ASPARTAME (GULA SINTETIK) – ADAKAH IA SELAMAT?

Posted: April 28, 2011 in Kesihatan
ASPARTAME (GULA SINTETIK) – ADAKAH IA SELAMAT?
Aspartame yang juga dikenali sebagai “gula jahat” adalah satu bahan pemanis buatan (sintetik). Aspartame adalah pemanis tanpa karbohidrat yang telah di methyl ester daripada aspartyl acid / phenylalanine dipeptide bagi menggantikan gula biasa. Kesatuan Eropah mengkodkan sebagai E 951.

ASPARTAME

Sejarah penemuan bahan pemanis tiruan ini bermula apabila pada tahun 1965, apabila James M. Schlatter seorang ahli kimia melakukan proses sintetik ke atas aspartame untuk dibuat ubat anti gastrik, secara kebetulan dia mendapati rasa manis apabila ia menjilat jarinya. Produk ini tampil dengan jenama pertama NutraSweet dan bermula tahun 2009 ia dijenamakan semula sebagai AminoSweet.

Aspartame dianggarkan 200 kali lebih manis dari gula biasa dan sangat sedikit khasiatnya di dalam pemakanan. Ia semata-mata membuat makanan dan minuman anda manis.
Bahan ini dibuat sebagai memenuhi budaya diet dikalangan masyarakat Amerika yang tidak mahu menggunakan gula di dalam pemakanan. Akibatnya, produk ini berada hampir disemua rak-rak supermarket dengan jenama yang pelbagai antaranya NutraSweet, Equal dan Canderel. Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam lebih 6000 produk makanan dan minuman di seluruh dunia termasuk makanan dan minuman ringan. Di antara produk yang mengandungi bahan-bahan ini ialah;
  1. Sarapan segera
  2. Gula-gula nafas (nafas segar)
  3. Bijirin
  4. Gula-gula getah tanpa gula
  5. Koko campuran
  6. Minuman kopi
  7. Makanan pencuci mulut sejuk beku
  8. Pencuci mulut berasaskan gelatin
  9. Minuman berjus
  10. Pelawas
  11. Minuman bersusu
  12. Multivitamin
  13. Ubatan farmasi
  14. Bahan untuk minuman Shake
  15. Minuman Ringan/soda
  16. Pemanis
  17. Minuman Teh
  18. Teh segera dan kopi segera
  19. Bahan topping (bahan kek)
  20. Yogurt

Walaupun tidak terdapat bukti-bukti konklusif bahawa aspartame adalah penyebab penyakit-penyakit kritikal seperti diabetis, kanser, jantung dan sebagainya tetapi dengan kadar kemanisannya yang 200 kali ganda lebih manis daripada gula biasa, maka disarankan pengguna-pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan ini.

Aspartame adalah pemanis tanpa khasiat. Banyak Persatuan-Persatuan Pengguna, NGO serta aktivis-aktivis kesihatan di seluruh dunia mengkelaskan aspartame sebagai racun manis yang membunuh dalam diam. Kajian mereka menunjukkan bahawa banyak kesan sampingan yang terhasil daripada pengambilan aspartame dalam jumlah yang banyak dan kerap. Di antaranya ialah kebutaan, insomnia, depressi, migrain, alergik, cirit-birit, kurang berat badan dengan cepat dan sebagainya. Oleh itu, jauhilah aspartame dan berhati-hati dengan produk bebas gula (sugar free products) kerana biasanya ia mengandungi aspartame di dalam jumlah yang tinggi.

Bagi pengguna yang mengidap penyakit genetik yang dinamakan phenylketonuria dinasihati agar tidak mengambil aspartame. Aspartame yang mengandungi phenylalanine akan menyebabkan pengidap phenylketonuria menjadi bertambah parah sehingga membantutkan perkembangan otak.

(NOTA: SEMUA PRODUK-PRODUK HPA TIDAK MENGANDUNGI ASPARTAME)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s