Archive for August, 2011

BINGKISAN HARI RAYA: TUAN HJ. ISMAIL BIN AHMAD (PENGARAH URUSAN HPA GROUP OF COMPANIES):

Perutusan  Hari Raya  untuk semua warga HPA.

Salam Aidil  Fitri  untuk semua warga HPA di mana sahaja kita berada semoga diampuni Allah dunia dan akhirat. Sesungguhnya perjuangan kita adalah jihad yang memerlukan karamah “istiqamah” . Kerja kerja  menyedarkan manusia agar kembali kepada produk halal bukanlah sekadar laungan atau tulisan di dalam media tetapi yang lebih penting mengadakan produk altenatif. Kita perlu kemahiran dan industri dan kita memerlukan rangkaian serta kesedaran. Bila keempat faktor ini bertemu barulah dinamakan altenatif ataupun pilihan kepada umat Islam.

Syukur kepada Allah swt kerana pada tahun ini  kita mampu mengeluarkan ayam yang mencukupi untuk sebulan  Ramadhan dibandingkan dengan tahun yang lepas sekurang kurangnya untuk  mencukupi keperluan   warga HPA yang “komited”. Ini membuktikan betapa kita bersungguh untuk menyediakan produk yang halal kepada umat Islam. Selain dari itu produk produk kegunaan harian juga kini memenuhi kembali premis kita yang ada. Apapun Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.

Saya juga berterima kasih kepada semua kelab yang menyediakan program pertemuan dan majlis berbuka puasa bersama. Kita sempat mengadakan program di Sungai Petani,Kelantan,HPAIC dan juga Melaka, merangkumi semua zon tidak termasuk zon Borneo. Selepas ESP musim kedua sudah tentu semua warga dan pejuang produk halal HPA sedang siap siaga untuk menanti apakah perancangan syarikat untuk bangkit semula selepas bulan Ramadhan ini.

Sedah semestinya kita perlu bangun segera untuk memenafaatkan pasaran yang ada secepat yang boleh. Pihak syarikat komited untuk mencukupkan kembali produk yang langka di pasaran seperti kopi radix pek jambo,kopi diet,kopi O dan koko radix disamping sinergi herba yang telah berada disemua cawangan. Bentuk  pek ekonomi akan dikeluarkan khususnya untuk Memjdahkan  pengedar mengusai kembali pasaran disamping iklan berbentuk poster dan media eletronik.

Program esp akan masuk era ketiga dengan bengkel kemahiran kejurujualan serta penguasaan seni pengubatan jawi dan  dijangka akan menjadi laluan hijau di pasaran terbuka.

“Kita jangan terlalu banyak berfikir tentang persaingan kerana ia tidak akan habis sampai hari kiamat tetapi mereka yang telah berjaya mengusai pasaran ialah mereka yang sedia diberi latihan sampai hari kiamat”

Penumpuan HPA untuk melahirkan usahawan seramai 50,000 orang  tidak akan menjadi mustahil apabila kita dapat menubuhkan kelab Kepengunaan & Keusahawan (K&K)HPA di semua menara gading . Bagitu juga kelab ini akan diujudkan disemua tempat di negara kita. Paling minima ahli kelab akan menjadi pengguna dan jika mereka mampu kita akan dorong agar mereka menjadi usahawan mlms HPA yang sukses sesuai dengan cita-cita negara.

Kita bukan memandang kejayaan timur atau kejayaan barat sebagai ukuran tetapi jika negara mahu menjadi sebuah negara maju,jalan yang paling mudah ialah melahirkan usahawan. Program tranfomasi dari takok lama kepada era baru memerlukan proses penyalinan kulit luar dan dalam,cara fikir dan lebih penting cara melihat sesebuah perubahan. Perubahan mestilah berlaku atas perubahan nilai modal  Insan bukannya atas nilai kebendaan dan kerakusan. Proses menyalin slogan berjaya dan bersatu tidak akan berlaku selagi wajah tidak fokus kepada gerakerja bersepadu.

Saya mengambil kesempatan ini bagi memohon maaf atas sedikit permasalah pengedaran bonus yang sepatutnya lebih cepat terutamanya pada musim perayaan ini tetapi inilah dia yang bernama Lukisan alam  yang tidak selalunya indah seperti yang kita kehendaki. Teguhlah anda berdiri disisi mana kita berada kerana kesetiaan itulah detik manis untuk diingati ketika musim bunga nanti.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari team pengurusan kepada semua warga kerja HPA dan pengedar yang berada di seluruh Nusantara ini dengan ucapan “Kita akan bangkit dengan keupayaan yang tidak mampu dijangka kawan dan lawan”.

