Archive for the ‘PRODUK KEGUNAAN HARIAN’ Category

PRODUK TERBARU: VOX & BAM PANAS:


1. VOX

Boleh digunakan untuk melegakan hidung yang tersumbat. Sapukan pada luar hidung, bahagian dada hadapan dan belakang. Juga boleh dimasukkan ke dalam air panas mendidih dengan menghidu wap VOX.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM6.50
SABAH & SARAWAK: RM7.50

NILAI MATA (NM): 0.5

2. BAM PANAS

Bam Panas yang hangat dan kekal kepanasannya sesuai digunakan apabila musim sejuk. Sesuai untuk sengal-sengal di bahagian sendi dan sakit-sakit badan. Juga untuk wanita senggugut disapukan di bahagian perut dan belakang. Tidak sesuai untuk kanak-kanak.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM6.50
SABAH & SARAWAK: RM7.50

NILAI MATA (NM): 0.5

Advertisements

FABRIC SOFTENER KENANGA (2L) – PELEMBUT FABRIK KENANGA:

PRODUK TERBARU KEGUNAAN HARIAN KELUARAN HPA FOOD & BEVERAGES SDN. BHD.

PELEMBUT FABRIK KENANGA DIFORMULASIKAN DARIPADA AIR, PELEMBUT, PEMEKAT, PEWANGI DAN PEWARNA AKAN MENGHASILKAN KESAN LEMBUT PADA FABRIK. IA AKAN MENINGGALKAN KESAN WANGIAN SEGAR DAN NYAMAN YANG BERPANJANGAN. SESUAI UNTUK KEGUNAAN SETIAP CUCIAN. MELINDUNGI WARNA FABRIK DARIPADA PUDAR DAN MENJADIKAN KERJA MENGGOSOK LEBIH MUDAH.

PELEMBUT FABRIK KENANGA ADALAH LEBIH HARUM TANPA MENGGUNAKAN LEMAK HAIWAN. IA DIJAMIN HALAL, SUCI DAN BERSIH.

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM7.50
SABAH & SARAWAK: RM9.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM9.00
SABAH & SARAWAK: RM10.50

NILAI MATA (NM): 1

PENERANGAN PRODUK CHLOROPHYLL DROPS & JELLY GAMAT HPA:

Majlis penerangan produk Alkalizing Chlorophyll Drops dan Jelly Gamat HPA akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Disember 2010 jam 9.00 malam di HPAIC, Shah Alam yang akan dikendalikan oleh Dr. Zakaria dan Dr. Zaiton.

 

 

Produk Alkalizing Chlorophyll Drops merupakan salah satu produk yang mampu menaikkan pH air dengan cara mencampurkan beberapa titis ke dalam segelas air kosong. Boleh diamalkan sekali dengan air mineral HPA dan Dew Water Filter HPA. Semoga kita dapat meneutralkan asid di dalam badan setelah mengamalkan Alkalizing Chlorophyll Drops.

 

Penerangan produk Jelly Gamat HPA akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Zaiton yang berpengalaman dalam penyelidikan gamat selama lebih 10 tahun. Gamat juga terdapat di dalam Minyak But-but yang mempunyai seribu satu kegunaan termasuk memperbaiki kulit dan menyembuhkan luka.

Oleh itu datanglah beramai-ramai bersama rangkaian dan prospek anda bagi menambahkan lagi ilmu dan memantapkan pemasaran produk HPA Insya Allah.

GARAM BUKIT HPA (HALAGEL)

Posted: November 15, 2010 in PRODUK KEGUNAAN HARIAN

GARAM BUKIT HPA (HALAGEL) BERASAL DARI HIMALAYA:

Garam Bukit HPA (Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai “Raja Garam atau emas putih” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam Bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita seperti hydrogen, lithium, berullium, boron, carbon, nitrogen, oxygen, fluoride, sodium, magnesium, aluminium, silicum, phosphorus, sulphur, calcium dan sebagainya. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam Bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga di dalam badan kita dan dapat menseimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan protein lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.

Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna. Garam Bukit HPA berkhasiat untuk mengimbangkan tekanan darah, meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan, menguatkan struktur tulang, baik untuk jantung, angin ahmar, migrain, kencing manis, darah tinggi, ghout dan batu karang, kesihatan luaran dan dalaman, meleraikan gumpalan sel darah merah, menganjalkan saluran darah, melarutkan gumpalan kalsium ke dalam darah, membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang, melancarkan sistem saraf, membantu memperbaharui semula sel-sel, membantu pergerakan usus, sistem metabolik menjadi lebih sempurna, membantu penyerapan vitamin serta penyembuhan penyakit kulit dan lain-lain.

Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, tulen dan lebih bersih.
HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.00
SABAH & SARAWAK: RM2.50
HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.50
SABAH & SARAWAK: RM3.00
NILAI MATA (NM): 0.25

 

SOS CILI, SOS CILI THAI, SOS CILI ROSELLE & SOS TOMATO:


SOS-SOS INI YANG DIKILANGKAN OLEH HPA INDUSTIRES SDN. BHD. DAN JUGA HPA FARM SDN. BHD. ADALAH BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PENGGUNA YANG BEGITU PRIHATIN TERHADAP PRODUK HALAL LAGI SUCI.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT SOS-SOS INI IALAH BUAH CILI, TOMATO DAN ROSELLE YANG SEGAR, MATANG DAN BERKUALITI, TEPUNG JAGUNG TERUBAHSUAI, GULA, GARAM, BAWANG PUTIH, ASID ASETIK SERTA BAHAN PENGAWET YANG DIBENARKAN DARIPADA SUMBER TUMBUH-TUMBUHAN. SOS-SOS KELUARAN HPA INI TIDAK MENGGUNAKAN PEWARNA TIRUAN ATAU PURI TOMATO SERTA TIDAK DIMASUKKAN PERASA TIRUAN DAN TIADA PENGGUNAAN GELATIN.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.80
SABAH & SARAWAK: RM3.30

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM3.30
SABAH & SARAWAK: RM3.80

NILAI MATA (NM): 0.25

CUKA NIPAH & MADU CUKA NIPAH (PALM HONEY):

Madu cuka nipah diambil selepas makan bukannya sebelum makan. Cuka sangat baik untuk menurunkan kolesterol tetapi jika tidak betul pengambilannya ia akan merosakkan gigi. Oleh sebab itu cuka perlu dicampur dengan madu dengan kadar (95: 5) hanya 5% cuka sahaja yang dicampur dalam madu untuk mengelakkan kesan negatif pada gigi.

Setiap malam, kumur dengan air garam sebelum tidur, insyaAllah gigi anda akan kuat sampai ke usia tua. Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan plak di dinding arteri bagi mengelakkan serangan jantung.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika dicampurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka epal, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukkan 1 sudu/senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral (1:3). Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1:1 dan jika masih tidak ada perubahan naikkan nisbah cuka iaitu 2:1.

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Rheumatoid Arthritis – sejenis penyakit Autoimun yang menyebabkan pembengkakkan terutama pada jari-jari tangan dan kaki. Berlakunya keadaan ini ialah kerana ketidakseimbangan di antara 4 unsur (tanah, air, api & angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem “kod” tubuh badan.

Cuka (cuka epal asli) adalah herba yang seimbang (tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada setiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh ditambah madu). Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D Det – 1 x 3
D Deu – 3 x 3
D Karm – 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17hb Islam (elakkan hari rabu) di samping itu banyakkan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah. (Sumber: jawimedherbs)

Isipadu: 500 ml

CUKA NIPAH

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM10.00
Sabah & Sarawak: RM12.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM12.00
Sabah & Sarawak: RM15.00

Nilai Mata (NM):2

MADU CUKA NIPAH

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM30.00
Sabah & Sarawak: RM32.00

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM32.00
Sabah & Sarawak: RM34.00

Nilai Mata (NM) : 6

MADULIA

Posted: September 2, 2010 in Produk HPA, PRODUK KEGUNAAN HARIAN

MADULIA

Madu lebah boleh dijadikan ubat batuk jika dicampurkan dengan halia merah, cengkih dan kulit kayu manis. Kini HPA mengeluarkan produk ubat batuk kesihatan tanpa bahan kimia yang dinamakan MADULIA. Daripada testimoni awal yang diterima menunjukkan bahawa produk ini InsyaAllah akan teguh di pasaran kerana kehendak pengguna kepada bahan alami semakin meningkat. Di samping itu, MADULIA juga berkesan menghilangkan kahak dalam ruang pernafasan khusus pada mereka yang ada asma. Boleh digunakan oleh semua peringkat umur.

Ubat batuk MADULIA menggunakan halia sebagai bahan utama. Ramuan dari beberapa jenis rempahan ini dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna bagi menggantikan penggunaan ubat batuk yang lain. Kita namakan MADULIA kerana madu digunakan sebagai media untuk perawatan batuk di samping herba-herba lainnya.

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kuman pun yang boleh hidup di dalam madu. Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab. InsyaALLAH.

Batuk

Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk di samping pengambilannya disinergikan dengan biji selasih, kurma merah, halwa kundur dan lain lain lagi.

Batuk dapat dilegakan dengan madu yang dicampur halia merah (bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu diambil dengan perahan limau/jeruk(ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis ke dalam satu senduk MADULIA dan minum terus (jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit sedikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) kerap dengan sedikit sedikit lebih baik dari banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk. InsyaAllah. (Sumber: Jawimedherb)


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM8.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM10

NILAI MATA (NM): 2