Archive for November, 2010

HPA DI MAHA 2010

Posted: November 30, 2010 in Aktiviti, Berita, HPA News

HPA DI MAHA 2010:

 


HIBUNGI HPAIC

Posted: November 21, 2010 in Berita, HPA News

HPA INTERNATIONAL CENTRE (HPAIC)
LAMAN SERI BUSINESS PARK
PERSIARAN SUKAN SEKSYEN 13
40100 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03-55119717

BOLEH MEMBUAT PERTANYAAN TENTANG:

  • PASARAYA HALAL MALL HPA
  • TEMUDUGA TERBUKA
  • PROGRAM DI HPAIC
  • DAN LAIN-LAIN

INSPIRATION

Posted: November 21, 2010 in INSPIRASI/MOTIVASI

The Story Of A Mayonnaise Jar  

 When things  in your life seem , almost too much to  handle,
When 24 Hours in a day is not  enough,
Remember the mayonnaise jar and  2 cups of coffee.

A professor stood  before his philosophy  class
And  had some  items in  front of him.
When the class began, wordlessly,
He  picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar  was full.  They agreed that it was.

The professor then picked up a box of  pebbles and poured them into the jar.  He shook the jar lightly.
The pebbles rolled  into the open areas between the golf balls.

He then asked the students again if the  jar was full.  They agreed it was.

The professor next picked up a box of  sand and poured it into the  jar.
Of  course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The  students responded with a unanimous ‘yes.’

 

The professor then produced  two  cups of coffee from under the table and poured  the entire contents  into the jar,  effectively
filling the empty space between  the sand.  The students laughed.

 

‘Now,’ said the professor,   as the  laughter subsided,
‘I want you to recognize  that this jar represents your life.
The golf  balls are the important things – family,
children, health, Friends, and Favorite  passions ˆ
Things  that if everything else was lost and only they  remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that  matter like your job, house, and  car.

The sand is everything else –The small  stuff.

‘If you put the sand into the jar  first,’  He continued,
‘there is no  room for  the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend  all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that  are important to you.

So…

Pay attention to the things that are  critical to your happiness.
Play With your  children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.
 

There will always be time to clean the  house and fix the disposal.  

‘Take care  of the golf balls first —
The things that  really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.’
 

 

One of the students raised her hand and inquired what the coffee  represented.
The professor smiled. ‘I’m glad you asked’.
It just goes  to show you that no matter how full your life may seem, there’s always room for a  couple of cups of coffee with a friend.’
Please share this with other “Golf  Balls” and friends

PELAN PEMASARAN HPA TERBAIK DI DALAM DUNIA PERNIAGAAN MLM:

 

12 November 2010 di HPAic Shah Alam, Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi menegaskan bahawa Pelan Pemasaran HPA adalah antara yang terbaik di dalam perniagaan MLM di seluruh dunia. Fakta ini telah disampaikan oleh beliau semasa menyampaikan ceramah Pemantapan Pelan Pemasaran HPA yang dihadiri seramai 150 orang di HPAic, Shah Alam.

Kelebihan yang terdapat dalam Pelan Pemasaran HPA:

1. Bonus Kongsi Keuntungan Syarikat (Profit Sharing) pada BONUS PEMBELIAN STABIL, BONUS KEMAJUAN JARINGAN dan BONUS PENGARAH JATI SETIA.

2. Bonus Royalti / Pencen pada BONUS GENERASI PANGKAT dan BONUS PENGARAH JATI (EMAS / INTAN / MAHKOTA).

 

Menurutnya lagi walaupun struktur organisasi perniagaan MLM HPA ini berbentuk piramid, tetapi kaedah pemberian bonus HPA berbentuk piramid terbalik. Bermula dari 6% pada generasi pertama sehinggalah kepada 2% pada generasi ke 6 hingga ke generasi ke 10. Generasi ke 7, 8, 9 dan 10 hanya dibayar kepada PJS. Begitu juga bonus Generasi PJ dalan bonus PJE/I/M bermula dari 5% pada generasi 1 dan 1% pada generasi ke 5.