“Produk Halal Tanggungjawab bersama”. Allahuakbar.

(http://jawiherbshop.blogspot.com/2011/08/bingkisan-hari-raya.html)

Advertisements

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H:

KAMI MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI 1432H KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI DAN KEPADA PENTADBIRAN HPA SERTA KEPIMPINAN DAN PENGEDAR-PENGEDAR HPA DI SELURUH NEGARA DAN DUNIA.

SEMOGA KITA BERJAYA MEMANFAATKAN RAMADHAN YANG BARU BERLALU DAN DENGAN HARI KEMENANGAN INI AKAN MEMBAWA HPA TERUS MAJU DAN BERJAYA, INSYAALLAH.

[CAWANGAN-CAWANGAN HPA AKAN DITUTUP SELAMA DUA (2) HARI IAITU PADA 1 DAN 2 SYAWAL 1432H]

SYAHADAH TV1 – 25 OGOS 2011 – HPA:

DOKUMENTARI SYAHADAH DI TV1 JAM 6.30 PETANG 25 OGOS 2011 MENDOKUMENKAN TENTANG SYARIKAT HPA.

KLIK UNTUK MENONTON.

PERUBAHAN NILAI MATA – 26/8/2011:

MULAI DARIPADA 26 OGOS 2011, KENAIKAN NILAI MATA (NM) BAGI PRODUK-PRODUK YANG TERSENARAI DI BAWAH DARIPADA 9NM KEPADA 10NM.

KOPI BERACUN

Posted: August 23, 2011 in Berita, Kesihatan, PRODUK MINUMAN

Kopi beracun
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
Berita Harian, Isnin, 15/08/2011

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Vardenafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Penggunaan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Verdabafil tanpa pengawasan doktor boleh membawa kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan.

Penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.

Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovascular atau serangan jantung.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata ada dua kategori produk minuman segera di pasaran di negara ini, iaitu produk yang asli serta selamat diminum dan minuman erotik yang sudah dicampurkan bahan kimia aktif.

“Bahan kimia ini sangat berbahaya sekiranya produk itu digunakan oleh mereka yang mempunyai sakit jantung atau buah pinggang atau mempunyai masalah lain kerana kesan sampinganya boleh membawa maut,” katanya kepada Berita Harian.

Tinjauan Berita Harian di beberapa lokasi di sini, termasuk sekitar Jalan Raja Bot, Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Abdullah mendapati kebanyakan produk terbabit yang sudah diharamkan Kementerian Kesihatan masih dijual secara terbuka.

Kebanyakan produk itu didapati dijual warga asing yang tidak mengetahui kesan langsung penggunaannya.

Mazlan berkata, minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga RM1 hinggan RM 1.50 sepaket.

“Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli atau menggunakan produk yang dicampuri bahan racun berjadual itu kerana ia boleh membawa maut,” katanya.

Mazlan berkata, di Malaysia, penggunaan Sildenafil, Tadalafil dan Verdanafil biasa digunakan bagi rawatan mati pucuk bagi lelaki yang sudah mendapatkan pengesahan doktor bertauliah, namun dewasa ini penggunaannya disalahgunakan untuk kepuasan seks yang melampau.

“Sifat bahan terbabit yang aktif dan berkesan dieksploitasi golongan pencari keuntungan yang tidak beretika serta tidak menghiraukan kesan buruknya terhadap individu dan masyarakat,” katanya.

Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah;

  1. Café Abang Yes
  2. Candi Gold
  3. Candy 193
  4. Extend Up Energy Drink
  5. Extremen
  6. Extrewomen
  7. Goji Guarana
  8. Goji Guarana Extra
  9. Goji More
  10. Goji Yumberry
  11. Guara Café
  12. HBW Ice Lemon Tea
  13. Hotton Vitality Candy
  14. Ie2 O
  15. King Cappucino
  16. Knight Cofee
  17. Kolek Café Power Plus
  18. Kopi Angguk
  19. Kopi Asmara
  20. Kopi Bagus AAA
  21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
  22. Kopi Pahlawan
  23. Kopi Super Angguk
  24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  25. Maca Max
  26. Macagin Ginseng Candy
  27. Mentalk Candy
  28. Nexus MXP
  29. Night Café
  30. Red Energizer Candy for Men
  31. Royal Beverage Maqrifatun
  32. Sasanergy Drink
  33. Trica Jus
  34. Tri-Max
  35. True SR
  36. Vigor Candy
  37. Vitca-F
  38. Vitca-M
  39. Winnie Beauty V1
  40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
MYRADIX: ADAKAH KOPI KEGEMARAN ANDA TERSENARAI DI ATAS? JIKA YA, MARILAH KITA MENGGUNAKAN DAN MINUM KOPI RADIX.

