Archive for the ‘PRODUK MAKANAN’ Category

TALBINAH

Posted: October 28, 2010 in PRODUK MAKANAN, PRODUK MINUMAN

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE):

PENGERTIAN TALBINAH

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Vulgare) bersama kulitnya. Ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya putih seperti warna susu. Talbinah digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui perawatan alopati atau kaedah moden.

POKOK HORDEUM VULGARE

BIJI-BIJI HORDEUM VULGARE

TALBINAH (FIBROGLUCOSAMINE) HPA


KANDUNGAN NUTRISI TALBINAH (FIBROGLUCOSAMINE)

Talbinah mengandungi nutrisi atau khasiat bahan-bahan seperti berikut:

  1. Beta Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah,
  2. Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesiskan kolesterol,
  3. Potassium yang berfungsi menurunkan tekanan darah,
  4. Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan,
  5. Lysine yang berfungsi meningkatkan kesihatan tubuh,
  6. Mineral-mineral lain yang berfungsi meningkatkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar,
  7. Serat (fiber), Magnesium, Selenium & Kuprum,
  8. Vitamin-vitamin A, C, D, dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

FAEDAH DAN KHASIAT BERDASARKAN RUJUKAN HADIS NABI S.A.W:

Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit samada fizikal mahupun rohani, diantaranya ialah :

1) PENENANG HATI

Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, bersifat lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud Talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan ia dapat meringankan kesedihan (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan di antara sakit dan sembuh serta masih dalam keadaan lemah dan tiada selera makan. Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud, Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi SAW apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW, hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya”. (Hadis Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi yang katanya, Adalah Nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, Baginda SAW memerintahkan supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka. (Hadis Riwayat Tarmizi).

2) MEMBANTU MENGATASI KEMURUNGAN (DEPRESSI)

Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Hadis yang diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian di kalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir, “makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan ia dapat meringankan kesedihan (Riwayat Bukhari & Muslim).

Nabi SAW di dalam hadis yang lain pula bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya, “Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.

Di antara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat di dalam Talbinah ialah Asid Amino, Mineral-mineral, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3) MEMBANTU MEMBAIKI MASALAH USUS & SISTEM PENGHADAMAN

Talbinah dapat menguatkan otot perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan di dalam sistem penghadaman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, demi nyawaku yang berada di dalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya (Hadis Riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi).

Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Namun begitu, walaupun rasanya sedemikian tetapi Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dan mencegah kanser usus, mengawal daripada penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan atau obesiti serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang wujud akibat daripada kegemukan.

4) MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM DARAH, MELINDUNGI DARIPADA ATHEROSCLEROSIS & MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoprotein). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendirinya. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.

Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL (High Density Lipoprotein) yang dikenali sebagai kolesterol baik di mana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat di dalam darah manusia serta mengurangkan risiko penyakit jantung dengan adanya sumber Niasin iaitu Vitamin B3 di dalamnya.

5) MENGATASI PENYAKIT DARAH TINGGI

Penyakit darah tinggi ialah keadaan di mana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6) MENURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan serat (fiber) yang tidak boleh larut (Soluble & Insoluble Fibres) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah bagi mengelakkan risiko diabetes (kencing manis). Talbinah yang mengandungi sumber Magnesium, bahan mineral yang bertindak sebagai faktor bersesama dengan 300 enzim termasuk enzim yang mengeluarkan glukos dan insulin di dalam tubuh badan.

7) MENCEGAH DARIPADA KANSER DAN MELEWATKAN PENUAAN (AWET MUDA)

Talbinah yang kaya dengan serat (fiber), selenium, antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen secara berasingan di dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser khususnya kanser payu dara. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Washington, Amerika Syarikat membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya di dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak. Zarah-zarah oksigen yang bergerak secara berasingan ini jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit.

8) MENGATASI MASALAH KESUKARAN TIDUR (INSOMNIA)

Talbinah mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan dan memudahkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut bagi menghalang Insomnia.

9) MENCEGAH PEMBENTUKAN BATU KARANG

Talbinah yang mengandungi Serat Tidak Boleh Larut (Insoluble Fibre) sangat baik untuk berfungsi mengelak daripada pembentukan batu karang terutamanya kepada kaum wanita. Serat Tidak Boleh Larut mempercepatkan proses-proses penghadaman. Proses penghadaman yang pantas akan mengurangkan pengeluaran asid-asid daripada hempedu di mana asid-asid hempedu yang berlebihan akan meninggikan risiko pembentukan batu karang.

10) MENCEGAH RISIKO RHEUMATOID ARTHRITIS

Bahan mineral kuprum yang terdapat di dalam Talbinah bertindak sebagai pelindung daripada simptom-simptom Rheumatoid Arthritis.

11) MENGUATKAN SISTEM IMUNITI (KETAHANAN) TUBUH

Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan di antara oksigen-oksigen yang bergerak secara berasingan di dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna pada dinding-dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangan masing-masing yang menyebabkan berlakunya pertembungan tersebut. Bahan anti-oksidan yang terdapat di dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkannya. Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat menghalang masalah tersebut daripada berlaku. Fosforus yang terdapat di dalam Talbinah juga membantu perkembangan dan pembaikkan tisu-tisu badan.

CARA PENYEDIAAN TALBINAH

Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang baru mendidih sebanyak 250ml. Kacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum diminum.

Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan seharian anda.

Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga, dewasa dan kanak-kanak pada bila-bila masa.

(Rujukan: Hadis Riwayat Bukhariwikipediawhfoods.orgbglifebarley.com)

 

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE) MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN SEPERTI GANDUM, BERAS, EKSTRAK MALT, BARLI, VITAMIN E, MADU, KURMA, KRIMER BUKAN TENUSU, SUSU TEPUNG SKIM DAN GULA.

TALBINAH HPA (FIBROGLUCOSAMINE) DIRUMUS DENGAN FORMULA DR. JAMNUL AZHAR MULKAN

FAKTA-FAKTA NUTRISI
SAIZ HIDANGAN: 25GM

AMAUN SATU HIDANGAN:
TENAGA – 97kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 0.5GM
KARBOHIDRAT – 21.8GM
JUMLAH GULA – 0.7GM
PROTEIN – 1.4GM

AMAUN SETIAP 100GM
TENAGA – 389kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 1.9GM
KARBOHIDRAT – 87.3GM
JUMLAH GULA – 2.7GM
PROTEIN – 5.7GM


KOMPOSISI: 1 KOTAK MENGANDUNGI 12 SACHET (25GM X 12 SACHET)

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM30.00
SABAH & SARAWAK: RM33.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM35.00
SABAH & SARAWAK: RM38.00

NILAI MATA (NM): 6

COCOS HAVANA – VIRGIN COCONUT OIL (MINYAK KELAPA DARA):

APA ITU MINYAK KELAPA DARA?

MINYAK KELAPA DARA IALAH SEJENIS MINYAK YANG DIEKSTRAKKAN DARIPADA KELAPA-KELAPA SEGAR. BAGI MELINDUNGI BAHAN-BAHAN PENTING YANG YERDAPAT DI DALAM MINYAK KELAPA DARA TERSEBUT MAKA PENGELUARANNYA TIDAK SEKALI-KALI MENGGUNAKAN BAHAN ATAU KAEDAH PENAPISAN KIMIA, PELUNTURAN ATAU PEWANGIAN. MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI VITAMIN-VITAMIN DAN MINERAL YANG TINGGI YANG BOLEH DIGUNAPAKAI TANPA MEMERLUKAN PEMPROSESAN YANG LEBIH LANJUT. MINYAK KELAPA DARA BOLEH DIDAPATI DI DALAM WARNA KUNING KELABU ATAU TANPA WARNA SERTA MEMPUNYAI KEPELBAGAIAN RASA DAN BAU. NAMUN BEGITU, MINYAK KELAPA DARA YANG BERMUTU TINGGI DIDAPATI TIDAK BERWARNA DAN TIDAK BERKELADAK.

NILAI-NILAI KESIHATAN MINYAK KELAPA DARA:

  1. HIV-AIDS – INI ADALAH PENYAKIT YANG BOLEH DIKATAKAN PALING DITAKUTI DI DUNIA INI. SEHINGGA KINI, DUNIA PERUBATAN MODEN MASIH BELUM BERJUMPA DENGAN CARA UNTUK MERAWAT PENYAKIT INI. ASID LAURIK DI DALAM MINYAK KELAPA BERTINDAK SEBAGAI ANTI VIRUS/BAKTERIA AGEN DAN TELAH DIKETAHUI IANYA BERTINDAK MELINDUNGI SERTA MERAWAT PESAKIT-PESAKIT YANG TELAH DIJANGKITI DENGAN VIRUS HIV-AIDS INI. CORNARDO DAYRIT TELAH MELAPORKAN BAHAWA SERAMAI 14 PESAKIT BERUMUR DI ANTARA 22-38 TAHUN TELAH BERJAYA DIRAWAT DENGAN MENGGUNAKAN MINYAK KELAPA DARA. VIRUS HIV DI DALAM PESAKIT-PESAKIT TERSEBUT TELAH DIDAPATI BERKURANGAN.
  2. KANSER – IA ADALAH PEMBUNUH NOMBOR DUA SELEPAS PENYAKIT JANTUNG. SEHINGGA KINI MASIH BELUM TERDAPAT KAEDAH YANG PALING MUDAH DAN JELAS UNTUK MERAWAT KANSER. OLEH ITU, PENCEGAHAN ADALAH PILIHAN YANG LEBIH BAIK. DI DALAM SETIAP TUBUH BADAN MANUSIA INI TELAH ADA SEL-SEL KANSER IAITU YANG AKTIF DAN TIDAK AKTIF. BAGI YANG MEMPUNYAI SEL-SEL KANSER YANG AKTIF MAKA MEREKA AKAN MENGHIDAP PENYAKIT KANSER. KEAFTIFAN SESUATU SEL-SEL KANSER TERSEBUT BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN SISTEM IMUNITI TUBUH BADAN MASING-MASING. DENGAN YANG DEMIKIAN, CARA YANG TERBAIK UNTUK PENCEGAHAN KANSER IALAH DENGAN MEMBINA SISTEM IMUNITI TIBUH BADAN YANG LEBIH KUAT. MINYAK KELAPA DARA ADALAH CARA SANGAT IDEAL UNTUK MENGUATKAN SISTEM IMUNITI TUBUH BADAN.
  3. HEPATITIS/HATI – HATI ADALAH SALAH SATU ORGAN YANG SANGAT PENTING DI DALAM TUBUH BADAN KITA. HATI MENAPIS SEGALA TOKSIK-TOKSIK, MEMBINA PROTEIN DAN LEMAK, MENJANA DAN MENGASINGKAN HORMON, MENYIMPAN VITAMIN DAN MINERAL, MENGELUARKAN HEMPEDU YANG DIPERLUKAN UNTUK PENCERNAAN DAN PELBAGAI LAGI FINGSI LAGI YANG SANGAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN YANG BAIK. HEPATITIS C SANGAT MERBAHAYA DAN BOLEH MEMBAWA MAUT. PARA PENYELIDIK TELAH MENDAPATI BAHAWA MINYAK KELAPA DARA ADALAH SANGAT BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN HATI. RANTAIAN ASID LEMAK DI DALAM MINYAK KELAPA DARA AKAN TERSERAP TERUS KE HATI DARIPADA PENCERNAAN. ANTI BAKTERIA DARIPADA ASID LEMAK TERSEBUT BUKAN SAHAJA AKAN MEMBERSIHKAN HATI DARIPADA MIKRO ORGANISMA YANG MEMBINASAKAN TETAPI JUGA MELINDUNGINYA DARIPADA TINDAKAN-TINDAKAN RADIKAL BEBAS.
  4. OSTEOPOROSIS – IA TERJADI APABILA TULANG-TULANG MENJADI SEMAKIN RAPUH DAN MUDAH PATAH. PENYAKIT INI TIDAK MEMBERIKAN RASA SAKIT KEPADA PENGHIDAPNYA DAN IA JUGA HANYA BOLEH DIKESAN DENGAN PERALATAN PERUBATAN YANG MODEN ITU PUN SEMASA BERLAKUNYA KEPATAHAN TULANG. OSTEOPOROSIS BOLEH DIELAKKAN. BAGI MENJAGA TULANG KITA AGAR SENTIASA SIHAT DAN KUAT, NUTRIEN YANG MENCUKUPI HENDAKLAH DISERAP OLEH TUBUH BADAN KITA. RANTAIAN ASID-ASID LEMAK DI DALAM MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU TUBUH DI DALAM PROSES PENYERAPAN TERSEBUT. INI KERANA IA MENINGKATKAN DAYA PENYERAPAN TUBUH UNTUK MENYERAP KALSIUM DAN MAGNESIUM, DUA ELEMEN PENTING UNTUK KESIHATAN TULANG. UJIAN KEPADATAN TULANG MENUNJUKKAN BAHAWA MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MENGEKANG MASALAH OSTEOPOROSIS UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR.
