MADU LEBAH – DR. JAMNUL AZHAR

Posted: February 10, 2011 in PRODUK MADU HPA

PENGENALAN:

Madu merupakan salah satu ubat yang dapat digunakan sebagai agen penyembuh selain daripada kitab suci Al Quran. Gunakan 2 penyembuh; madu dan Al Quran.

Dalam satu hadith lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pengubatan ada 3 cara: minum madu, berbekam dan khay iaitu dengan besi panas, tetapi aku melarang umatku berubat dengan khay.”

Firman Allah, ” … dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-nahl: 69).

Madu mempunyai rasa yang lazat, bau yang menyegarkan serta memiliki nilai pengubatan yang tinggi. Madu biasanya adalah agen awet muda dan berbeza daripada penggunaan gula biasa atau makanan harian lain.

 

EKSPERIMEN SAINTIS TERHADAP MADU:

Dr. Abdul Aziz Ismail menyatakan bahawa madu adalah suatu senjata doktor yang dapat digunakan untuk melawan penyakit. Orang menggunakan madu setelah ilmu pengetahuan berkembang dan meningkat. Madu merupakan makanan bernutrisi yang dapat memberikan kekuatan dan membunuh bakteria yang datang dari luar dan dalam tubuh.

Pada tahun 1954, Dr. Julia Carison melakukn eksperimen terhadap seekor babi hutan. Hasilnya, madu dapat menyembuhkan babi hutan yang mengalami sakit di pergelangan dan persendian tulang.

Pada tahun 1956, di Hospital Norfolk England, madu lebah digunakan untuk menutup luka dan menghilangkan bekas-bekas luka tersebut. Madu dapat berfungsi merangsang pembentukan jaringan sel baru.

Dr. W.G. Sackett, seorang pengkaji bakteria dari Akademi Pertanian Colorado, USA telah mendapati madu dapat menyahkan serta membunuh bakteria penyakit. Kuman penyebab Malaria/Typhoid mati dalam masa 48 jam. Hasil yang sama iaitu Typhosus A dan B mati dalam 24 jam. Sejenis mikroorganisma di dalam tinja dan air mati dalam 5 jam. Bakteria pnybb bronko pneumonia mati pada hari keempat iaitu sama masa dengan bakteria pnybb peritonitis, pleuritis dan pembengkakkan supuratif. Eksperimen ini telah diuji kembali oleh Dr. A.P. Sturtevant, pakar bakteria di Biro Entomology, Washington DC.

 

Kandungan madu

Madu mengandungi banyak vitamin – Serbuk sari kebanyakan bunga mengandungi kadar vitamin C yang cukup tinggi daripada sejenis sayuran dan buah-buahan. Madu mengandungi serbuk sari, justeru ia mengandungi vitamin C yang tinggi.

Madu merupakan medium yang baik bagi kebanyakan vitamin. Ia tidak sama dengan buah atau sayuran. Contohnya bayam akan hilang 50% kadar vitamin C dalam waktu 24 jam selepas dipetik.

Madu ada vitamin B1 yang dapat mencegah penyakit beri-beri, vitamin B2 yang dapat mencegah scurvy, vitamin B3 bertindak sebagai antiseptik dan mencegah penyakit tua yang datang sebelum masanya, vitamin B6 yang sangat penting bagi pencernaan makanan dan mencegah anaemia dan vitamin A yang mampu berfungsi untuk mencegah penyakit rabun malam.

Madu memiliki enzim pencernaan – Invertase dan Amylase merupakan enzim yang terdapat dalam madu. Kedua-dua enzim tersebut berfungsi melakukan proses pencernaan. Hal ini berbeza dengan gula tebu dan pemanis lain yang memerlukan invertase dalam saluran pencernaan melalui sejenis enzim agar mampu diubah menjadi gula sederhana. Madu dengan mudah dapat dicerna kerana dua enzim yang terdapat didalamnya serta telah dicerna oleh kelenjar liurnya, mengubah gula dalam sari bunga menjadi gula sederhana, levulosa dan dextrosa.

Madu mengandungi mineral – Zat besi, tembaga, potassium, silicon, klorin, kalsium, sodium, fosporus, magnesium dan aluminium merupakan mineral yang ada didalam madu lebah. Seluruhnya diambil dari tanah di mana bunga tersebut tumbuh. Oleh kerana itu, kadar mineral dari setiap madu yang berlainan bergantung dari tanah tanaman tersebut.

