PRODUK KOSMETIK YANG MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Posted: April 27, 2011 in Berita, Kesihatan

TERBARU – PRODUK KOSMETIK YANG MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL:

KENYATAAN AKHBAR

PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk-produk kosmetik berikut:

Bil

Nama Produk

Nombor Notifikasi

Racun Berjadual Yang Dikesan

Nama Pemegang

Nama Pengilang

1 BML HB LOTION NOT090701336K Tretinoin & Hydroquinone Excellent Combination SB BML International Inc.,Philippines
2 KRIM MALAM SHANA NOT090600820K Tretinoin & Hydroquinone Nabba Trading A.S.P. International Herbal Soap. Co. Ltd,Thailand
3 NATASYA GOLD KRIM HERBA NOT091100971K Tretinoin & Hydroquinone Perwanza Enterprise (M) Sdn. Bhd. Bionano Herba Pharma Sdn.Bhd.,Malaysia
4 BIOTOX WHITENING HYDRO CREAM NOT07061310KE Dexamethasone Dermedex SB Laboratories D’Armor S.A.,France
5 YOKO WHITENING CREAM NOT080100330K Tretinoin Haresh Ent SB Siam Yoko Co. Ltd.,Thailand
6 SUE BEAUTY NIGHT TREATMENT CREAM NOT080600138K Tretinoin Sky Resources Sdn. Bhd. Sky Resources Sdn.Bhd.,Malaysia

Notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan Racun Berjadual sama ada mengandungi dexamethasone, hydroquinone dan/atau tretinoin di dalam produk tersebut.

Penggunaan tretinoin, hydroquinone dan dexamethasone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi). Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika.

Dexamethasone adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Penggunaan steroid secara topikal dalam jangkamasa yang panjang turut boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius seperti  perencatan fungsi  kelenjar adrenal, gangguan metabolik, melemahkan sistem pertahanan badan dan sebagainya.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s