SEMBELIHAN 60,000 EKOR AYAM DI JOHOR DIRAGUI

Posted: August 19, 2011 in Berita

SEMBELIHAN 60,000 EKOR AYAM DI JOHOR DIRAGUI:

Pegawai-Pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan agensi penguatkuasaan memeriksa ayam yang telah disembelih dalam operasi penyalahgunaan logo halal di Pontian, semalam.

PONTIAN 19 Ogos – Operasi bersepadu pihak berkuasa ke atas tiga buah pusat pemprosesan ayam mendapati dua daripadanya melakukan aktiviti penyembelihan yang tidak menepati syarak serta menggunakan logo halal yang tamat tempoh sejak empat tahun lalu.

Serbuan oleh Pejabat Kadi daerah Pontian, Pejabat Kesihatan Pontian, Jabatan Alam Sekitar negeri serta Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri itu dilakukan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 4 pagi, melibatkan dua pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas dan sebuah lagi di bandar Pontian.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Halal Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, serbuan dibuat kerana timbul keraguan terhadap status halal kira-kira 60,000 ayam segar di pasaran sekitar negeri daripada 200,000 yang dikeluarkan setiap hari, berikutan pelanggaran piawaian JAIJ.

“Dalam serbuan tersebut, pihak PPDNKKK negeri mengambil tindakan menyita bilik sejuk premis terbabit dan akan membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Kita bimbang sekiranya aktiviti seperti ini dibiarkan, ayam yang diragui statusnya ini akan terus dijual kepada restoran dan pengguna beragama Islam di negeri ini apatah lagi menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut sama menyertai operasi tersebut ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok.

Jelasnya, ramai peniaga kecil-kecilan mengambil kesempatan mengaut untung dengan menggunakan plastik pembungkus memaparkan logo halal tamat tempoh untuk mengaburi mata pengguna sedangkan JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal.

Kata Samsudin lagi, penguatkuasaan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 pada tahun depan akan mengenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan maksimum RM10 juta untuk kesalahan kedua jika didapati bersalah menipu sijil halal. (UTUSAN ONLINE 19/8/2011).

MYRADIX: ISU PENYEMBELIHAN AYAM YANG DIRAGUI INI SEBENARNYA TELAH LAMA BERLAKU DAN MENJADI ISU NASIONAL DI MALAYSIA. SALAH SATU USAHA HPA DI DALAM MENANGANI MASALAH INI IALAH MEMBUAT PENTERNAKAN AYAM ORGANIK. IA BUKAN SAHAJA DITERNAK SECARA ORGANIK BAHKAN PENYEMBELIHANNYA MENEPATI KAEDAH ISLAM, INSYAALLAH. MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MENGGUNAKAN AYAM ORGANIK HPA.


AYAM ORGANIK HPA (BERAT ><1.5 KG)

HARGA PENGEDAR HPA: RM18.50
HARGA PENGGUNA: RM20.50

NILAI MATA: 2

Comments
  1. […] 60,000 EKOR AYAM DI JOHOR DIRAGUI August 19, 2011hanimuddinLeave a commentGo to […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s