PRODUK TERBARU: TEH HIJAU

Posted: June 28, 2011 in PRODUK MINUMAN

 

 

 

PRODUK TERBARU: TEH HIJAU

 


Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Di antara kelebihan-kelebihan Teh Hijau ialah;

  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Anti oksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Agen untuk menguruskan badan


Nutrien Teh Hijau

Kebaikan teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam tetapi ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau.

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.


Lembutkan kulit

Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.

Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.


Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.


Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.


Awet muda

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.


Menurunkan berat badan

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.

1 kotak Teh Hijau HPA mengandungi 20 uncang.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM13.00
SABAH & SARAWAK: RM15.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM15.00
SABAH & SARAWAK: RM18.00

NILAI MATA (NM): 4

Comments
  1. aiman says:

    nak tanya….saya nak ubat untuk kencing manis,darah tinggi, sakit jantung, kolestrol….
    teh jenis mana yang sesuai untuk itu? dan bagaimana kah caranya untuk saya membuat pembelian?

    • hanimuddin says:

      TERAPI HERBA KENCING MANIS: INER G, TEH TROPIKA & HABBATUSSAUDA.
      TERAPI HERBA DARAH TINGGI: KAPSUL SIRIH, PELAWAS & TEH HERBA
      TERAPI HERBA JANTUNG: VCO, MINYAK ZAITUN, CUKA NIPAH, TEH HERBA, OMEGA 3 SOFTGEL & HERBA REBUSAN (DIAMBIL JIKA TELAH DISAHKAN DOKTOR ADA PENYAKIT JANTUNG)
      TERAPI HERBA KOLESTROL: MINYAK ZAITUN, TEH HERBA, OMEGA 3 SOFTGEL

      BAGI KOMBINASI PENYAKIT-PENYAKIT DI ATAS, MENCUKUPI JIKA MENGAMBIL HERBA INER G, HABBATUSSAUDA, KAPSUL SIRIH, HERBA PELAWAS, MINYAK ZAITUN, VCO, TEH HERBA & OMEGA 3 SOFTGEL ATAU OMEGA GOLD

      PRODUK BOLEH DIDAPATI DI CAWANGAN HPA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s