Beliau juga menjelaskan bahawa Kejayaan kita bukan bergantung kepada upline tetapi bergantung kepada sejauhmana kita dapat menguruskan downline dengan baik. Lagi besar Nilai Mata yang dikumpulkan oleh downline kita, maka besarlah bonus kita walaupun pangkat kita rendah. Sebaliknya walaupun besar pangkat kita, jika Nilai Mata yang dikumpulkan oleh dowline kita itu rendah maka rendahlah bonus kita.

Sebaiknya untuk mendapatkan bonus yang lebih besar Pangkat kita mestilah tinggi dan Jumlah Nilai Mata kumpulan kita juga mestilah besar.

GELATIN HALAL

Posted: November 15, 2010 in Berita

GELATIN HALAL CUMA 1% DI DUNIA:

Seminar yang berlangsung pada 7/11/2010 di HPAic amat membuka mata para hadirin mengenai isu gelatin tentang halal dan haramnya. Umat Islam perlu peka mengenai isu ini kerana gelatin digunakan secara menyeluruh di dalam banyak industri. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada seminar yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Halagel, En. Mohamad Yakob Munshi Deen.

Apa itu gelatin?

  • Gelatin adalah protein tulen yang didapati daripada proses hidrolisis kulit atau tulang haiwan.
  • Gelatin dikategorikan sebagai aditif (additive) makanan dan menggunakan E-number E441.

Jenis gelatin.

  1. Gelatin Jenis A diproses menggunakan asid di mana biasanya adalah dari sumber kulit babi.
  2. Gelatin Jenis B pula diproses menggunakan alkali atau air kapur. Sumber-sumber untuk pemprosesan gelatin jenis B adalah dari tulang atau kulit-kulit haiwan bovin seperti lembu, kambing dan kerbau.

Struktur gelatin.

  • Gelatin mengandungi 18 jenis asid amino dengan kepekatan yang berbeza. Ia membentuk rangkaian polypeptide. Sembilan daripada asid amino tersebut adalah yang diperlukan oleh badan manusia.
  • Seluruh struktur molekul gelatin adalah berbentuk rod yang mengandungi struktur primer, sekunder dan tertiari.

Kandungan dan kelebihan gelatin

  • Mengandungi 84-90% protein.
  • Mengandungi 1-2% garam mineral.
  • Selebihnya adalah air.
  • Tiada kolesterol.
  • Tidak mengandungi pengawet atau aditif.
  • Berbanding dengan agar-agar, gum arabic, locust gum yang mengandungi karbohidrat.

Mengapa gelatin sangat penting?

  • Penggunaan gelatin telah bermula sejak beratu-ratus tahun dahulu di negara-negara Eropah.
  • Penggunaannya yang pelbagi dalam industri makanan, kosmetik, produk kesihatan dan perubatan.
  • Ia adalah produk yang semulajadi dan menyihatkan, mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol.
  • Banyak penyelidikan telah membuktikan gelatin dapat membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tulang dan sendi.

Fungsi dan kegunaan gelatin adalah sangat unik (dalam industri makanan)

  • Penebal (Thickener)
  • Pelekat (Plasticizer)
  • Pengemulsi (Emulsifier)
  • Ejen Pembuih (Foaming agent)
  • Penahan Lembapan (Moisture retention) – digunakan dalam ais krim
  • Pembaik tekstur (Improve texture) – digunakan dalam kosmetik
  • Ejen pengikat (Binding agent) – softgel, kapsul, tablet

Nama-nama yang digunakan pada label produk

  • Gelatin
  • Gelatin Halal
  • Bovin Gelatin
  • Gum Base
  • Pengemulsi/Emulsifier
  • Penstabil/Stabilizer

Gred-gred gelatin

  • Food/Edible Grade
    • Coarse Powder
    • Leaf Gelatin – hotel-hotel besar suka menggunakannya, berwarna putih dan cantik, sumber daripada babi
    • Gelatin Hydrolisate
  • Pharmaceutical Grade – kapsul, softgel, tablet, sirap batuk
  • Technical Grade

Gelatin dalam kehidupan harian anda

  1. Industri makanan
    • Jelly Desserts
    • Gummy Jelly
    • Chocolate
    • Ice-Cream
    • Marshmallow
    • Soft Candy
    • Toffees, chewing gum
    • Yogurt, keju, butter
    • Produk daging
    • Makanan haiwan (pet food)
  2. Industri Farmaseutikal
    • Hard Capsules
    • Soft Capsules
    • Sugar-coated pills
    • Tablets
    • Serum substitute
    • Injection etc.
  3. Industri Fotografi
    • Photo-film
    • Printing paper
    • X-ray Film
    • Photogravure Printing
  4. Industri Kosmetik & Toileteries
    • Produk penjagaan rambut
    • Produk penjagaan kulit
    • Pengilat kulit
    • Losyen dan produk kecantikan
    • Ubat gigi
  5. Industri Teknikal
    • Paper manufacturing
    • Box making
    • Paper for fingerprinting
    • Match industry (mancis)
  6. Industri Sukan dan Kesihatan
    • Paintball
    • Makanan sukan untuk para atlit seperti cereal bars, protein bars, minuman kesihatan

Akan Tetapi Adakah Produk-Produk Ini Halal?

Firman Allah SWT
“Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaita; sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”
(Al-Baqarah ayat 168)

Pengeluaran Gelatin

PENGELUARAN GELATIN DUNIA


Pengeluar Gelatin Dunia

Gelita Australia Pty Ltd, Australia & New Zealand
Geltech Co. Ltd, Korea
India Gelatine & Chemicals Ltd, India
Jellice Co. Ltd, Japan
Kerala Chemical and Proteins Ltd, India
Narmada Gelatines Ltd, India
Nippi Gelatin Division, Japan
Nitta Rousselot (Guangdong) Gelatin Co. Ltd, PR China
Sam Mi Industrial Co, South Korea
PB Gelatins
Rousselot Group
Gelita Group, UK, USA

Sumber gelatin

SUMBER-SUMBER GELATIN


  • 80% daripada gelatin yang dikeluarkan di Eropah adalah dari kulit babi
  • 15% daripada kulit haiwan bovin seperti kerbau dan lembu
  • 5% daripada tulang-tulang haiwan bovin dan khinzir/babi, ikan dan poultry

Proses Pengeluaran

PROSES PENGELUARAN GELATIN

Secara asasnya proses pengeluaran gelatin terdiri dari 7 langkah iaitu: demineralization, pretreatment, washing, extraction, purification, drying dan akhir sekali sieving/blending.

Penentu Status Halal Gelatin

  • Sumber – haiwan halal atau haram dimakan, cara sembelihan
  • Proses pengeluaran – percampuran dengan sumber atau gelatin tidak halal
  • Kebersihan keseluruhan

Beberapa konsep gelatin

  • Konsep pertama: Kilang tersebut mengeluarkan gelatin dari sumber haram tetapi memakai hukum seperti anggur yang mana bila diperam menjadi arak (wine) tetapi diperam lama lagi ianya menjadi cuka. Tetapi tidak boleh digunapakai untuk gelatin babi atau lembu tidak disembelih mengikut syarak.
  • Konsep kedua: Kilang buat gelatin dari sumber bovine tetapi tidak disembelih mengikut syarak.
  • Konsep ketiga: Kilang tersebut buat gelatin dari sumber bovine dan sembelih mengikut syarak tetapi bercampur dengan yang haram. Contoh kilang di New Zaland, Eropah dan China.
  • Konsep keempat: Kilang buat gelatin dari sumber halal dan disembelih dengan mengikut syarak tanpa bercampur dengan yang haram.