  5. KENCING MANIS (DIABETIS) – PENYAKIT YANG BEGITU BIASA TERJADI TERUTAMANYA DI MALAYSIA. DARIPADA KENCING MANIS, IA AKAN MELARAT KE BUAH PINGGANG, LEMAH JANTUNG, TEKANAN DARAH TINGGI, STROK, KATARAK, KEROSAKAN SARAF, HILANG PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN DAN SETERUSNYA KEMATIAN. KEBANYAKAN PENGHIDAP KENCING MANIS ADALAH OBES ATAU TERLEBIH BERAT BADAN. DI DALAM KEADAAN INI, DOKTOR PERUBATAN AKAN MENASIHATKAN MEREKA AGAR MENGAMALKAN DIET KURANG LEMAK, TINGGI KARBOHIDRAT UNTUK MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS TERSEBUT. MINYAK KELAPA DARA, WALAUPUN MENGANDUNGI LEMAK TETAPI KURANG KALORI BERBANDING DENGAN LEMAK-LEMAK YANG LAIN DAN IA TIDAK AKAN MENGAKIBATKAN PERTAMBAHAN BERAT BADAN. PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA SAMA SEPERTI PENGAMBILAN PROTEIN TANPA MENINGGALKAN AKIBAT BURUK. MINYAK KELAPA DARA ADALAH PENYEMBUH ALAMI DI MANA IA TIDAK TINGGAL DI DALAM DARAH SEPERTI MANA LEMAK-LEMAK YANG LAIN TETAPI IA TERUS MASUK KE HATI DI MANA IA BERTUKAR KEPADA BENTUK TENAGA.
  6. KEGEMUKAN (OBESITI) – MINYAK KELAPA DARA ADALAH PEMAKANAN BERKHASIAT YANG BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN. PENYELIDIKAN MENUNJUKKAN BAHAWA MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI RENDAH KALORI BERBANDING DENGAN LEMAK-LEMAK YANG LAIN. MINYAK KELAPA DARA TIDAK AKAN MENYEBABKAN BERAT BADAN NAIK MALAHAN IA AKAN PECAH DENGAN LEBIH CEPAT DAN PANTAS UNTUK BERTUKAR KE BENTUK TENAGA. MINYAK KELAPA DARA TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENJADI LEMAK DI DALAM SALURAN DARAH BAHKAN IA AKAN TERUS MASUK KE DALAM ORGAN HATI UNTUK DIPROSES DAN DISALURKAN KE SELURUH TUBUH BADAN.
  7. PENGGUNAAN DI DALAM KOSMETIK (PENJAGAAN KULIT & RAMBUT) – MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MELEMBUTKAN KULIT DAN MELINDUNGINYA DARIPADA ROSAK DAN MENJADIKAN KULIT KELIHATAN MUDA DAN SIHAT. IA TELAH TERBUKTI DAPAT MELINDUNGI KULIT DARIPADA ROSAK AKIBAT RADIKAL BEBAS SEPERTI PENCEMARAN UDARA, MENGHILANGKAN TANDA-TANDA PENUAAN DAN SEBAGAINYA. TISU-TISU KULIT AKAN MENJADI LEBIH SIHAT DAN KUAT, KULIT MENJADI TEGANG DAN HANYA MENUNJUKKAN KEDUTAN PALING MINIMA. MINYAK KELAPA DARA JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI MINYAK RAMBUT. IA SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR. MINERAL-MINERAL YANG TERDAPAT DI DALAM MINYAK KELAPA DARA MENJAMIN RAMBUR MENJADI KUAT, SUBUR DAN BERSINAR SERTA MELINDUNGI RAMBUT DARIPADA KESAN-KESAN PENUAAN.

