KOWAHIDA UMUM DIVIDEN 10% OPERASI TAHUN KEWANGAN 2010

Posted: August 13, 2011 in KoWAHIDA

KOWAHIDA UMUM DIVIDEN 10% OPERASI TAHUN KEWANGAN 2010:

Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) bertempat di HPAIC pada 6 Ogos 2011 yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai hampir 50 orang perwakilan hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA Bhd., seluruh Malaysia yang dibahagikan kepada wakil-wakil zon masing-masing.

Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh En. Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Perlis. Di dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa KOWAHIDA adalah dalam senarai koperasi terbaik di Negeri Perlis dan mengucapkan tahniah kepada KOWAHIDA kerana telah dianugerahkan Koperasi Tunas Cemerlang pada Hari Koperasi Negara di Putrajaya baru baru ini.

Di samping itu juga Pengerusi KOWAHIDA, En. Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek-projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada anggota, insyaAllah.

Pada Mesyuarat tersebut Ahli Lembaga dan Pewakilan KOWAHIDA bersetuju mengisytiharkan dividen sebanyak 10% bagi modal saham berakhir 2010 kepada anggota yang layak.

Barisan baru ALK (Ahli Lembaga Koperasi) juga telah dilantik dalam mesyuarat tersebut, dua orang ALK yang lama telah digugurkan iaitu En. Ismail bin Othman dan Pn. Nor Haida binti Rameli.

ALK baru yang dilantik bagi mengantikan ALK yang digugurkan adalah En. Harryzan Bin Yaakub dan En. Zambri Bin Abd Aziz. Barisan baru Ahli Lembaga ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakkan koperasi ke arah cita-cita besar anggota dan salah satunya adalah koperasi menuju ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.

LANTIKAN BARU BARISAN AHLI LEMBAGA KOPERASI 2011/2012:

  1. Mohammad Faisol Bin Abd Rahman (Pengerusi)
  2. Azizan Bin Ahmad (Setiausaha)
  3. Mohd Rosli Bin Abu Bakar (Bendahari) – Lantikan Semula
  4. Hafidzan Bin Faudzi
  5. Fisal Bin Ahmad Tajuddin
  6. Abdul Ghani Bin Hussein
  7. Ramly Bin Ahmad
  8. Rashidah Bt. Abd Rahim
  9. Siti Zawiah Bt. Abd Rahman
  10. Zaharah Bt. Yusoff
  11. Nor Bee Bt. Ramli
  12. Zambri Bin Othman – Lantikan Semula
  13. Faezah Bt. Daud – Lantikan Semula
  14. Harryzan Bin Yaakub – Lantikan Baru
  15. Zambri Bin Abd Aziz – Lantikan Baru

Akhirnya KOWAHIDA telah mengisytiharkan dividen bagi tahun kewangan 2010 sebanyak 10 PERATUS pada 6 Ogos 2011 dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke 5 yang diadakan di HPAIC Shah Alam.

Anggota yang layak mendapat agihan Dividen ini adalah anggota yang melabur sebelum 3o Jun 2010.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s