih lagi berada di dalam mood hari raya terutamanya dalam menikmati juadah-juadah hari raya daripada yang tradisional hinggalah ke biskut dan kuih muih moden.

Kalau di bulan ramadhan dahulu, sekiranya kita perasan, bahawa hampir ke semua hospital-hospital dan klinik-klinik lengang dengan pesakit-pesakit Melayu/Islam. Bertepatan sekali dengan nas-nas Al Quran dan Hadis yang menyatakan berpuasa itu meningkatkan tahap kesihatan. Namun begitu kita percaya bahawa selepas ini, mungkin bermula Isnin ini, hospital serta klinik akan dipenuhi semula oleh pesakit-pesakit Melayu/Islam untuk mendapatkan rawatan kerana demam, sakit perut, batuk, selsema, kolestrol tinggi, asid urid tinggi, darah tinggi, kencing manis dan penyakit-penyakit yang seumpamanya akibat daripada pemakanan semasa menyambut hari raya. Di samping perawatan moden di hospital dan klinik, HPA juga menyediakan beberapa kaedah perawatan secara herba untuk penyakit-penyakit yang dinyatakan.

Kali ini kita fokus kepada kaedah mudah menurunkan kolestrol. Kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan jantung tersumbat dan pesakit didapati menjadi cepat marah di dalam kegiatan hariannya. Ada beberapa kaedah yang telah diamalkan dalam perubatan jawi untuk menurunkan kolesterol didapati sangat berkesan. Di bawah diberikan sinergi yang boleh diamalkan untuk kesihatan iaitu:-

  1. Radix Kapsul – 3 biji 3 kali sehari (3 x 3)
  2. Omega 3 Softgel – 3 x 3 (ATAU Omega Gold – 1 x 3)
  3. Minyak Zaitun Softgel – 3 x 3
  4. Teh/Minuman Herba – 2 uncang sehari.

Cubalah kaedah perawatan ini, insyaallah. (sumber: Jawimedherb)

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI 1431/2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1431/2010 MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG BERPUASA DAN MERAYAKAN AIDILFITRI, KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG LAMAN BLOG INI TERUTAMANYA KEPADA PENGEDAR-PENGEDAR HPA YANG SEPANJANG MASA MEMPERJUANGKAN PRODUK ISLAM YANG HALAL LAGI SUCI. SEMOGA KITA BERGEMBIRA DI HARI RAYA INI MENGIKUT SUNAH YANG TELAH DIGARISKAN, INSYAALLAH.

SEBAGAI UMAT ISLAM, KITA SEHARUSNYA PRIHATIN DENGAN SUMBER PEMAKANAN KITA. JANGANLAH HENDAKNYA KITA BERSERONOK DI HARI RAYA DENGAN JUADAH YANG PELBAGAI TANPA MENGETAHUI ATAU MENYEDARI TENTANG KEHALALAN DAN KESUCIAN PRODUK YANG DIMAKAN. HPA TELAH MENYEDIAKAN BANYAK PRODUK-PRODUK HALAL SEPERTI DI ANTARANYA AYAM ORGANIK YANG HALAL DAN SUCI SERTA TERJAMIN SEMBELIHANNYA. GUNAKAN PRODUK HPA SEBAGAI JUADAH HARI RAYA ANDA SERTA PERKENALKANLAH PRODUK-PRODUK HPA KEPADA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN ANDA.

KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA JALANRAYA, UTAMAKANLAH KESELAMATAN

NANTIKANLAH KEMUNCULAN PROGRAM-PROGRAM TERBARU SERTA PRODUK-PRODUK TERBARU HPA SELEPAS HARI RAYA NANTI, INSYAALLAH.

LAGI ISU SEMBELIHAN AYAM

Posted: September 8, 2010 in Berita

LAGI ISU SEMBELIHAN AYAM:

Kuala Lumpur : Tiga pusat penyembelihan ayam di pasar Chow Kit, di sini yang mengedar ayam sembelihan ke pasar raya dan pasar di Lembah Klang didapati menyembelih ayam secara tidak sah menurut hukum Islam selepas didapati urat halkum ayam yang disembelih tidak putus seperti disyaratkan. Lebih menyedihkan lagi pemilik pusat itu sanggup mengupah tukang sembelih warga asing serta tidak bertauliah menyebabkan ayam yang disembelih ibarat ‘bangkai’ bahkan ia turut dilemaskan di dalam tong besar berisi air. Ini terbukti dalam satu operasi khas Jabatan Kemajukan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke pasar berkenaan awal pagi semalam (04/09/2010). Operasi terbabit turut disertai Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Zainal Abidin Jaafar dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah bagi melihat sendiri masalah berhubung isu halal di kalangan pengusaha ayam tempatan.

BERALIHLAH KEPADA AYAM ORGANIK HPA YANG HALAH LAGI SUCI. DAPATKAN SEGERA DI CAWANGAN-CAWANGAN HPA BERHAMPIRAN ANDA.

IFTOR KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG

Posted: September 5, 2010 in Aktiviti

IFTOR KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG

ALHAMDULILLAH PADA 25 RAMADHAN 1431 BERSAMAAN 4/9/2010 TELAH SELAMAT DIADAKAN IFTOR / MAJLIS BERBUKA PUASA KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG.

MAJLIS YANG TELAH DIHADIRI OLEH LEBIH DARIPADA 60 ORANG PARA PENGEDAR HPA BENTONG DAN AHLI-AHLI KELUARGA TELAH BERJALAN LANCAR DAN PENUH UKHWAH. MAJLIS JUGA DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN PJM HAFIDZAN FAUZI, PRESIDEN KELAB PEMIMPIN AL WAHIDA (KPA) DAN PJS TN. HJ. RAMLY AHMAD, KETUA UNIT HERBALIS KPA SERTA KELUARGA-KELUARGA MEREKA.

