Archive for June, 2011

BENGKEL ESP (BESP): PROGRAM MENTOR MENTEE:

Mempunyai mentor adalah sangat penting untuk mencari kejayaan dalam apa jua bidang perniagaan termasuk Multi Level Marketing (MLM). Memilih mentor yang tepat akan membawa kebaikan kepada perniagaan kerana mereka akan menunjuk ajar cara yang berkesan dan praktikal dilakukan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Seorang mentor akan memberi jalan untuk menangani permasalahan yang sering berlegar dalam perniagaan. Mereka telah melalui banyak cabaran dan ujian sebelum mencapai kejayaan. Maka segala kesilapan yang telah dilakukan dalam perniagaan boleh dielakkan lebih awal oleh seorang usahawan yang baru hendak bermula.

Sekarang adalah masa terbaik untuk kita mendapatkan mentor yang tepat dalam perniagaan HPA melalui program dan bengkel ESP.

Bengkel ESP sebagai program susulan selepas program ESP diadakan bertujuan untuk melahirkan seramai mungkin usahawan MLM Syariah HPA dengan mempraktikkan program “Mentor Mentee”. Ini akan mewujudkan “Real Business” tanpa melibatkan proksi.

Para leader HPA iaitu Pengarah Jati Setia (PJS) yang telah mengikuti Kursus Bengkel di Sungai Petani bersama Pengarah Urusan pada 24 Mei 2011 baru baru ini telah pun berjanji apabila mereka menjadi mentor nanti akan membimbing peserta di dalam kumpulan masing-masing selama 3 tahun walaupun mereka bukan di kalangan rangkaian mereka.

Tugas mentor ini termasuk dalam akad hibah PJS. PJS yang berpengalaman akan berusaha mendidik kumpulan baru ini untuk berjaya kerana banyak penajaan tidak di arah ke mana langkah seterusnya sehingga mereka menjadi pengguna tetapi tidak menjadi usahawan.

Target program ESP ialah untuk melahirkan usahawan yang mendapat pendapatan 5 angka stabil sebulan dalam tempoh 3 tahun selepas mengikuti 30 bengkel kemahiran serta program yang difikirkan perlu untuk pengukuhan gerak kerja.

Mentor hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu peserta dan tidak harus ada sifat berat sebelah dalam menyelesaikan skil komunikasi dan perlu mengetahui nilai yang boleh kita pegang.

Apa yang berlaku dalam PBC sebelum ini situasinya tidak “Real Business” lantaran tidak wujudnya usahawan pada penama yang berpangkat atau usahawan “instant” yang wujud dengan penanaman modal tinggi bagi membeli pangkat. Penyerapan roh perjuangan produk halal masih rendah dibandingkan situasi mengejar status dan pangkat yang akhirnya ahli-ahli HPA bukan sahaja kabur dengan perjuangan tetapi mereka lebih mengenali KOPI RADIX daripada sebuah jihad ekonomi dalam HPA.

Oleh sebab itulah program Mentor Mentee diwujudkan untuk kesinambungan perjuangan ini untuk seribu tahun lagi.

Info Bengkel ESP:

Bengkel ESP bertemakan Keusahawanan MLMS adalah antara 5 Bengkel wajib yang diberi PERCUMA kepada peserta ESP. Oleh itu semua peserta ESP di seluruh Malaysia yang telah memperolehi sijil ESP bolehlah mendaftar secara percuma di mana-mana tempat yang diadakan bengkel ini yang akan dikendalikan oleh Kelab Pemimpin di tempat dan zon masing-masing. Namun begitu para pengedar yang tiada sijil ESP juga boleh mendaftar untuk BESP dengan dikenakan bayaran RM50.00 sahaja.

Untuk Zon Tengah, anda boleh daftar mulai sekarang dengan Cik Atikah di talian 019-4490082 untuk Bengkel ESP atau untuk menyertai Program ESP.

BENGKEL ESP (BESP): KEUSAHAWANAN MLM SYARIAH:

Dengan mengikuti program ESP, 30 Bengkel ESP (BESP) akan ditawarkan kepada semua peserta di mana ia akan berjalan selama tempoh 3 tahun. Ahli HPA yang telah menjadi peserta program ESP akan diberi 5 BESP percuma.

Bengkel pertama yang bertajuk Bengkel Keusahawanan MLM Syariah telah pun diadakan di sepanjang bulan Mei dan Jun 2011. Untuk ahli HPA yang berada di Zon Tengah, Bengkel ESP yang pertama ini telah diadakan di Menara HPAIC Shah Alam pada hari Ahad 29 Mei 2011.

Kepada ahli HPA yang membawa Sijil ESP mereka berhak mendapat yuran PERCUMA malah jika peserta belum berpangkat semasa menghadiri ESP dulu tak sempat membuat belian 150NM semasa program ESP boleh berbuat demikian semasa menghadiri Bengkel percuma ini.

Kepada mereka yang belum menghadiri program ESP boleh juga menghadiri program BRSP ini tetapi dikenakan bayaran RM50.00 sahaja.

Adalah dimaklumkan bahawa kenaikan pangkat dan maintain 150 NM di Bengkel ESP hanya dibenarkan untuk PESERTA ESP yang telah menyertai Program ESP sahaja (bagi yang belum maintain) manakala bagi peserta baru perlulah menyertai Program ESP terlebih dahulu bagi membolehkan untuk maintain 150NM.

