Archive for January, 2012

DEMAM DAN MUHASABAH:

Apabila kita demam, tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. Nikmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan daripada terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil mahu pun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang wujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.

Tatkala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah. Mata dan telinga meskipun tidak berupaya menangkap rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji Ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar tatkala tiada.

Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan, arahan atau tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesempurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah, namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.

Jika tubuhmu masih demam, teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh, teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau diberi kesakitan yang panjang, nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah. (Jawiherbshop).

KURSUS PINTA HERBA 4

Posted: January 11, 2012 in Aktiviti, Berita, HPA News

KURSUS PINTA HERBA 4:

AWM (AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD.) MENGUMUMKAN PERLANTIKAN PENGURUS BESAR YANG BARU BERKUATKUASA 1/1/2012.