KILANG KOPI RADIX BARU

Posted: July 1, 2011 in Aktiviti, Berita, HPA News

KILANG KOPI RADIX BARU:

Rabu 6hb. Julai 2011 pada jam 3.00 petang, sebuah lagi kilang automatik Kopi Radix akan dirasmikan oleh Pengarah Urusan bersama para PJS dari seluruh Malaysia dan Indonesia di kawasan MIEL Jejawi Sematang, Arau, Perlis. Semua pengedar dan orang ramai boleh menghadirinya bagi menyaksikan upacara perasmian ini.

Sebelum ini, sebuah kilang yang memuatkan 10 mesin automatik telah pun beroperasi sejak 2 tahun lalu tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang semakin tinggi sehingga payah hendak mendapatkan bekalan di cawangan sejak 6 bulan kebelakangan ini kerana ianya telah pun ditempah lebih awal oleh para Agen Stok yang terdiri dari para pengedar HPA di seluruh Malaysia.

Akhirnya dengan kekuatan modal yang sedikit ditambah dengan kesabaran dan semangat juang yang tinggi di kalangan pengedar selama 6 bulan, dapat juga disiapkan sebuah lagi kilang yang mempunyai 10 mesin automatik yang boleh mengeluarkan 400,000 sachet sekali pusingan (10 mesin x 40,000) per hari bekerja (dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 ptg). Jika dilakukan 2 shift sudah tentu pengeluarannya menjadi 800,000 sachet sehari (40,000 kopi papan).

Ini bererti mulai bulan Julai ini pengeluaran kopi radix adalah 3 kali ganda dari yang sebelumnya. Untuk peringkat awal, semua cawangan yang telah dijadikan Stesyen Utama akan dibekalkan kopi radix dengan secukupnya.

MAJLIS AKU JANJI PJS MALAYSIA & INDONESIA pula akan diadakan pada hari yang sama di sebelah pagi di Dewan Amir Ramadhan, Kompleks Al Wahida di Jalan Jejawi Dalam, Arau, Perlis. Oleh itu sebagai ingatan kepada semua para PJS walaupun telah dimaklumkan melalui sms oleh Presiden dan SU KPA agar dapat menghadirkan diri lebih awal kerana penginapan disediakan oleh pihak urusetia di Jejawi. Sila laporkan kehadiran yang memerlukan penginapan kepada En Kamal Ismail Penolong Pengurus Pemasaran AWM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s