BUASIR (HAEMORRHOIDS)

Posted: October 8, 2010 in BUASIR, PRODUK KAPSUL & SOFTGEL, SINERGI HERBA, TERAPI HERBA HPA

BUASIR (HAEMORRHOIDS):

Buasir atau haemorrhoids adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Buasir terbahagi kepada 2 iaitu Buasir Dalaman & Buasir Luaran:

Buasir Dalaman lazimnya tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran pula mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi didalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Di antara penyebab utama buasir ialah sentiasa duduk, meneran (ketika najis keras atau sembelit), cirit-birit, duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama, batuk yang teruk, bersalin dan mengangkat berat.

TERAPI HERBA HPA UNTUK BUASIR:

Herba FICUS adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia dibuat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus Calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM16.00
Sabah & Sarawak: RM18.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM20.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Nilai Mata (NM): 8


Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5 biji 3 kali sehari (5×3) dan dibancuh dengan air panas segelas dan diminum ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan Bedak Delima (biji), bancuh dan sapu di bahagian tersebut. Sebagai tambahan boleh juga disinergikan dengan Minyak But-But (sapu di bahagian bonjolan), Teh Asiatica Plus, Coscinium Plus dan Malac.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.

Comments
  1. ejuy says:

    Assalamualaikum Wbt.

    Nak tanya mcm mana saya boleh dapatkan produk di atas? sila emelkan kpd sy. TQ.
    -Ficus
    -Bedak delima
    -Minyak but²

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s