Archive for February, 2012

PERASMIAN RFC (RADIX FRIED CHICKEN) DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM. SEMUA DIJEMPUT HADIR:

Advertisements

KPJ (KULIAH PERUBATAN JAWI) KHAS 22/2/2012:

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

SPIRULINA UNTUK SEMUA:

KOLAM PENTERNAKAN SPIRULINA HPA

SPIRULINA HPA (KAPSUL)

SOALAN: “Saya ingin mencuba produk spirulina sebagai suplemen harian saya. Ia dicadangkan oleh rakan memandangkan beliau telah mengamalkan pengambilan spirulina sejak sekian lama dan ternyata bermanfaat. Soalan saya, adakah spirulina hanya untuk golongan tertentu dan apakah kandungan zat pemakanannya”?

JAWAPAN:

Spirulina merupakan makanan lengkap, bermanfaat untuk warga tua yang bermasalah dalam asimilasi dan ianya juga merupakan sumber tenaga, protein dan mineral untuk atlet, vegetarian serta mereka yang sibuk bekerja.

Spirulina merupakan alga hijau kebiruan yang kaya dengan pigmen, vitamin, mineral, protein dan enzim yang ideal untuk semua.

Ia mengandungi protein sekitar 60 peratus yang penting untuk mengekalkan proses kimia dalam tubuh, termasuk pembaikan sel.

Ia juga membekalkan tenaga dan ini menjadikannya sesuai sebagai amalan harian terutamanya semasa berpuasa, untuk menangani keletihan. Pengambilannya semasa bersahur merupakan pilihan yang baik.

Atlet, mereka yang bekerja dan vegetarian memperoleh manfaat daripada vitamin B dan mineral seperti zat besi dan kalsium dalam spirulina. Nutrien-nutrien ini berperanan penting dalam metabolisme tenaga, aktiviti normal enzim, tulang dan kesihatan saraf serta pengecutan dan pengenduran otot.

Dinding sel spirulina juga lembut dan mudah dihadam. Maka, tidak hairanlah warga tua yang bermasalah untuk menyerap, asimilasi dan mengguna nutrien akan memperoleh manfaat daripada pengambilan spirulina. Malah, pengambilannya juga dicadangkan kepada kanak- kanak, terutamanya yang tidak menggemari sayur-sayuran.

Spirulina yang dihasilkan secara organik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa seharusnya dijadikan pilihan kerana pemprosesan yang minima dan tanpa rawatan kimia. Suplemen organik ini juga kaya dengan nutrien antioksida. Ia meningkatkan detoksifikasi dan menguatkan sistem imun.

Spirulina yang berbentuk kapsul juga mempunyai kelebihan tersendiri, di mana serbuknya boleh diambil untuk digabungkan ke dalam resipi yang menyihatkan seperti sup, jus buah-buahan, sandwich dan pelbagai menu masakan. (UM Online)

PENGURUSAN DEMAM & TERAPI HERBA:

Demam panas yang tinggi menyebabkan berlakunya hidrasi (kering air) dalam tubuh. Bagi kes yang serius akan berlaku kekejangan yang dikenali sebagai “epilepsi” ataupun sawan. Pengurusan demam ialah segala usaha yang dilakukan untuk mengatasinya melalui kaedah Perubatan Jawi.

Kita telah mengumpulkan pelbagai teknik pengurusan yang lebih cepat daripada penggunaan ubatan kimia dan ubatan kimia juga bukanlah jalan yang terbaik untuk tujuan ini. Selain daripada organ anak yang masih lemah terutamanya ginjal, kandungan aluminium hidroksida dalam ubatan kimia juga menjadi pengancam kehidupan masa hadapan.

Amalan yang terbaik:

  1. Mandi selepas waktu Isyak hingga merasa benar-benar sejuk.
  2. Mandi pada waktu subuh.
  3. Menjaram dengan daun bunga cina.
  4. Menyapu dahi dengan bunga melur.

