SINDROM GANGGUAN USUS (IBS)

Posted: March 9, 2011 in TERAPI HERBA HPA, USUS

SINDROM GANGGUAN USUS / IRRITABLE BOWEL SYNDROME (IBS):


SEKIRANYA ANDA MENGHIDAPI SAKIT ABDOMEN/PERUT SECARA BERULANG ATAU CIRIT-BIRIT BERTERUSAN UNTUK TEMPOH MASA YANG PANJANG, ITU BERMAKNA ANDA BERHADAPAN DENGAN SINDROM USUS RENGA ATAU IRRITABLE BOWEL SYNDROME (IBS). SINDROM INI WALAUPUN DIKATAKAN BUKAN BERSIFAT KRITIKAL NAMUN IBS SEMEMANGNYA MENJEJASKAN FUNGSI USUS SERTA MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN PENGIDAPNYA.

SIMPTOM-SIMPTOM BIASA IBS IALAH SAKIT DI BAHAGIAN ABDOMEN YANG KEBIASAANNYA LEGA SELEPAS BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR BESAR. SIMPTOM LAIN IALAH NAJIS BERCAMPUR MUKUS, CIRIT-BIRIT YANG BIASANYA BERLAKU PADA WAKTU PAGI DAN MASALAH SEMBELIT. PESAKIT JUGA AKAN MENGALAMI SAKIT PERUT YANG MEMULAS-MULAS. PERLU DIFAHAMI BAHAWA IBS ADALAH GANGGUAN FUNGSI USUS DAN BUKANNYA STRUKTUR USUS SEPERTI SEKATAN, KESUMBATAN, KETUMBUHAN ATAU TUMOR.

SESEORANG YANG KERAP MENGALAMI MASALAH KEMBUNG PERUT JUGA SERING DIKAITKAN DENGAN IBS MALAH IBS JUGA MELIBATKAN GASTRO USUS ATAU ORGAN PENCERNAAN YANG PENTING. IA TIDAK SAMA DENGAN KANSER USUS DAN PERLU DIFAHAMI BAHAWA IBS TIDAK AKAN MENYEBABKAN PENYAKIT TERSEBUT.

RENGSA PERUT, SEMBELIT ATAU CIRIT-BIRIT YANG DIALAMI PESAKIT MUNGKIN BERPANJANGAN UNTUK BEBERAPA HARI, MINGGU ATAU BERBULAN-BULAN. BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU. WALAUPUN GEJALA UTAMA MUNGKIN LEBIH KETARA BERBANDING GEJALA LAIN NAMUN SIMPTOM PALING BIASA IALAH CIRIT-BIRIT DAN SEMBELIT. SPEKTRUM KESAKITAN PULA BERBEZA. KEHADIRAN GEJALA TERSEBUT KEBIASAANNYA PADA WAKTU MALAM KETIKA HENDAK TIDUR.

IBS KERAP BERLAKU DI NEGARA-NEGARA PERINDUSTRIAN DAN JUMLAHNYA BERTAMBAH DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN SEPERTI MALAYSIA. (MINGGUAN MALAYSIA 6/3/2011)

DI HPA, KAEDAH PERUBATAN JAWI TELAH MENYEDIAKAN BEBERAPA PRODUK UNTUK MERAWAT SERTA MEMULIHKAN MASALAH IBS INI INSYAALLAH. DI ANTARANYA ANDA BOLEH AMALKAN:

  1. HERBA TUJU ANGIN,
  2. PELAWAS,
  3. KAPSUL ROSELLE,
  4. MADU ASLI,
  5. OMEGA 3 SOFTGEL, DAN
  6. TEH/MINUMAN HERBA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s