PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 2010

Posted: December 4, 2010 in Aktiviti, Berita

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 2010 ANJURAN BERSAMA JKKK KG. BUKIT PIATU, BENUS, BENTONG, PAHANG DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BENTONG TELAH DIADAKAN PADA 4/12/2010. PROGRAM BERMULA PADA PUKUL 7.30 PAGI DENGAN PENDAFTARAN PARA PESERTA DI SURAU TAMAN MUHIBBAH, BUKIT PIATU, BENTONG.

MAJLIS SETERUSNYA IALAH UCAPAN PENGERUSI JKKK KG. BUKIT PIATU, UCAPAN KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN BENTONG DAN UCAPAN PERASMIAN OLEH YH DATO’ TOANTOWEE BIN MOHD LOTFEE, PEGAWAI DAERAH BENTONG.

KEMUDIAN SEMUA PESERTA YANG SERAMAI 47 ORANG DALAM LINGKUNGAN UMUR 5 HINGGA 13 TAHUN TELAH MELALUI UPACARA MANDI SAMPAT DENGAN BANTUAN PANCUTAN AIR BOMBA DAERAH BENTONG. SELEPAS ITU PARA PESERTA TELAH DIARAK DARIPADA SURAU TERSEBUT KE KLINIK KESIHATAN BENUS SEJAUH 200 METER DENGAN MENAIKI 3 LORI KECIL DENGAN IRINGAN SELAWAT NABI S.A.W. OLEH JKKK SERTA IBU BAPA PENJAGA. SEBAIK SAMPAI DI KLINIK KESIHATAN BENUS, PARA PESERTA TELAH DISAMBUT DENGAN PALUAN KOMPANG.

MAJLIS BERKHATAN TELAH DIKENDALIKAN OLEH KAKITANGAN HOSPITAL DAERAH BENTONG. MAJLIS BERAKHIR PADA TENGAHARI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

BAGI YANG TERLIBAT DENGAN BERKHATAN DI MANA-MANA SAHAJA, GUNAKANLAH MINYAK BUT-BUT DAN JELLY GAMAT UNTUK KESEMBUHAN LUKA DENGAN PANTAS DAN BERKESAN, TAHAN SAKIT SERTA DAPAT MENGHINDARI DARIPADA SEBARANG JANGKITAN, INSYAALLAH.

 

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s