 

Kelebihan madu berbanding gula

Madu mempunyai rasa yang lazat, bau yang menyegarkan serta memiliki nilai pengubatan yang tinggi. Madu dapat memanjangkan umur (awet muda), berbeza dengan penggunaan gula biasa atau makanan harian lainnya. Di antara kelebihan madu jika dibandingkan dengan gula biasa adalah seperti berikut:

  • madu tidak mengiritasi saluran pencernaan
  • madu mudah dan pantas diasimilasikan
  • madu cepat memenuhi permintaan tenaga dalam masa yang singkat
  • madu mudah ditangani oleh ginjal
  • madu mempunyai kesan laxatif ringan dan sifatnya alamiah
  • madu memiliki kesan sedatif
  • madu mudah didapati
  • harganya tidak terlalu mahal

Perbezaan rasa yang terdapat pada madu adalah disebabkan berlakunya perbezaan iklim, tempat dan musim di mana madu tersebut dihasilkan. Cuaca, udara, bunga dan tanah juga memainkan peranan pada jenis warna dan rasa madu kerana berbeza jenis manisan yang dihisap daripada bunga yang berbeza.

Warna madu adalah jernih menyerupai kejernihan warna air hingga menjadi pekat kekuningan. Prof H.A. Schuette menyatakan bahawa madu yang berwarna gelap disebabkan kandungan tembaga dan besi yang lebih banyak dibandingkan dengan madu yang berwarna lebih cerah.

Madu yang terbaik memiliki kadar kandungan air yang rendah berbanding dengan madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

 

Madu dan penggunaannya di dalam bidang perubatan

  • Makanan untuk bayi – Dewasa ini ramai ibu yang tidak mampu menyusui bayi mereka dengan baik. Justeru penggantian dengan menggunakan susu lembu yang telah ditambah pemanis boleh dilakukan bagi memenuhi air susu sebagai bahan makanan bayi. Gula yang sering digunakan adalah glukosa dan dextromaltosa. Keadaan ini boleh menyebabkan permasalahan terhadap pencernaan bayi yang masih belum sempurna.
  • Madu adalah pemanis yang paling menonjol. Sebahagian besar bayi dapat menerima madu. Selain sebagai tambahan pemanis, madu juga mengandungi mineral, protein, daya antiseptik, laksatif ringan dan aroma yang enak.
  • Penelitian yang dilakukan oleh Dr. Haycak dan Dr. M.C. Tanquary dari Universiti Minnesota dan Dr. Schultz daripada Jabatan Kanak-Kanak Universiti Chicago menyatakan bahawa madu diserap lebih cepat daripada pelbagai jenis gula yang lain. Madu lebih cepat diserap kerana adanya dextrosa sedangkan levulosa menjadi sesuatu yang lebih lambat diserap dan lambat masuk ke dalam peredaran darah. Madu mampu menjaga kadar gula dalam darah.
  • Penahan eneuresis – Madu dengan sifat hidroskopisnya mampu untuk melakukan penyerapan dan pengentalan wap lembab dalam udara. Levulosa dalam madu dapat menarik wap gula dengan kuat. Ini juga berlaku bagi penyerapan dan pengentalan air di dalam badan sehingga dapat menahan eneuresis.
  • Influenza dan Selsema – Khasiat vitamin C adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan sel dan membantu melepaskan tenaga dalam melakukan gerakan. Madu akan membantu tubuh dalam membina tenaga. Pada masa sekarang, madu digunakan untuk mengubati pesakit yang batuk dengan menggunakan wapnya yang akan menembusi segala penjuru sistem pernafasan yang akan mematikan kuman yang menyebabkan batuk, influenza dan selsema.
  • Pengubatan Tuberculosis (TBC) – Zat yang ada akan diserap untuk membantu badan bagi melakukan regenerasi sel, terutama kandungan mineralnya seperti magnesium, sodium dan ferum.
  • Pengubatan Sakit Jantung – Dr. G. Thomas menyatakan dalam majalah Lauset di England, “Madu mempunyai kesan yang patut diperhatikan dalam memberi kelancaran kerja jantung dan memberi kekuatan kepada pesakit yang kehilangan tenaga setelah serangan jantung. Madu juga berfungsi untuk meredakan ketegangan saraf dan memudahkan tidur.”
Comments
  1. mimiey says:

    selamat pagi..saya nak tanya skiranya didapati ada sel2 kanser yg aktif dlm bdn seseorg yg tdk menjalani kemoterapi adakah boleh mengambil spirumadu??

    • hanimuddin says:

      SALAH SATU NILAI PERAWATAN SPIRUMADU IALAH ANTI KANSER/TUMOR. PENGAMBILAN SPIRUMADU BOLEH MENGHALANG SERTA MENCEGAH KANSER/TUMOR DAN IA SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI SEL-SEL KANSER YANG AKTIF.

      SEBAGAI TAMBAHAN, MEREKA YANG MEMPUNYAI SEL-SEL KANSER YANG AKTIF DINASIHATKAN MENGAMALKAN SHARK CARTILAGE DAN ROSELLE KAPSUL BAGI MEMATIKAN SEL-SEL KANSER YANG AKTIF TERSEBUT.

      SEKIRANYA KANSER TERSEBUT LEBIH SERIUS KITA MEMPUNYAI TAMBAHAN HERBA-HERBA YANG LAIN. INSYAALLAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s