SPIRULINA UNTUK SEMUA

Posted: February 16, 2012 in Produk HPA, PRODUK KAPSUL & SOFTGEL, TIP-TIP KESIHATAN

SPIRULINA UNTUK SEMUA:

KOLAM PENTERNAKAN SPIRULINA HPA

SPIRULINA HPA (KAPSUL)

SOALAN: “Saya ingin mencuba produk spirulina sebagai suplemen harian saya. Ia dicadangkan oleh rakan memandangkan beliau telah mengamalkan pengambilan spirulina sejak sekian lama dan ternyata bermanfaat. Soalan saya, adakah spirulina hanya untuk golongan tertentu dan apakah kandungan zat pemakanannya”?

JAWAPAN:

Spirulina merupakan makanan lengkap, bermanfaat untuk warga tua yang bermasalah dalam asimilasi dan ianya juga merupakan sumber tenaga, protein dan mineral untuk atlet, vegetarian serta mereka yang sibuk bekerja.

Spirulina merupakan alga hijau kebiruan yang kaya dengan pigmen, vitamin, mineral, protein dan enzim yang ideal untuk semua.

Ia mengandungi protein sekitar 60 peratus yang penting untuk mengekalkan proses kimia dalam tubuh, termasuk pembaikan sel.

Ia juga membekalkan tenaga dan ini menjadikannya sesuai sebagai amalan harian terutamanya semasa berpuasa, untuk menangani keletihan. Pengambilannya semasa bersahur merupakan pilihan yang baik.

Atlet, mereka yang bekerja dan vegetarian memperoleh manfaat daripada vitamin B dan mineral seperti zat besi dan kalsium dalam spirulina. Nutrien-nutrien ini berperanan penting dalam metabolisme tenaga, aktiviti normal enzim, tulang dan kesihatan saraf serta pengecutan dan pengenduran otot.

Dinding sel spirulina juga lembut dan mudah dihadam. Maka, tidak hairanlah warga tua yang bermasalah untuk menyerap, asimilasi dan mengguna nutrien akan memperoleh manfaat daripada pengambilan spirulina. Malah, pengambilannya juga dicadangkan kepada kanak- kanak, terutamanya yang tidak menggemari sayur-sayuran.

Spirulina yang dihasilkan secara organik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa seharusnya dijadikan pilihan kerana pemprosesan yang minima dan tanpa rawatan kimia. Suplemen organik ini juga kaya dengan nutrien antioksida. Ia meningkatkan detoksifikasi dan menguatkan sistem imun.

Spirulina yang berbentuk kapsul juga mempunyai kelebihan tersendiri, di mana serbuknya boleh diambil untuk digabungkan ke dalam resipi yang menyihatkan seperti sup, jus buah-buahan, sandwich dan pelbagai menu masakan. (UM Online)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s