LAGI ISU MENGENAI PRODUK GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER

Posted: August 16, 2011 in Berita

LAGI ISU MENGENAI PRODUK GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER:

KALAU SEBELUM INI IAITU PADA 28/7/2011, MAJLIS ISLAM SARAWAK TELAH MENGESAHKAN BAHAWA PRODUK INI ADALAH TIDAK HALAL DI SARAWAK TETAPI JAKIM PADA 15/8/2011 TELAH MENGESAHKAN BAHAWA PRODUK GOLDEN CHURN CREAMY BUTTER YANG DIJUAL DI SELURUH MALAYSIA ADALAH TIDAK HALAL. BERIKUT ADALAH PETIKAN BERITA BERNAMA BERKENAAN ISU INI;

Pure Creamery Butter-Golden Churn tidak halal – Jakim

15/08/2011 4:05pm

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu, umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. —Bernama

Mentega Golden Churn Pure Creamery Butter tidak halal

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Orang Islam di negara ini diingatkan agar tidak menggunakan mentega berjenama Golden Churn Pure Creamery Butter selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan produk berkenaan tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan memutuskan bahawa produk keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY dari New Zealand itu tidak halal.

“Ini berikutan laporan analisis yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai lalu menunjukkan terdapat Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan dan ia disahkan oleh JKM sendiri.

“Keputusan ini diambil setelah mendapati produk yang terlibat, berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport oleh pihak yang berbeza dan juga diedarkan di pasaran yang berbeza,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu telah dimaklumkan kepada syarikat tersebut dan mereka bersetuju untuk menarik balik produk berkenaan dari pasaran.

Katanya, bagi pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal daripada Jakim ataupun jabatan agama Islam negeri pula yang telah menggunakan produk tersebut, diminta untuk melakukan beberapa proses tertentu.

“Pertama, mereka perlu menukarkan bahan ramuan tersebut kepada bahan ramuan lain yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf.

“Kedua, mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru dan melakukan samak dengan disaksikan oleh jabatan agama Islam negeri.

“Akhir sekali pihak berkenaan perlu mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak jabatan agama Islam negeri,” katanya.

Tambahnya, pihaknya sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur mengenai hal itu.

“Bagi mengelak sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, orang ramai diminta merujuk kepada laman web Jakim iaitu http://www.islam.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai status halal boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03-83150200.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s