Konsep gelatin halal dari perspektif Halagel

  • Kilang gelatin haruslah berada di sebuah negara atau wilayah Islam.
  • Diurus dan dimiliki sepenuhnya atau sebahagian oleh orang Islam.
  • Mestilah daripada sumber yang 100% halal iaitu haiwan yang disembelih mengikut Syariat Islam.
  • Kilang tersebut mestilah mengeluarkan gelatin HALAL sahaja.

Masalah pengeluaran gelatin halal

  1. Nisbah keluaran gelatin rendah
    • Untuk mengeluarkan 1500 metrik tan gelatin setahun perlukan sebanyak 15,000 metrik tan tulang-tulang.
    • Seekor lembu menghasilkan lebih kurang 30kg tulang terpilih.
    • Oleh itu untuk keluaran 1500 metrik tan setahun memerlukan 500,000 ekor lembu/kerbau.
  2. Sumber tulang dari banyak pusat sembelihan
    • Tiada usaha untuk mencari dan mengumpulkan tulang-tulang dari pusat penyembelihan.
    • Tulang-tulang dari pusat penyembelihan korban pada Hari Raya Aidiladha boleh digunakan untuk gelatin.
  3. Masalah-masalah lain
    • Mengambil masa 60-80 hari untuk mengeluarkan satu lot gelatin.
    • Adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal dalam kilang yang sama.
    • Peluang kontaminasi (contamination) antara gelatin halal dan tidak halal adalah sangat tinggi.

Alternatif kepada gelatin.

1. Fish Gelatin. Adakah ia halal?

Fakta: Buat masa ini masih belum ada kilang yang hanya membuat gelatin bersumberkan dari ikan sepenuhnya. Kebanyakan kilang di Eropah menghentikan produksi gelatin babi selama sebulan atau setahun bagi mengeluarkan gelatin ikan. Ianya tidak halal kerana menggunakan peralatan yang sama dalam mengeluarkan gelatin babi.

2. Gelatin dari tumbuhan. Adakah ia halal?

Fakta: Sumber alternatif gelatin dari tumbuhan kebanyakan digunakan dalam pembuatan softgel dan kapsul keras penyalut ubatan. Kebanyakan kilang ini menggunakan mesin yang sama untuk mengeluarkan produk menggunakan gelatin tidak halal.

ALHAMDULILLAH KITA DI HPA MENGGUNAKAN KAPSUL-KAPSUL GELATIN BOVINE YANG DIKELUARKAN OLEH HALAGEL YANG TERJAMIN HALAL DAN SUCI MENURUT SYARIAT ISLAM.

GARAM BUKIT HPA (HALAGEL)

Posted: November 15, 2010 in PRODUK KEGUNAAN HARIAN

GARAM BUKIT HPA (HALAGEL) BERASAL DARI HIMALAYA:

Garam Bukit HPA (Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai “Raja Garam atau emas putih” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam Bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita seperti hydrogen, lithium, berullium, boron, carbon, nitrogen, oxygen, fluoride, sodium, magnesium, aluminium, silicum, phosphorus, sulphur, calcium dan sebagainya. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam Bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga di dalam badan kita dan dapat menseimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan protein lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.

Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna. Garam Bukit HPA berkhasiat untuk mengimbangkan tekanan darah, meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan, menguatkan struktur tulang, baik untuk jantung, angin ahmar, migrain, kencing manis, darah tinggi, ghout dan batu karang, kesihatan luaran dan dalaman, meleraikan gumpalan sel darah merah, menganjalkan saluran darah, melarutkan gumpalan kalsium ke dalam darah, membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang, melancarkan sistem saraf, membantu memperbaharui semula sel-sel, membantu pergerakan usus, sistem metabolik menjadi lebih sempurna, membantu penyerapan vitamin serta penyembuhan penyakit kulit dan lain-lain.

Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, tulen dan lebih bersih.
HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.00
SABAH & SARAWAK: RM2.50
HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.50
SABAH & SARAWAK: RM3.00
NILAI MATA (NM): 0.25