SPIRULINA SEMASA BERPUASA

Posted: August 10, 2011 in PRODUK KAPSUL & SOFTGEL, RAMADHAN/PUASA

SPIRULINA SEMASA BERPUASA SESUAI UNTUK SEMUA:

SPIRULINA HPA

Semasa kita berpuasa kita masih perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Kita perlu mengekalkan kecergasan fizikal selain memerlukan tahap kewaspadaan dan kemampuan berfikir yang optimum untuk meneruskan kerja-kerja harian.

Bagi anak-anak yang berpuasa, yang berada di bangku sekolah atau sedang belajar, kecerdasan mental dan fizikal sangat penting untuk membolehkan mereka menumpukan kepada pelajaran atau aktiviti luar.

Pengambilan spirulina telah memberi manfaat kepada berjuta orang sejak berabad lamanya. Apabila merujuk sejarahnya, spirulina yang tergolong dalam katogeri alga hijau kebiruan ini menyimpan kekayaan zat yang sukar ditandingi oleh makanan semula jadi lain yang membolehkannya kekal mendapat gelaran ‘super food’. Spirulina merupakan sumber protein yang unggul, beta karoten, vitamin B, mineral, klorofil dan enzim. Ia turut mengandungi asid gama linolenik (GLA) serta merupakan antara sumber zat besi semula jadi terbaik bersama dengan mineral-mineral penting lain seperti kalsium, magnesium dan zink.

Mereka yang berpuasa tentunya boleh memperolehi manfaat dengan pengambilan spirulina. Apabila berpuasa, terutamanya bagi mereka yang tidak mengamalkan pengambilan diet seimbang, kekurangan pengambilan makanan boleh menyebabkan daya konsentrasi yang lemah serta kekurangan sesetengah zat. Spirulina yang diambil semasa bersahur boleh membantu mereka yang berpuasa lebih bertenaga sepanjang hari untuk mengekalkan ketahanan dan prestasi waktu siang hari.

Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti tahap kolesterol yang tinggi serta berlebihan berat badan, bulan puasa merupakan kesempatan yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja demi membaiki masalah kesihatan. Spirulina turut disarankan pengambilannya di kalangan mereka yang ingin mengawal berat badan. Kekurangan pengambilan makanan boleh menyumbang kepada keletihan mental dan fizikal. Dengan itu, pengambilan bukan sahaja boleh membantu menampung kekurangan nutrien tertentu yang penting untuk kesejahteraan tubuh, tetapi dalam masa yang sama membantu mempertingkatkan proses detoksifikasi tubuh.


Spirulina Untuk Warga Tua:

Kebanyakan daripada mereka tidak dapat menyerap sepenuhnya nutrien penting dalam makanan harian. Spirulina yang tiada dinding sel lebih mudah diserap oleh badan.

Spirulina Untuk Golongan Bekerja:

Golongan ini biasanya kurang mendapat hidangan makanan seimbang dan berkhasiat akibat kesibukan masa.

Spirulina Untuk Kanak-kanak:

Spirulina kaya dengan sumber protein serta nutiren sangat sesuai untuk tenaga dan pembesaran kanak-kanak.

Spirulina Untuk Mereka Yang Dalam Pemulihan:

Spirulina membantu memperbaiki sel dan mempercepat proses pemulihan.

Spirulina Untuk Aktiviti Fizikal:

Spirulina membantu membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal.

Serbuk spirulina dalam kapsul boleh dicampurkan ke dalam jus buah-buahan segar atau ke dalam hidangan snek keluarga seperti sandwich, kraker yang diubah suai mahupun hidangan masakan yang lain. Manakala memilih spirulina yang diiktiraf organik pula turut memberi kelebihan, di mana ia diproses secara minimum dan tidak menggunakan baja kimia berbahaya. (UTUSAN ONLINE 7/8/11)

PILIH DAN GUNAKAN SPIRULINA HPA YANG HALAL, SUCI DAN ORGANIK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s