Program ESP bulan JUN 2011 bagi Zon Tengah telah diadakan di HPAIC pada hari Sabtu 11 JUN 2011. Ringkasan perjalanan program ESP:

  1. Anda hadir ke program ESP,
  2. Maintain 150 NM pada hari program ESP jika anda belum berpangkat, untuk kenaikan ke pangkat PLX (20%),
  3. Sertai 5 bengkel ESP percuma,
  4. Pilihan: Sertai mana-mana 21 daripada 30 bengkel ESP di bawah untuk melayakkan anda mendapat Sijil Herbalis
30 Bengkel ESP yang ditawarkan kepada peserta ESP:
  1. Herba Alami
  2. Perniagaan Jawi Water Filter
  3. Kecantikan Islam
  4. Sinergi Herba Pilihan
  5. Perawatan Sakit Tuan
  6. Perawatan Sakit Puan
  7. Perawatan Gamat & Klorofil Drops
  8. Kaunseling Islam
  9. Al-Hijamah.
  10. Tunas Hijau
  11. Pemakanan sihat.
  12. Refleksologi
  13. Madu Lebah.
  14. Kiropraktik.
  15. Keusahawanan Herbalis
  16. Keusahawanan MLMS
  17. Iridologi
  18. Diagnosis Tapak Tangan
  19. Diagnosis Lidah dan Bahasa Tubuh.
  20. Halal Haram
  21. Perubatan Jawi
  22. Anatomi dan Fisiologi
  23. Program Khidmat Masyarakat
  24. Bengkel Pengucapan Awam (Public Speaking)
  25. Bengkel Penggunaan Alatan Test Kesihatan
  26. Bengkel 6M
  27. Bengkel Sanad Hadis Perubatan
  28. Bengkel Kejurujualan
  29. Bengkel Perubatan secara Rukyah
  30. Bengkel Kepimpinan MLMS.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mari sertai kami di dalam perniagaan dan perjuangan ini. Untuk menjadi ahli HPA sila klik.

PRODUK TERBARU: TEH HIJAU

Posted: June 28, 2011 in PRODUK MINUMAN

 

 

 

PRODUK TERBARU: TEH HIJAU

 


Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Di antara kelebihan-kelebihan Teh Hijau ialah;

  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Anti oksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Agen untuk menguruskan badan


Nutrien Teh Hijau

Kebaikan teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam tetapi ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau.

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.


Lembutkan kulit

Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.

Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.


Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.


Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.


Awet muda

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.


Menurunkan berat badan

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.

1 kotak Teh Hijau HPA mengandungi 20 uncang.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM13.00
SABAH & SARAWAK: RM15.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

NILAI MATA (NM): 4

PRODUK TERBARU: VOX & BAM PANAS:


1. VOX

Boleh digunakan untuk melegakan hidung yang tersumbat. Sapukan pada luar hidung, bahagian dada hadapan dan belakang. Juga boleh dimasukkan ke dalam air panas mendidih dengan menghidu wap VOX.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM6.50
SABAH & SARAWAK: RM7.50

NILAI MATA (NM): 0.5

2. BAM PANAS

Bam Panas yang hangat dan kekal kepanasannya sesuai digunakan apabila musim sejuk. Sesuai untuk sengal-sengal di bahagian sendi dan sakit-sakit badan. Juga untuk wanita senggugut disapukan di bahagian perut dan belakang. Tidak sesuai untuk kanak-kanak.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM6.50
SABAH & SARAWAK: RM7.50

NILAI MATA (NM): 0.5

PRODUK TERBARU: FEMWASH (FEMININE HYGIENIC WASH):

 

FEMWASH (FEMININE HYGIENIC WASH)

Pembersih wanita yang dirumus khas dari khazanah herba hutan negara dikeluarkan di dalam bentuk moden. Gunakan bila-bila masa terutama semasa dalam keadaan haid. Botol foam pump yang kecil senang dibawa di dalam beg tangan ke mana sahaja.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM10.00
SABAH & SARAWAK: RM12.00

NILAI MATA (NM): 2

PRODUK TERBARU: OLIVE E FOAMING CLEANSER & OLIVE E LOTION:

 

 

 

 

 


1. OLIVE E FOAMING CLEANSER

Kulit yang licin dan tanpa jerawat perlu dibersihkan 2-3 kali sehari. Pembersih Muka Olive E mengandungi ekstrak daun zaitun dan Vitamin E yang mengandungi anti oksidan yang tinggi untuk membersihkan kulit tanpa mengeringkannya. Teknologi Foam Pump menjimatkan penggunaan dan senang dibawa ke mana sahaja.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM10.00
SABAH & SARAWAK: RM12.00

NILAI MATA (NM): 2

2. OLIVE E LOTION

Kulit yang kering lebih cepat berkedut dan matang sebelum usianya. Gunakan Losyen Olive E yang menggunakan Extra Virgin Olive Oil HPA dan Vitamin E untuk memberikan kelembapan dan melambatkan proses penuaan. Boleh digunakan pada muka dan seluruh badan.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM9.00
SABAH & SARAWAK: RM11.00

NILAI MATA (NM): 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi:

KUALA LUMPUR 15 Jun – Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya. Mereka juga dikehendakki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya. (KLIK)

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm)