KESAN DNA BABI DALAM SOSEJ PULUT & KEPINGAN AYAM

Posted: August 3, 2011 in Berita

KESAN DNA BABI DALAM SOSEJ PULUT & KEPINGAN AYAM:

KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

TIDAK HALAL - SOSEJ PULUT DAN KEPINGAN AYAM TANPA JENAMA YANG DIIMPORT DARI THAILAND

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Inilah jadinya apabila umat islam yang menjual dan yang membeli tidak langsung prihatin dan sensitif tentang halal haram. Produk-produk seumpama ini boleh didapati oleh penjual secara pukal dengan harga yang murah yang sebahagian besarnya diimport dari Negara Thailand.
Comments
  1. eli says:

    Kenapa pihak yang berkenaaan tak ambil tindakan awal? Saya dah belajar di Perlis sejak 2009. Sosej dan kepingan ayam dah lama wujud. Tak boleh salahkan orang ramai juga. Semua pihak salah.

    • hanimuddin says:

      PADA PENDAPAT KAMI, PIHAK PENGUATKUASAAN DI DALAM HAL INI SANGAT KECIL BILANGANNYA DAN MEREKA BERGANTUNG KPD ADUAN ORG RAMAI SERTA SIASATAN SENDIRI. KITA SEBAGAI PENGGUNA HENDAKLAH JANGAN HANYA SEMATA-MATA BERGANTUNG KPD PIHAK BERKUASA TETAPI PARA PENGGUNA SENDIRI HENDAKLAH MENJADI PENGUATKUASA UTK DIRI SENDIRI DI DALAM ISU-ISU HALAL HARAM INI. KITA PERLU SENSITIF DAN PRIHATIN TENTANG HALAL HARAM PEMAKANAN, DARIPADA MANA SUMBERNYA, DIIMPORT DARI MANA, SIAPA PENGELUARNYA, HARGANYA DAN SEBAGAINYA. INSYAALLAH SELAMAT.

  2. aku dah belajaq 2 tahun dah dok beli tiap-tiap 2 minggu, arghh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s