RFC AKAN TAMBAH 6 CAWANGAN LAGI

Posted: February 14, 2012 in Berita, HPA News, RESTOREN-RESTOREN HPA

6 Februari 2012 – RADIX Fried Chicken Sdn Bhd (RFC), syarikat yang memperkenalkan restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik terus melebarkan empayarnya di seluruh Malaysia apabila memperuntukkan kira-kira RM3.6 juta bagi membuka enam lagi cawangan RFC.

Pengurus Operasinya, Ramlee Alang Ismail berkata, setakat ini pihaknya mempunyai 10 cawangan yang semuanya di negeri sebelah utara Malaysia dan kali ini pihaknya ingin meluaskan lagi rangkaiannya di Lembah Klang dan negeri lain di Semenanjung berikutan permintaan daripada pengguna.

Katanya, antara lokasi baru cawangan RFC adalah di Seksyen 7, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuantan, Bangi dan Sungai Ara (Pulau Pinang) yang masing-masing bakal dibuka pada Februari sehingga April ini.

“Sejak RFC dibuka di Sungai Petani, Kedah pada 2008 kami menerima sambutan positif daripada orang ramai kerana RFC satu-satunya makanan segera yang menggunakan produk organik apabila dihasilkan dan diternak sendiri pihak kami bagi memastikan kualiti serta halal toyibban.

“Selain itu, permintaan untuk francais juga menggalakkan dan kami dalam proses mendapatkan lesen francais, malah ia diputuskan pada Mac atau April ini,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, bagi membuka satu cawangan RFC modal dianggarkan serendah RM600,000 namun ia bergantung pada saiz serta lokasi cawangan berkenaan dibuka dan kami memang memberi peluang kepada Bumiputera menjadi usahawan bersama RFC.

Ramlee berkata, pihaknya juga mempelbagaikan lagi menu di RFC dengan menambah nasi beriani, bubur dan sate kebab yang menggunakan ayam organik dengan harga hidangan dari RM7 hingga RM9.

Beliau berkata, pihaknya juga menyasar meningkatkan jualan RFC antara 25 dan 30 peratus tahun ini selain memberi tumpuan pada pasaran di Semenanjung sebelum menembusi pasaran Sabah dan Sarawak seterusnya ke peringkat global.

“Pada Mac ini juga kami membentuk pasukan jualan dan acara RFC apabila mereka bergerak ke sekolah, universiti dan setiap acara bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai hidangan RFC. Ini secara tidak langsung memperkenalkan lagi RFC kepada umum.

“Paling penting kami mahu RFC menjadi jenama makanan segera yang menggunakan produk organik dan halal yang mampu memberi kesihatan selain dapat bersaing di pasaran. Kami juga sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

Comments
  1. Well done!! Keep up and give the best to the people.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s