GAMBAR HIDANGAN DAGING BABI DALAM ARTIKEL JUADAH RAMADHAN AKHBAR THE STAR

Posted: August 12, 2011 in Berita

GAMBAR HIDANGAN DAGING BABI DALAM ARTIKEL JUADAH RAMADHAN AKHBAR THE STAR:

SATU LAGI PENGHINAAN TERHADAP ISLAM DAN BULAN RAMADHAN YANG DILAKUKAN OLEH AKHBAR THE STAR TERBITAN 11/8/2011.

Gambar hidangan khinzir atau babi disiar dalam ruang artikel juadah ramadan akhbar the star. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit. “Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya.

Beliau berkata, akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s