Archive for April, 2011

TERAPI HERBA RAWAT MIGRAIN:


Migrain didefinisikan sebagai sakit pada sebahagian kepala yang teramat sakit walaupun bukan semua sakit kepala itu sebenarnya migrain. Terdapat beberapa jenis migrain dan migrain yang boleh berlaku apabila seseorang kekurangan atau terlebih tidur, faktor cuaca serta kelembapan, faktor makanan dan faktor hormon. Bagi pengamal-pengamal perubatan herba, migrain sangat berkait dengan angin dan kepanasan di dalam tubuh badan.

Testimoni pengamal-pengamal herba HPA yang baik untuk dikongsikan bersama di sini ialah Migrain boleh dirawat dengan mengamalkan herba-herba HPA yang berikut:

  1. Herba Tuju Angin (5 kapsul 3 kali sehari),
  2. Minuman/Teh Herba (2 sachet sehari), dan
  3. Omega 3 Softgel (5 biji 3 kali sehari)
  4. Berbekam (pilihan terbaik)
Alhamdulillah dengan iziz Allah, penyakit migrainnya hilang terus dan tidak berulang lagi. Sinergi ini sangat bertepatan dengan kehendak pengubatan herba iaitu pergabungan herba dan ikan bagi mendapatkan kekuatan ubat 13 kali ganda dari biasa.
ASPARTAME (GULA SINTETIK) – ADAKAH IA SELAMAT?
Aspartame yang juga dikenali sebagai “gula jahat” adalah satu bahan pemanis buatan (sintetik). Aspartame adalah pemanis tanpa karbohidrat yang telah di methyl ester daripada aspartyl acid / phenylalanine dipeptide bagi menggantikan gula biasa. Kesatuan Eropah mengkodkan sebagai E 951.

ASPARTAME

Sejarah penemuan bahan pemanis tiruan ini bermula apabila pada tahun 1965, apabila James M. Schlatter seorang ahli kimia melakukan proses sintetik ke atas aspartame untuk dibuat ubat anti gastrik, secara kebetulan dia mendapati rasa manis apabila ia menjilat jarinya. Produk ini tampil dengan jenama pertama NutraSweet dan bermula tahun 2009 ia dijenamakan semula sebagai AminoSweet.

Aspartame dianggarkan 200 kali lebih manis dari gula biasa dan sangat sedikit khasiatnya di dalam pemakanan. Ia semata-mata membuat makanan dan minuman anda manis.
Bahan ini dibuat sebagai memenuhi budaya diet dikalangan masyarakat Amerika yang tidak mahu menggunakan gula di dalam pemakanan. Akibatnya, produk ini berada hampir disemua rak-rak supermarket dengan jenama yang pelbagai antaranya NutraSweet, Equal dan Canderel. Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam lebih 6000 produk makanan dan minuman di seluruh dunia termasuk makanan dan minuman ringan. Di antara produk yang mengandungi bahan-bahan ini ialah;
  1. Sarapan segera
  2. Gula-gula nafas (nafas segar)
  3. Bijirin
  4. Gula-gula getah tanpa gula
  5. Koko campuran
  6. Minuman kopi
  7. Makanan pencuci mulut sejuk beku
  8. Pencuci mulut berasaskan gelatin
  9. Minuman berjus
  10. Pelawas
  11. Minuman bersusu
  12. Multivitamin
  13. Ubatan farmasi
  14. Bahan untuk minuman Shake
  15. Minuman Ringan/soda
  16. Pemanis
  17. Minuman Teh
  18. Teh segera dan kopi segera
  19. Bahan topping (bahan kek)
  20. Yogurt

Walaupun tidak terdapat bukti-bukti konklusif bahawa aspartame adalah penyebab penyakit-penyakit kritikal seperti diabetis, kanser, jantung dan sebagainya tetapi dengan kadar kemanisannya yang 200 kali ganda lebih manis daripada gula biasa, maka disarankan pengguna-pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan ini.

Aspartame adalah pemanis tanpa khasiat. Banyak Persatuan-Persatuan Pengguna, NGO serta aktivis-aktivis kesihatan di seluruh dunia mengkelaskan aspartame sebagai racun manis yang membunuh dalam diam. Kajian mereka menunjukkan bahawa banyak kesan sampingan yang terhasil daripada pengambilan aspartame dalam jumlah yang banyak dan kerap. Di antaranya ialah kebutaan, insomnia, depressi, migrain, alergik, cirit-birit, kurang berat badan dengan cepat dan sebagainya. Oleh itu, jauhilah aspartame dan berhati-hati dengan produk bebas gula (sugar free products) kerana biasanya ia mengandungi aspartame di dalam jumlah yang tinggi.

Bagi pengguna yang mengidap penyakit genetik yang dinamakan phenylketonuria dinasihati agar tidak mengambil aspartame. Aspartame yang mengandungi phenylalanine akan menyebabkan pengidap phenylketonuria menjadi bertambah parah sehingga membantutkan perkembangan otak.

