KOPI BERACUN

Posted: August 23, 2011 in Berita, Kesihatan, PRODUK MINUMAN

Kopi beracun
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
Berita Harian, Isnin, 15/08/2011

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Vardenafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Penggunaan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Verdabafil tanpa pengawasan doktor boleh membawa kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan.

Penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.

Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovascular atau serangan jantung.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata ada dua kategori produk minuman segera di pasaran di negara ini, iaitu produk yang asli serta selamat diminum dan minuman erotik yang sudah dicampurkan bahan kimia aktif.

“Bahan kimia ini sangat berbahaya sekiranya produk itu digunakan oleh mereka yang mempunyai sakit jantung atau buah pinggang atau mempunyai masalah lain kerana kesan sampinganya boleh membawa maut,” katanya kepada Berita Harian.

Tinjauan Berita Harian di beberapa lokasi di sini, termasuk sekitar Jalan Raja Bot, Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Abdullah mendapati kebanyakan produk terbabit yang sudah diharamkan Kementerian Kesihatan masih dijual secara terbuka.

Kebanyakan produk itu didapati dijual warga asing yang tidak mengetahui kesan langsung penggunaannya.

Mazlan berkata, minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga RM1 hinggan RM 1.50 sepaket.

“Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli atau menggunakan produk yang dicampuri bahan racun berjadual itu kerana ia boleh membawa maut,” katanya.

Mazlan berkata, di Malaysia, penggunaan Sildenafil, Tadalafil dan Verdanafil biasa digunakan bagi rawatan mati pucuk bagi lelaki yang sudah mendapatkan pengesahan doktor bertauliah, namun dewasa ini penggunaannya disalahgunakan untuk kepuasan seks yang melampau.

“Sifat bahan terbabit yang aktif dan berkesan dieksploitasi golongan pencari keuntungan yang tidak beretika serta tidak menghiraukan kesan buruknya terhadap individu dan masyarakat,” katanya.

Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah;

  1. Café Abang Yes
  2. Candi Gold
  3. Candy 193
  4. Extend Up Energy Drink
  5. Extremen
  6. Extrewomen
  7. Goji Guarana
  8. Goji Guarana Extra
  9. Goji More
  10. Goji Yumberry
  11. Guara Café
  12. HBW Ice Lemon Tea
  13. Hotton Vitality Candy
  14. Ie2 O
  15. King Cappucino
  16. Knight Cofee
  17. Kolek Café Power Plus
  18. Kopi Angguk
  19. Kopi Asmara
  20. Kopi Bagus AAA
  21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
  22. Kopi Pahlawan
  23. Kopi Super Angguk
  24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  25. Maca Max
  26. Macagin Ginseng Candy
  27. Mentalk Candy
  28. Nexus MXP
  29. Night Café
  30. Red Energizer Candy for Men
  31. Royal Beverage Maqrifatun
  32. Sasanergy Drink
  33. Trica Jus
  34. Tri-Max
  35. True SR
  36. Vigor Candy
  37. Vitca-F
  38. Vitca-M
  39. Winnie Beauty V1
  40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
MYRADIX: ADAKAH KOPI KEGEMARAN ANDA TERSENARAI DI ATAS? JIKA YA, MARILAH KITA MENGGUNAKAN DAN MINUM KOPI RADIX.

KOPI RADIX

RADIX DIET

1. Kotak kecil: 15 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM16.00
Sabah & Sarawak: RM18.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM18.00
Sabah & Sarawak: RM20.00

Nilai Mata (NM): 5


2. Kotak Jumbo: 32 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM30.00
Sabah & Sarawak: RM32.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM34.00
Sabah & Sarawak: RM36.00

Nilai Mata (NM): 10


3. Kopi berbentuk papan: 20 paket

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM20.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM23.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Nilai Mata (NM): 6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s