Archive for the ‘HPA News’ Category

1. Pasaraya HPAIC
2. Kompleks Jejawi
3. Ipoh ( 1.1.13)
4. Jengka
5. Ketereh
6. Kiosk Tunjang
7. Kluang 2
8. Kota Kinabalu
9. Kuala Krai
10. Kuala Nerang
11. Kuala Pilah
12. Kuala Terengganu 1
13. Kuantan
14. Kuching
15. Miri
16. Padang Besar
17. Parit Buntar(1/1/13)
18. Pasir Gudang
19. Pasir Mas
20. Pasir Pekan
21. Pendang
22. Pulau Langkawi
23. Rantau Panjang
24. Shahab Perdana
25. Skudai
26. Sungai Buloh
27. Sungai Petani
28. Tanjung Karang
29. Tawau
30. Temerloh
31. The Mines
32. Kepala Batas, Penang (Januari 2013)
SILA LAYARI hpa2u.com ATAU HUBUNGI 04-9776805 UNTUK INFO CAWANGAN/STOKIS HPA BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT ANDA
Advertisements

HPA – SISTEM ONLINE MIS

Posted: December 28, 2012 in Aktiviti, Berita, HPA News

HPA2U

 

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Bukan kita yang menyembuhkan tapi sesungguhnya ia tetap menjadi milik Allah jua. Penyembuhan itu bermula daripada rasa tenang di jiwa kemudian diikuti dengan ketenangan pada zahir anggota. Tanda tenang pada jiwa dapat dilihat pada tidur yang berkualiti kerana di saat tidur itulah tubuh akan bekerja untuk melakukan perawatan pada dirinya sendiri.

Namun begitu dalam tidur ada tiga perkara yang boleh berlaku iaitu kematian, kesakitan dan kesembuhan tetapi bila orang sakit boleh mendapatkan tidur yang berkualiti ia juga menjadi tanda penyakit akan sembuh, InsyaAllah. Ini dapat dilihat pada maksud dari doa tidur yang diajarkan oleh Rasullulah SAW.

“Dengan namaMu, Ya Allah, aku berbaring di atas tempat tidurku dan dengan namaMu aku bangun, jika Engkau mengambil rohku, limpahkanlah kasih sayangMu padanya dan jika Engkau bebaskan rohku, peliharakanlah ia sebagaimana engkau memelihara hamba-hambamu yang soleh.” (Sahih Bukhari)

Alam tidur juga menjadi rahsia hidup yang tidak pernah dapat dijawab oleh manusia. Apatah lagi penemuan-penemuan benar dalam mimpi. Tidur dan bermimpi sesuatu yang benar adalah petunjuk dari Allah. Jika datang dari Allah ia berupa mimpi yang baik, cukuplah hanya diceritakan kepada orang yang dipercayai sahaja tetapi jika mimpi itu buruk jangan sekali-kali diceritakan pada orang lain kerana ia datang dari syaitan. Mimpi yang boleh menyakitkan tubuh badan boleh disembuhkan dengan meludah tiga kali ke sebelah kiri dan membaca taawuz.

Orang sakit yang tidak boleh tidur pada malam hari akan mendapati penyakitnya menjadi semakin parah. Oleh itu pendekkan masa ziarah/lawatan bagi memberi peluang ia berehat dan kurangi banyak soal jawab kepadanya. Tubuh badan akan mudah mendapat kerehatan dengan zikir samada dengan lidah atau hati. Apabila bilangan zikir sudah mencapai ribuan kali sehari, tubuh akan mula terkawal terutama dari pengeluaran hormon stress. Zikir akan membangkitkan rasa pasrah dan tenang yang luar biasa. Inilah kekuatan dalaman yang muncul sebagai penawar batin di saat tubuh kehilangan tenaga. Banyak juga kes ditemui pesakit sembuh walaupun tidak mengambil apa jua ubatan. Semuanya datang dari pertolongan Allah SWT.

Sumber: JawiMedHerb

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom. Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi kerana ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Bunyi lucu tetapi serius. Kata-kata yang dihamburkan doktor pakar membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka. “Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” ujarnya.

Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.

Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.

Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid. Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.

“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.

Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.

Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

Wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita. (Utusan Online)

TERAPI HERBA HPA – Masalah fibroid boleh dapatkan produk:

  1. Fisalin B
  2. Omega 3 Softgel
  3. Radix Kapsul
  4. Madu Asli
  5. EPO
  6. Kopi Radix
  7. Sinergi Herba Curcumin & IMT.

Perubatan Jawi juga mempunyai pengalaman yang sangat berharga untuk perawatan fibroid. Daripada beberapa sampel yang dijadikan “kajian kes”, menunjukan fibroid dapat diubati dengan begitu cepat. Herba yang digunakan ialah terdiri daripada:-

  1. Pokok Bonghai -Thai (sejenis ubi kayu yang tumbuh di bukit) (100 gm)
  2. Pokok Tong Plin -Thai (halban akar) (100 gm)
  3. Pokok larak pisang (50 gm)

Dijadikan ubat periuk rebusan (mendidih-45 minit) diambil 5 kali sehari (secawan lompang). Ramuan ini telah berjaya mengelakkan pesakit dari dibedah. InsyaAllah.

* nama dalam bahasa Thailand . (Jawimedherb)