Herba yang digunakan:

  1. Teh untuk imuniti (Daun bidara)
  2. IMT Drink
  3. Kapsul IMT
  4. Kopi Radix dan Madu Lebah Asli
  5. Teh Hirta (batuk dan kahak)
  6. Air kelapa
  7. RTD Asam Jawa
  8. Teh Roselle / Kapsul Roselle

Buah-buahan yang pantang diambil :

  1. Buah rambutan
  2. Buah durian
  3. Buah tembikai

Demam denggi:

  1. Teh Denggi.

Kebiasaannya sekali minum sahaja platlet di dalam darah akan terus naik dan tiga gelas sahaja sudah berlaku kesembuhan. Ini dapat dibuktikan dengan testimoni yang datang dari masa ke semasa. InsyaAllah. (Jawimedherbs)

KURSUS PINTAR HERBA 5

Posted: February 14, 2012 in Aktiviti, Berita, HPA News

KURSUS PINTAR HERBA 5 DI PERLIS PADA 18 & 19HB. FEBRUARI, 2012:

Di antara modul yang akan disampaikan ialah berkenaan tulang, cara perawatan dan testimoni berkenaan masalah tulang.

Rebut peluang untuk mendapatkan ilmu perawatan dengan bayaran yuran yang sangat rendah iaitu hanya RM90.00 (termasuk penginapan, makan/minum & sijil).

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hafiz di 019-4749717. Tempat terhad. Daftar segera. Hebahkan kepada rakan-rakan anda.

6 Februari 2012 – RADIX Fried Chicken Sdn Bhd (RFC), syarikat yang memperkenalkan restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik terus melebarkan empayarnya di seluruh Malaysia apabila memperuntukkan kira-kira RM3.6 juta bagi membuka enam lagi cawangan RFC.

Pengurus Operasinya, Ramlee Alang Ismail berkata, setakat ini pihaknya mempunyai 10 cawangan yang semuanya di negeri sebelah utara Malaysia dan kali ini pihaknya ingin meluaskan lagi rangkaiannya di Lembah Klang dan negeri lain di Semenanjung berikutan permintaan daripada pengguna.

Katanya, antara lokasi baru cawangan RFC adalah di Seksyen 7, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuantan, Bangi dan Sungai Ara (Pulau Pinang) yang masing-masing bakal dibuka pada Februari sehingga April ini.

“Sejak RFC dibuka di Sungai Petani, Kedah pada 2008 kami menerima sambutan positif daripada orang ramai kerana RFC satu-satunya makanan segera yang menggunakan produk organik apabila dihasilkan dan diternak sendiri pihak kami bagi memastikan kualiti serta halal toyibban.

“Selain itu, permintaan untuk francais juga menggalakkan dan kami dalam proses mendapatkan lesen francais, malah ia diputuskan pada Mac atau April ini,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, bagi membuka satu cawangan RFC modal dianggarkan serendah RM600,000 namun ia bergantung pada saiz serta lokasi cawangan berkenaan dibuka dan kami memang memberi peluang kepada Bumiputera menjadi usahawan bersama RFC.

Ramlee berkata, pihaknya juga mempelbagaikan lagi menu di RFC dengan menambah nasi beriani, bubur dan sate kebab yang menggunakan ayam organik dengan harga hidangan dari RM7 hingga RM9.

Beliau berkata, pihaknya juga menyasar meningkatkan jualan RFC antara 25 dan 30 peratus tahun ini selain memberi tumpuan pada pasaran di Semenanjung sebelum menembusi pasaran Sabah dan Sarawak seterusnya ke peringkat global.

“Pada Mac ini juga kami membentuk pasukan jualan dan acara RFC apabila mereka bergerak ke sekolah, universiti dan setiap acara bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai hidangan RFC. Ini secara tidak langsung memperkenalkan lagi RFC kepada umum.

“Paling penting kami mahu RFC menjadi jenama makanan segera yang menggunakan produk organik dan halal yang mampu memberi kesihatan selain dapat bersaing di pasaran. Kami juga sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my