ATURCARA MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BERBUKA PUASA, SOLAT SUNAT TARAWIH, JAMUAN MAKAN, SOLAT ISYAK, SOLAT TARAWIH, TAZKIRAH OLEH PJS TN. HJ. RAMLY AHMAD DAN UCAPAN OLEH PJM HAFIDZAN FAUZI. MAJLIS BERSURAI PADA PUKUL 10.30 MALAM.

SAYA SELAKU PENGERUSI KOMUNITI HPA CAWANGAN BENTONG MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KEDUA-DUA TETAMU JEMPUTAN TERSEBUT DAN PARA PENGEDAR HPA BENTONG YANG TELAH BERSAMA-SAMA HADIR MENJAYAKAN DAN MEMERIAHKAN IFTOR KALI INI. TERIMA KASIH JUGA KEPADA PARA AJK KOMUNITI SERTA SESIAPA SAHAJA YANG TELAH MENYEDIAKAN DAN MEMBAWA HIDANGAN DARI RUMAH DAN MENJADIKAN MENU IFTOR KALI INI SANGAT PELBAGAI.

SEMOGA DENGAN PERSEPAKATAN YANG DITUNJUKKAN INI AKAN DAPAT MENDORONG KITA SEMUA DI DALAM MEMPERJUANGKAN PRODUK-PRODUK HPA YANG HALAL LAGI SUCI INI.

LAGI KOSMETIK BERACUN

Posted: September 3, 2010 in Berita

RACUN KUPAS KULIT

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat kosmetik terkemuka yang beroperasi sejak 10 tahun lalu diserbu penguat kuasa Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam kerana membawa masuk secara pukal produk kecantikan beracun berkonsepkan ‘kupas kulit.’

RAMPAS, PEGAWAI FARMASI KKM MERAMPAS LOSYEN TERBABIT

Berdasarkan siasatan, produk kosmetik yang diimport itu dibuat menggunakan bahan kimia berbahaya iaitu hidroquinone dan tretinoin yang diharamkan di negara ini selepas ia didapati boleh merosakkan kulit wajah selain menjadi punca kanser jika dipakai berterusan. Sumber KKM berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan dan serbuan kira-kira jam 11 pagi di semua cawangan di seluruh negara termasuk ibu pejabat syarikat kosmetik terbabit di sini.

“Berdasarkan ujian makmal, produk terbabit mengandungi hidroquinone dan tretinoin dalam kadar peratusan tinggi. Kesannya, pengguna akan mengalami kesan kulit mengelupas dan menjadi kemerah-merahan yang melampau. “Hasil serbuan, KKM merampas losen yang mengandungi kimia berbahaya terbabit dianggarkan lebih RM100,000,” katanya. Menurutnya, hidroquinone dan tretinoin boleh mengakibatkan gatal, perubahan warna kulit dan kulit menjadi terlalu sensitif. “Bahan kimia itu menyerap ke saluran darah dalam jumlah besar sehingga mendatangkan pelbagai kesan seperti pertuturan yang sukar difahami, muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan dan koma akibat kegagalan sistem pernafasan. Ia juga boleh menyebabkan kesan keradangan dan barah kulit,” katanya.

Sumber itu berkata, kebanyakan pengguna yang memakai kosmetik mengandungi kimia itu biasanya akan terpedaya apabila merasai perubahan pada tona wajah mereka yang semakin cerah selepas beberapa hari memakai krim kosmetik itu.

“Tona kulit mereka akan berubah seolah-olah menjadi putih dan bersih, tapi ia tidak akan kekal lama kerana keadaan itu akibat hakisan lapisan kulit yang belum sempat matang. Dalam tempoh singkat apabila didedahkan kepada cahaya matahari, kulit itu akan menjadi buruk dan terbakar,” katanya. Menurutnya, pengedar cuba mengelirukan pengguna dengan mendakwa losyen wajah itu dihasilkan daripada bahan semula jadi terpilih.

“Berdasarkan maklumat pada botol produk itu, ia didakwa berupaya menghilangkan kesan jeragat dan jerawat pada wajah pengguna tanpa mudarat. “Jadi, pengeluar produk itu melakukan kesalahan dan boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 bagi kesalahan pertama atau RM50,000 bagi kesalahan kedua,” katanya.

Sumber itu berkata, pejabat pengeluar produk terbabit pernah diserbu beberapa kali, namun mereka berdegil. (sumber: Harian Metro 3/9/2010 – Mohd Jamilul Anbia Md Denin)

MYRADIX: UNTUK KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN ANDA, MARI BERSAMA KAMI BERALIH KEPADA PRODUK KOSMETIK & KECANTIKAN HPA.

RACEMOSA HYGIENE HPA – PENCUCI WANITA (BARRINGTONIA RACEMOSA / PUTAT KAMPUNG):

Satu lagi produk terbaru keluaran HPA khas untuk wanita selepas Lady Cheer. Pembersih wanita yang dirumus khas untuk pejagaan wanita. Diformulasikan secara eksklusif untuk kebersihan, kesegaran dan keyakinan wanita serta memelihara pH bahagian sulit wanita. Ia diperkaya dengan ekstrak herba Barringtonia Racemosa (Putat kampung) yang sesuai untuk masalah kulit serta ia mempunyai buih yang asli dan Cinnamomum Culilawan (Pokok teja) yang mengandungi minyak asiri (ensential) yang melembutkan kulit. Kedua-dua herba ini terbukti sesuai untuk:

  1. Merawat keputihan,
  2. Memelihara kulit daripada jangkitan fungus,
  3. Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM18.00
SABAH & SARAWAK: RM22.00

NILAI MATA (NM): 5