Archive for the ‘KONVEK 2010’ Category

KONVEK HPA MALAYSIA 2011

Posted: February 6, 2011 in Berita, HPA News, KONVEK 2010

KONVEK HPA MALAYSIA 2011:


Konvensyen HPA Malaysia 2011 telah dilangsungkan dengan gemilangnya di Putrajaya International Convention Centre pada 5/2/2011 bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Konvek pada kali ini telah dihadiri oleh Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail Bin Ahmad, pengurusan tertinggi HPA, leader daripada Malaysia, Indonesia serta wakil-wakil HPA seluruh Nusantara, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam. Dianggarkan seramai 5000 pengedar HPA telah membanjiri PICC.

Tahniah kepada PJM Ustaz Mohd Ramizu Bin Abdullah kerana dinobatkan sebagai penerima Anugerah Distributor of The year (DOTY) 2010 pada Konvek HPA Malaysia 2011. Anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. Tahniah juga kepada penerima-penerima anugerah yang lain.

KLIK UNTUK LIHAT ALBUM

PERUBAHAN LOKASI KONVEK 2010

Posted: December 20, 2010 in Berita, HPA News, KONVEK 2010

INFO TERKINI:

PERTUKARAN TEMPAT BERLANGSUNGNYA HPA KONVENSYEN & KONVOKESYEN (KONVEK 2010): AKAN DIADAKAN DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) PADA TARIKH DAN MASA YANG SAMA YANG TELAH DITETAPKAN. KEPADA SEMUA PENGEDAR-PENGEDAR HPA SILA AMBIL PERHATIAN. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS KESULITAN YANG TIMBUL. HARAP MAKLUM.

INFO KONVEK DARIPADA GM

Posted: December 16, 2010 in Aktiviti, Berita, HPA News, KONVEK 2010

INFO KONVEK DARIPADA GM:

Mesyuarat PJS, Pelapis bersama Pengarah Urusan telah sepakat memutuskan harga tiket konvek (termasuk makan) adalah RM50.00 sahaja dan jumlah tiket yang akan dikeluarkan adalah 1000 tempat duduk sahaja.

Sehubungan dengan itu tuan-tuan dan puan-puan yang berhajat untuk bersama meraikan konvek sila dapatkan tiket-tiket melalui Presiden dan Setiausaha Kelab dengan kadar segera.