KOPI RADIX

RADIX DIET

1. Kotak kecil: 15 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM16.00
Sabah & Sarawak: RM18.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM18.00
Sabah & Sarawak: RM20.00

Nilai Mata (NM): 5


2. Kotak Jumbo: 32 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM30.00
Sabah & Sarawak: RM32.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM34.00
Sabah & Sarawak: RM36.00

Nilai Mata (NM): 10


3. Kopi berbentuk papan: 20 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM20.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM23.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Nilai Mata (NM): 6

20hb. Ogos 2011: BESP Senergi Herba Dan Kursus Agen Stok Zon Tengah telah berjaya dilangsung di HPAIC Shah Alam, Selangor dengan kehadiran peserta seramai 150 orang. Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad telah menyampaikan sendiri ilmu-ilmu herba Perubatan Jawi. Turut hadir PJM Hafidzan Faudzi (Presiden KPA), PJM Cikgu Murad Abu Bakar (Presiden Perjawi), Puan Zaimah Ismail (AGM Zon Tengah) serta Pengurus Cawangan Utama HPA. Selanjutnya.

Klik untuk melihat gambar.

SEMBELIHAN 60,000 EKOR AYAM DI JOHOR DIRAGUI:

Pegawai-Pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan agensi penguatkuasaan memeriksa ayam yang telah disembelih dalam operasi penyalahgunaan logo halal di Pontian, semalam.

PONTIAN 19 Ogos – Operasi bersepadu pihak berkuasa ke atas tiga buah pusat pemprosesan ayam mendapati dua daripadanya melakukan aktiviti penyembelihan yang tidak menepati syarak serta menggunakan logo halal yang tamat tempoh sejak empat tahun lalu.

Serbuan oleh Pejabat Kadi daerah Pontian, Pejabat Kesihatan Pontian, Jabatan Alam Sekitar negeri serta Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri itu dilakukan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 4 pagi, melibatkan dua pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas dan sebuah lagi di bandar Pontian.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Halal Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, serbuan dibuat kerana timbul keraguan terhadap status halal kira-kira 60,000 ayam segar di pasaran sekitar negeri daripada 200,000 yang dikeluarkan setiap hari, berikutan pelanggaran piawaian JAIJ.

“Dalam serbuan tersebut, pihak PPDNKKK negeri mengambil tindakan menyita bilik sejuk premis terbabit dan akan membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Kita bimbang sekiranya aktiviti seperti ini dibiarkan, ayam yang diragui statusnya ini akan terus dijual kepada restoran dan pengguna beragama Islam di negeri ini apatah lagi menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut sama menyertai operasi tersebut ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok.

Jelasnya, ramai peniaga kecil-kecilan mengambil kesempatan mengaut untung dengan menggunakan plastik pembungkus memaparkan logo halal tamat tempoh untuk mengaburi mata pengguna sedangkan JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal.

Kata Samsudin lagi, penguatkuasaan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 pada tahun depan akan mengenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan maksimum RM10 juta untuk kesalahan kedua jika didapati bersalah menipu sijil halal. (UTUSAN ONLINE 19/8/2011).

MYRADIX: ISU PENYEMBELIHAN AYAM YANG DIRAGUI INI SEBENARNYA TELAH LAMA BERLAKU DAN MENJADI ISU NASIONAL DI MALAYSIA. SALAH SATU USAHA HPA DI DALAM MENANGANI MASALAH INI IALAH MEMBUAT PENTERNAKAN AYAM ORGANIK. IA BUKAN SAHAJA DITERNAK SECARA ORGANIK BAHKAN PENYEMBELIHANNYA MENEPATI KAEDAH ISLAM, INSYAALLAH. MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MENGGUNAKAN AYAM ORGANIK HPA.


AYAM ORGANIK HPA (BERAT ><1.5 KG)

HARGA PENGEDAR HPA: RM18.50
HARGA PENGGUNA: RM20.50

NILAI MATA: 2