(NOTA: SEMUA PRODUK-PRODUK HPA TIDAK MENGANDUNGI ASPARTAME)

TERBARU – PRODUK KOSMETIK YANG MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL:

KENYATAAN AKHBAR

PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk-produk kosmetik berikut:

Bil

Nama Produk

Nombor Notifikasi

Racun Berjadual Yang Dikesan

Nama Pemegang

Nama Pengilang

1 BML HB LOTION NOT090701336K Tretinoin & Hydroquinone Excellent Combination SB BML International Inc.,Philippines
2 KRIM MALAM SHANA NOT090600820K Tretinoin & Hydroquinone Nabba Trading A.S.P. International Herbal Soap. Co. Ltd,Thailand
3 NATASYA GOLD KRIM HERBA NOT091100971K Tretinoin & Hydroquinone Perwanza Enterprise (M) Sdn. Bhd. Bionano Herba Pharma Sdn.Bhd.,Malaysia
4 BIOTOX WHITENING HYDRO CREAM NOT07061310KE Dexamethasone Dermedex SB Laboratories D’Armor S.A.,France
5 YOKO WHITENING CREAM NOT080100330K Tretinoin Haresh Ent SB Siam Yoko Co. Ltd.,Thailand
6 SUE BEAUTY NIGHT TREATMENT CREAM NOT080600138K Tretinoin Sky Resources Sdn. Bhd. Sky Resources Sdn.Bhd.,Malaysia

Notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan Racun Berjadual sama ada mengandungi dexamethasone, hydroquinone dan/atau tretinoin di dalam produk tersebut.

Penggunaan tretinoin, hydroquinone dan dexamethasone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi). Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika.

Dexamethasone adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Penggunaan steroid secara topikal dalam jangkamasa yang panjang turut boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius seperti  perencatan fungsi  kelenjar adrenal, gangguan metabolik, melemahkan sistem pertahanan badan dan sebagainya.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) BULAN APRIL 2011:

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA INDUSTRIES SDN BHD, TN. HJ. ISMAIL BIN AHMAD;

TARIKH : 21 APRIL 2011 (KHAMIS)
MASA: 8.30 MALAM – 11.30 MALAM
TEMPAT: TINGKAT 1, DEWAN HPAIC SEKSYEN 13, SHAH ALAM

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI. MASUK PERCUMA.

PANEL SYARIAH HPA

Posted: April 13, 2011 in PANEL SYARIAH HPA

PANEL SYARIAH HPA:

  1. SS DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD, Mufti Pulau Pinang; Penasihat Panel
  2. AF USTAZ AHMAD BIN ALI (M.A. USUL FIQH, Universiti al-Azhar. Bekas Pensyarah di UM, UIA dan Universiti Islam Brunei); Pengerusi Panel.
  3. AF USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (B.A. SYARI’AH AL-AZHAR, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A.) INSANIAH- ALAZHAR, Pengurus Besar HPA); Setiausaha Panel.
  4. AF USTAZ HASHIM BIN JASIN (B.A PENGAJIAN ISLAM,Universiti Baghdad)
  5. YBHG DR. MOHD NASIR HJ HAMID (PHD PENGAJIAN ISLAM UKM, Pensyarah UITM Arau)
  6. AF USTAZ BASRI ABDUL GHANI (M.A. EKONOMI ISLAM U.M., Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)
  7. AF USTAZ MOHD NIZHO ABDUL RAHMAN (B.A. AL-AZHAR, M.A. AL-QURAN DAN SUNNAH UKM., Pensyarah UUM Sintok)
  8. AF USTAZ KHADAFI HJ ROFIE (B.A. AL-AZHAR, M.A. HADIS UKM, Pensyarah UUM Sintok)
  9. YBHG PROF. MADYA DR. ISHAK SULAIMAN (PHD HADITH DAN MUAMALAH, University of Wales U.K, Pensyarah U.M.)
  10. AF USTAZ HASAN ZAID RAMLI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)
  11. AF USTAZ HASBULLAH ALI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)
  12. AF USTAZ YA ALI BIN DAHAMAN @ ABDUL RAHMAN, BA Al-Quran dan As-Sunnah (UKM), MA Perundangan Islam (UM), Bekas Pensyarah UiTM
  13. AF USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN AL HAFIZ, Diploma Tahfiz Al Quran

ESP – REAL BUSINESS:


ESP – REAL BUSINESS
(EKSLUSIF SEHARI PENGARAH URUSAN)
MOTO : KECUKUPAN PRODUK HALAL DI PASARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
ESP : Program motivasi bersama Pengarah Urusan untuk mewujudkan gelombang business yang baru dalam HPA.
Tiket : RM100.00 (kanak-kanak tidak dibenarkan masuk)


 


Daftar terus dengan Leader Kelab masing-masing.
InsyaAllah, pengisisan akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd
Bagi mereka yang telah mengikuti ESP ini, mereka bakal mendapat tawaran mengikuti 5 bengkel daripada 30 bengkel secara percuma
Mereka yang berjaya mengikuti 21 daripada 30 bengkel ini, akan mendapat sijil / pengiktirafan daripada HPA
Penjualan produk khas dengan harga promosi kepada peserta kursus sahaja.
  1. Kopi radix    2. Kopi Diet   3. Koko Radix    4. Mocha Radix     5. Radix Goat