FAKTA MENARIK BERKENAAN MINYAK KELAPA DARA:

  • MINYAK KELAPA DARA TIDAK MERBAHAYA. IA MERUPAKAN KANDUNGAN UTAMA DI DALAM SUSU FORMULA BAYI SERTA PRODUK-PRODUK KESIHATAN YANG LAIN. IA JUGA DIGUNAKAN DI DALAM MAKANAN UNTUK MENGELAKKAN MAKANAN TERSEBUT DARIPADA CEPAT ROSAK. DI HOSPITAL, IA DIGUNAKAN SEBAGAI PEMAKANAN MELALUI TIUB DAN SALUR IV.
  • MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI NILAI-NILAI NUTRISI DAN PERUBATAN YANG TINGGI. BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM MINYAK KELAPA DARA BUKAN SAHAJA DAPAT MELINDUNGI TUBUH DARIPADA ORGANISMA-ORGANISMA PENYEBAB PENYAKIT TETAPI JUGA BERKESAN UNTUK MERAWAT DAN MEMULIHKAN.
  • WALAUPUN MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI LEMAK-LEMAK TEPU TETAPI BUKAN SEMUA LEMAK TEPU MERBAHAYA. LEMAK TEPU DI DALAM MINYAK KELAPA DARA ADALAH BERBEZA DARIPADA LEMAK YANG DIDAPATI DI DALAM HAIWAN. LEMAK HAIWAN MENGANDUNGI TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI BERBANDING DENGAN MINYAK KELAPA DARA DARIPADA SUMBER TUMBUHAN YANG MENGANDUNGI KOLESTROL PALING MINIMA.
  • DARIPADA SEMUA MINYAK TUMBUHAN ATAU SAYURAN YANG ADA, MINYAK KELAPA DARA MENGANDUNGI PALING KURANG KOLESTROL. BANYAK KAJIAN-KAJIAN MEMBUKTIKAN BAHAWA PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA TIDAK LANGSUNG MENINGKATKAN TAHAP KOLESTROL DALAM DARAH.
  • MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MENGHALANG PENYAKIT JANTUNG KERANA IA MENGANDUNGI ANTI VIRUS DAN ANTI BAKTERIA. ORANG-ORANG YANG SENTIASA MENGAMBIL MINYAK KELAPA DARA SEBAGAI DIET HARIANNYA (SEPERTI PENDUDUK-PENDUDUK DI WILAYAH POLYNESIA, SRI LANKA, FILIPINA) MEMPUNYAI PALING KURANG MENGALAMI PENYAKIT JANTUNG KORONARI KERANA TAHAP KOLESTROL YANG SANGAT RENDAH ATAU HAMPIR TIADA. MINYAK KELAPA DARA SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG.
  • MINYAK KELAPA DARA MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN. IA MENGANDUNGI RENDAH KALORI BERBANDING DENGAN LEMAK YANG LAIN TETAPI SEBALIKNYA MENGANDUNGI KARBOHIDRAT DAN PROTEIN YANG TINGGI. KARBOHIDRAT DAN PROTEIN AKAN MENGURANGKAN RASA LAPAR. IA JUGA MEMPERCEPATKAN METABOLISMA.

FAKTA-FAKTA NUTRISI COCOS HAVANA (MINYAK KELAPA DARA) HPA:

SAIZ HIDANGAN: SATU SUDU TEH (15ML)
JUMLAH HIDANGAN: 17
AMAUN SATU HIDANGAN: 105 KALORI, 105 LEMAK KALORI

JUMLAH LEMAK – 14GM (22%)
LAURIC ACID – 50-55%
CAPRIC ACID – 4.4%
CAPRYLIC ACID – 4.2%
MYRISTIC ACID – 19.8%
PALMTIC ACID – 8.0%
STEARIC ACID – 3.0%
OLEIC ACID – 4.1%
LINOLENIC ACID – 0.7%
POLYUNSATURATED – 2%
MONOUNSATURATED – 6%
CHOLESTROL – 0%
SODIUM – 0%
TOTAL CARBOHYDRATE – 0%
PROTEIN – 0%

PERCENTAGE DAILY VALUES ARE BASED ON 2000 CALORIES DIET

KOMPOSISI: 250ML

HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM65.00
SABAH & SARAWAK: RM69.00

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM79.90
SABAH & SARAWAK: RM84.90

NILAI MATA (NM): 10

SOS CILI, SOS CILI THAI, SOS CILI ROSELLE & SOS TOMATO:


SOS-SOS INI YANG DIKILANGKAN OLEH HPA INDUSTIRES SDN. BHD. DAN JUGA HPA FARM SDN. BHD. ADALAH BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PENGGUNA YANG BEGITU PRIHATIN TERHADAP PRODUK HALAL LAGI SUCI.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT SOS-SOS INI IALAH BUAH CILI, TOMATO DAN ROSELLE YANG SEGAR, MATANG DAN BERKUALITI, TEPUNG JAGUNG TERUBAHSUAI, GULA, GARAM, BAWANG PUTIH, ASID ASETIK SERTA BAHAN PENGAWET YANG DIBENARKAN DARIPADA SUMBER TUMBUH-TUMBUHAN. SOS-SOS KELUARAN HPA INI TIDAK MENGGUNAKAN PEWARNA TIRUAN ATAU PURI TOMATO SERTA TIDAK DIMASUKKAN PERASA TIRUAN DAN TIADA PENGGUNAAN GELATIN.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.80
SABAH & SARAWAK: RM3.30

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM3.30
SABAH & SARAWAK: RM3.80

NILAI MATA (NM): 0.25

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (MINYAK ZAITUN):

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil – Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5 – 1% sahaja. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad. Boleh juga digunakan untuk masakan, tumisan serta menggoreng. Ini adalah jenis yang dijual oleh HPA.

Virgin Olive Oil – Kandungan asidnya sekitar 4 %. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil – Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4%. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi

Penggunaan:

  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
  • Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci)
  • Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Komposisi: 700ml per botol

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM35.00
Sabah & Sarawak: RM40.00

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM40.00
Sabah & Sarawak: RM45.00

Nilai Mata (NM): 8

Artikel Berkaitan Minyak Zaitun HPA

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun HPA ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/berkolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc) agar semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT? Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.


HADITH:

1.”MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan di zaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

BUAH ZAITUN SEGAR

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½ inci ke 1 inci. Ia dipek dan dipasarkan dalam bentuk minyak zaitun atau cuka. Buah-buah zaitun untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersilkan akan diproses secara menghapuskan zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak zaitun HPA adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai agen serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan. Minyak zaitun HPA boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Kadar penduduk di kawasan berkenaan yang menghidap serangan jantung amat rendah. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian

terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit. (Sumber: JawiMedHerb, DuniaHerbaHpa)

TEPUNG GANDUM HPA

SATU LAGI PRODUK TERBARU KELUARAN HPA. TEPUNG GANDUM HPA INI YANG BERATNYA 1 KG DIPERKAYAKAN DENGAN VITAMIN B1, B2, NIASIN DAN ZAT BESI SERTA TIDAK MENGANDUNGI BENZOYL PEROKSIDA. TEPUNG GANDUM HPA DIRUMUS KHAS UNTUK MEMBUAT KEK, BISKUT, KUIH-MUIH, MI DAN SEBAGAINYA. JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN MASAKAN AM.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.50
SABAH & SARAWAK: RM2.80

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.80
SABAH & SARAWAK: RM3.10

NILAI MATA (NM): 0.25

BIHUN HPA

Posted: August 2, 2010 in Berita, HPA News, Produk HPA, PRODUK MAKANAN

BIHUN HPA – RICE VERMICELLI HPA BRAND

BIHUN HPA INI DIHASILKAN DARIPADA BERAS PREMIUM TERPILIH YANG BERMUTU TINGGI. IA DIKILANG DENGAN MENGGUNAKAN MESIN-MESIN AUTOMATIK DI BAWAH KAWALAN KUALITI YANG KETAT, BERSIH, BERKHASIAT DAN TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN PENGAWET. IA DIKELUARKAN OLEH HPA (THAI) HALAL PRODUCT & TRADING CO. LTD., SEBUAH ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN. BHD.

SEMOGA DENGAN ADANYA PRODUK BIHUN HPA INI AKAN MENGAKHIRI PENANTIAN UNTUK MENDAPATKAN BIHUN YANG DIBUAT OLEH ORANG-ORANG ISLAM MENGIKUT SPESIFIKASI PENGILANGAN ISLAM.

HARGA BIHUN HPA INI AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. NANTIKAN KEMUNCULANNYA.
(Sumber: http://pentadbiranzonutara.blogspot.com/2010/07/bihun-hpa-bakal-berada-di-dipasaran.html)

PRODUK-PRODUK TERBARU HPA (MELAKA HALAL HUB) TELAH DILANCARKAN SERENTAK DENGAN KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) KENDALIAN TUAN HAJI ISMAIL BIN AHMAD PADA 23 JULAI 2010 BERTEMPAT DI HOTEL DE PALMA, AMPANG.